Monday 28 November 2016

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN


Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan. aku sudah letih sebenarnya..letih untuk menunggu dan terus menunggu. masih adakah sinar harapan untuk aku di hujung jalan yang berliku?

Pantaskah aku untuk berlari disisimu nanti, tanpa bimbang kesandung akar yang turut mengiringi perjalanan kita. aku terasa mahu berhenti berharap...namun aku terpedaya dengan pujukan hati..

aku tak punya apa-apa, namun masih teringin dikasihi..teringin seseorang berbicara denganku dengan nada manja, kasih dan sayangnya..adakah aku sudah tak mengenal siapakah aku...

bila hati sudah selanjur mencintai, meninggalkan semua itu umpama memutuskan jiwa kepada dua bahagian..sakit dan sengsara. 

Bila aku bertanya kepadamu, pedihkah hatimu mengenangkan daku? kamu menjawabnya tersangat pedih dan sakit..kerana RINDU.

~Sarah-menangis itu sahabatku...

Wednesday 23 November 2016

INDAHNYA DUNIA

22 November 2016

Aku rasa bahagia..berbunga-bunga mekarnya dalam taman hati. biarlah orang tak nampak namun aku gembira dalam dimensi sendiri. siapa lagi yang mahu gembirakan hati kita jika bukan kita kan...

alkisahnya.

tapi aku tak perlulah berkongsi apa-apa di sini, bahaya, boleh mengundang pelbagai prespektif. biarlah aku simpan dalam lipatan kenangan. sesungguhnya mataku telah melihat gelombang halus pancawarna yang terlindung sekian lama, yang mengaburi kotak hati, yang menipu liku perjalanan.

aku jua tak henti mengucapkan syukur, kerana akhirnya terbukti diri ini masih lagi disayangi ramai orang, yang aku tak sedari dan terima kasihlah atas didikan aruah bonda, ajari aku tentang hati..

~lola.

Thursday 10 November 2016

HIDUP PENUH RANJAU :Cinta Dihujung Senja


Roslan berkejaran mendapatkan tubuh Sarah di atas lantai. Ditampar-tampar muka pucat itu berulangkali, tidak lama kemudian Sarah membuka mata..redup pandangan matanya begitu menghibakan. 

"Sayang...abang bawa ke hospital ye?" tanya lelaki itu perlahan. dia juga tak mampu melihat senario itu setiap hari. Dia akui hatinya sedikit keras namun dia tak kuat untuk melihat isterinya bergelumang dengan darah apabila berlaku konflik dalam kehidupan mereka.

Sarah mengangguk lemah. Perlahan-lahan dia cuba bangun dengan memaut bahu suaminya. Setelah dia siap bertudung, mereka keluar dari bilik menuju kereta untuk ke hospital. sepanjang perjalanan, Sarah kelihatn sangat lemah dan dia hanya mendiamkan diri hingga terlena. Sedar-sedar, dirinya sudah berada dalam wad, keseorangan lagi..lengannya berbalut plaster.

Tidak lama kemudian, Roslan masuk dengan membawa satu jug air panas. dia tersenyum mengetahui isterinya sudah tejaga. Dia mengambil tempat di kerusi sebelah Sarah.

"Sayang..maafkan abang atas apa yang selalu berlaku kepada Sarah"

Sarah tidak menjawab. Dia tidak memandang wajah suaminya itu, bahkan hatinya bagai sudah mati untuk berbicara kepadanya.

"Sayang..pandanglah abang, pandang dengan penuh kasih sayang"

Sarah masih lagi membisu. Dia menutup kelopak matanya dan mengalih kepala ke dinding. sakit benar hatinya. Dari dia berbuat dosa dengan mengeluarkan kata-kata sinis, lebih baik dia tidur.

Roslan tersandar ke kerusi dan mengeluh. Dia tahu dia amat bersalah ketika itu..

"Rehatlah sayang, abang nak balik rumah dulu, jaga diri baik-baik ye.." Sebelum berlalu pergi, Roslan mengucup pipi isterinya. Tanpa mengharap balas.

****************

Menjelang dinihari, Sarah tersedar dari tidur yang panjang. Dalam kesamaran cahaya bilik, dia melihat sesusuk tubuh lelaki duduk di sofa di hujung kakinya. Ahh..mengapa suaminya ini tak tidur sahaja di rumah, getusnya. Sarah cuba turun dari katil untuk ke bilik air namun dia hampir tersungkur ke sisi. Cepat-cepat susuk tubuh lelaki yang dilihatnya itu menarik tangan dan mencapai pinggangnya.

"Ohh..terima kasih bang..." ucapnya seraya memandang....ke raut wajah Yusri.....

"Bila masa kau...." belum sempat Sarah menghabiskan pertanyaannya, Yusri menjawab;

"Aku masuk waktu Roslan sudah keluar..kau tidur seperti bayi.." dia memimpin tangan Sarah ke bilik air dan menanti dipintu. Setelah selesai, Sarah membuka pintu dan Yusri masih lagi tersenyum kepadanya. Sarah memeluk lelaki itu, erat. Airmatanya mahal pula kali ini, dia cuma ingin memeluk untuk melepaskan rasa rindunya yang bersarang sekian lama.

"Aku cuba berlari jauh-jauh dan sangat jauh..tapi aku masih rindukan kau Sarah..maafkan aku sayang"

Sarah tidak menjawab, dia masih lagi memeluk Yusri dengan sangat erat. wajahnya disembunyikan didada lelaki itu.

"Jangan macam ni sayang..aku tahu bagaimana perasaanmu saat ini..bahkan aku mengetahui situasi kau selepas pulang dari sana..aku selalu ada disisimu"

Sarah memandang Yusri. Dia kehairanan.

Yusri tersenyum panjang. Sarah berbaring di katil dan Yusri duduk di birai katil, memeggang telapak tangan Sarah, digenggamnya lalu dicium mesra.

"Aku dah lama balik Malaysia..selepas kau balik. Sebab aku tak tahan tinggal berjauhan..jauh dari realiti kehidupan sekarang. Buat masa ini aku bekerja dari sini dan menghantar laporan ke sana.."

Sarah terkesima. rupanya selama ini Yusri mengekori bayang-bayangnya. 7 tahun hatinya berdarah, rupanya insan yang didamba telah berada di depan mata sejak sekian lama.

********bersambung lagi. letihlah menangis...






Thursday 13 October 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Hati yang berbicara


01 Oktober 2016...musim-musim kemarau setelah berakhirnya hari Selasa yang bersejarah itu pada 31 Mac 2009 ...

Kepada seorang perindu, setiap saat yang dilalui dirasakan bagai penjara...

.................

Sekian lama sekembalinya dari sana 7 tahun lalu, dia sudah tidak lagi tenteram. Wajahnya biasa-biasa sahaja namun kerdipan matanya sudah tidak bercahaya seperti dahulu. Hatinya berbalam, sentiasa ada hembusan bayu dingin yang menyapa ketenteramannya. Sakitnya hanya dia yang tahu.

Roslan juga begitu, minggu pertama sahaja kepulangannya bagai tidak keruan di amuk cinta semula, namun hari ini dia sudah mulai biasa, biasa-biasa sahaja. Rutin kehidupan yang membosankan itu terlangsung sekali lagi.

Sarah sudah lama berhenti kerja, semenjak kembali ke tanahair dari kota London. Hatinya nekad ingin mengabadikan kehidupan kepada suami tapi hari ini dia rindukan kehidupan di pejabat. Terkadang rasa menyesal berhenti awal namun keputusan itu tidak boleh diubah lagi.

Dia tambah sunyi kerana tiada lagi berita daripada si dia yang jauh di rantau orang. Entah bagaimanakah dia, masihkah mengingatiku lagi..bisik Sarah dalam hati.

Membelek majalah dan surat khabar, hanya terpampang berita politik dan indahnya mempunyai anak ramai. Anak....sesuatu yang sangat diingini namun apakan daya, Roslan tidak mahu berkongsi kasih dengan orang luar. sedangkan Sarah tersangat menginginkan. Harapannya agar dia segera hamil dari benihnya sendiri..hakikat yang sudah lali semenjak 13 tahun lampau.

Telefon berdering dihujung katil. Roslan menelefon dari pejabat, sekadar memberitahu dia pulang lewat lagi hari ini dan tak perlu sediakan makanan untuknya. Ingin sahaja hati Sarah menjerit kebosanan namun dia hanya mendiamkan diri. Usai bercakap, Sarah campakkan sahaja telefon bimbit itu ke atas tilam. Dia berbaring lalu menangis..Aku sunyi Ya Allah...

Lewat dinihari, apabila Roslan kembali ke rumah, didapati semua lampu tidak dinyalakan kecuali di kamar tidurnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan didapati Sarah tidak sedarkan diri di lantai dengan darah yang berserakan di wajahnya...


Cinta itu sungguh menyakitkan.
~Sarah.





Thursday 6 October 2016

HIDUP PENUH RANJAU : KESAKITAN YANG BERULANG

Seketika aku merasakan, betapa sakitnya jiwa diuji begini. Aku kesedihan dan kesepian teramat. Aku hanya mahu menangis semahu mahunya namun tangisan tak mampu buatkan aku gembira selepas itu. Mulutku jadi bungkam tak mampu bersuara, atas sebab hati yang tidak rela dan gembira. Aku memang tak mahu meneruskannya tapi aku juga tak mampu menerimanya..seperti apakah aku ini?

Memang berulang kali kesakitan ini hadir. Ia tiba bertahun dahulu dan kini bagai memori tercipta semula. Bersungguhkah kamu terhadapku? atau sekadar mimpi yang singgah lalu pergi menjelang dinihari..sanggupkah kamu memotong sebelah sayapku demi kamu...dan sanggupkah aku menahan kesakitan melampau itu saat sebelah sayapku digergaji janjimu?

aku sudah mahu melangkah pergi, namun jemariku bagai tersekat di ambang pintumu..


Sarah
-antara keajaiban dan keaiban.

Sunday 25 September 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Masihkah Rinduku ini milikmu

Usai bersolat, Sarah merebahkan diri ke tilam empuk itu, sendirian. Suaminya entah dimana dan dia cuma bersangka baik baik sahaja, mungkin Roslan banyak kerja dan mungkin sahaja dia tidur di pejabatnya. mungkin saja...

Ya Allah..ambil saja semula rasa kasih dan sayang ini. aku sudah tak berdaya memikulnya. hatiku sungguh terbeban menahan ujian demi ujian akibat lebihan rasa ini dalam jiwa. aku bagai sudah rela hidup tanpa cinta dan kasih sayang. andaikan aku dilahirkan tanpa rasa cinta..adakah aku akan selemah ini Ya Allah..

kepada diluar sana, yang masih menghukumku kerana gagal mengasingkan hukum dan bahana, silalah ambil rasa ini, aku sedia menebarkannya untuk kamu, kamu dan kamu..aku bersedia hadiahkannya untuk yang meminta..

Akhirnya Sarah terlena dalam juraian airmata. Bantalnya basah dan jiwanya parah..



~Sarawanija
Kuala Lumpur.


HIDUP PENUH RANJAU : Kepasrahan Dalam Meniti Kerelaan

Kerapkali aku ingin melupakan. Namun lebih kerap juga ingatan terhadapnya semakin membara. Semakin kuat sehingga aku tak terdaya mahu membuangnya jauh-jauh. pergilah kenangan dari hidupku.

Mencintai dalam diam rupanya lebih sengsara dan lebih banyak menderita. aku kesepian dalam nyata, aku terasing dalam gelak ketawa. bahkan aku bagai terbuang jauh di perantauan..aku terlalu ingin menangis namun aku tak bisa..

Sarah menekup wajahnya lama. hatinya dihiris sembilu. lalu apa yang ingin dilakukannya sekarang adalah solat..berteleku lama di atas sejadah dan bermunanjat kepada Allah SWT. kedingan dinihari itu benar-benar menyagat sanubarinya, bila dia menadahkan tangan merayu kepada Nya, tiba-tiba airmatanya jatuh bak empangan yang pecah..

"Ampunkan aku Ya Allah..atas keterlanjuran hatiku selama ini.."

Sunday 21 August 2016

GILA

Seawal pagi tadi, aku buka radio Klasik FM, biasanya ada motivasi pagi oleh penceramah jemputan. Minggu ini penceramahnya adalah Datuk Dr Haji Fazilah Kamsah. Bercerita tentang kasih dan sayang.

Beliau memaklumkan bahawa seorang lelaki telah difitrahkan boleh menyayangi perempuan lebih daripada seorang manakala perempuan yang telah berkahwin hanya seorang iaitu suaminya.

Namun jika perempuan yang telah berkahwin, mencintai lelaki lain...itu perempuan GILA.

Sekian, dariku yang mula nak tergelak.
~Lola.

Saturday 20 August 2016

LAYAKKAH?

Semenjak kebelakangan ini,  ada satu persoalan yang bermain dibenak.. Sering berlegar seolah menjerut rasa.. Dan aku bagai tenggelam didalamnya.

Layakkah aku ini dicintai... Dan layakkah aku ini mencintai..


Sendu.
-lola. 

Thursday 18 August 2016

PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA ATAU PAHIT SELAMANYA...

Jika dihitung-hitung, kebarangkalian untuk mengukur sejauh mana dalamnya ikrar cinta adalah berbalik kepada banyaknya iman dalam jiwa. kalau kau benar mencintai seseorang kerana Allah SWT, kau pasti tak mungkin sesekali mencari yang lain, tapi Allah SWT jua sebaik baik perancang dan penentu segala galanya, saat kau berikrar untuk taat setia, ketika itulah Dia turunkan ujian..untuk melihat samada kau mampu atau tidak.

..dan sebagai seorang hambaNya yang lemah dan hina, berapa kali kita mampu tangani semua itu dengan baik. Jujurlah...hati yang tidak gembira, selalunya akan kalah.

Wanita memerlukan sentuhan kasih dan sayang. Jiwanya bagai tak terbias bilamana tidak pernah mendengar ungkapan sayang dan rindu rinduan dari orang yang rela dinikahkan. Apabila dia mendengar itu semua dari orang lain, lagi-lagi dari kekasih lama..apakah yang kamu rasa. Perahu sudah berlayar dan sarat dengan muatan berharga, adakah pasti kamu akan berundur ke muara?

Memang tepuklah dada tanyalah iman, namun jika iman amat sedikit dan nipis, usah dipersoal mengapa mudah terkoyak dek halusnya penangan sentuhan kasih dan sayangnya.

Salam dariku yang sedang tersenyum.
~Lola.

Wednesday 17 August 2016

KEBETULAN..

Jemu agaknya orang baca tentang memori silam aku kot..tapi tidak kepadaku. Samada memori tersebut pahit atau manis, ianya adalah sejarah yang kadangkala berulang jika tak ditangani dengan baik. Kalau boleh mestilah nak yang baik baik sahaja dan yang tak elok jadikan sempadan, cuma bimbang sempadan yang dirikan tak sekuat perancangannya.

Bertemu dengan KEBETULAN ada dua kemungkinan, samada ianya satu anugerah terindah atau satu kesilapan yang mengheret jalan kehidupan di masa mendatang...kepada KEBETULAN yang tak dapat dielakkan, betapa payahnya untuk menafikan.

Diluah dan dipendam, ibarat sebiji mentimun dihimpit dua biji durian. jika ada akal dan fikiran, biarlah luka sedikit dari cedera parah sampai hilang identiti mentimun tersebut. kini, dimana kedudukan aku agaknya ye...

~Lola.

Monday 15 August 2016

KISAH SEORANG AKU : Blogger yang penuh kasih sayang

Episod mencari damai dihati masih belum berkesudahan, masih belum menemui penamat. kadang-kadang senyum sendiri, terkadang pula berhamburan airmata sepanjang hari....

semalam baru kutemui jawapan, meski sedikit namun agak memuaskan hati yang kelaparan akibat kebuntuan. Aku yang kalut, aku yang kegilaan..semuanya gara-gara terjunam dalam kisah novel yang kugarap sendiri. sebab itu aku lama menyepikan diri kerana hatiku tak tertahankan untuk meneruskan. berilah aku masa untuk menghabiskannya.

Dalam saat demikian, sahabat pula tumpang bercerita, tentang kisah hidupnya..lagilah aku tak tentu arah sampai hilang mood nak menulis. biarlah semuanya reda, sekurang-kurangnya aku mengambil langkah bertenang.

para pembaca sekelian, diharapkan apa yang kutulis disini tidak kamu menganggapkan ianya adalah kisah hidupku seratus peratus. aku hanya penulis, yang taksub untuk menulis cerita cerita hebat fantasi kecintaan dan kasih sayang..dimana ianya kadangkala sulit didapati di alam kenyataan...itu sahaja.

meski demikian, kisah tersebutlah yang memberi motivasi kepadaku selama ini. yang membenarkan aku sentiasa tersenyum. aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberikan aku buah fikiran dan ketabahan dalam menjalani kehidupan ini. aku menulis berdasarkan apa yang kurasa dan apa yang aku inginkan.

sekian.
~lola.

Wednesday 10 August 2016

PADA PENGERTIANMU

pada pengertianmu, akulah kisah terindah
pada pengertianmu, akulah kekasih terhebat
pada pendanganmu, akulah segalanya di dunia
...sedangkan kamu terlupakan,
akulah yang kamu dustakan
akulah yang kamu tinggalkan
akulah yang kamu sering permainkan
dan akulah insan paling bisa diperbudakkan
..kerana cintaku kepadamu tak pernah berubah
lalu keseluruhan isi derita itu kamu biarkan
mengharap aku memahami dan pulih sendiri
bukan berhari, bukan berbulan
.....tapi menghampiri abad

aku ingin sekali berlari
jauh meninggalkan kamu
tapi kamu datang dengan senyuman
dan aku bersimpuh dihujung kaki

kepada siapa harus menyatakan
untuk apa merahsiakan
atas dasar apa kita lakukan
masih satu tanda tanya tak bertepi
tanpa noktah

terguris hati ini
namun tak layak dikasihani..

dhaifnya seorang aku.

~lola.

Tuesday 2 August 2016

SAAT MERINDU : tika kau lafazkan cinta

Berhiba seharian bukanlah jalan penyelesaian terhadap kemelut rindu yang bersarang.  Entah mengapa pilu benar dalam jiwa,  entah rungsing mengenangkan mahupun rindu keterlaluan.. 

Aku bersangka baik selalu,  ingin jadi terbaik dan ingin baik selamanya.  Haruskah kulontarkan jauh jauh sang rindu ini atau benarkan ia berlari larian di halaman asmaraku saja.. 

Paling syahdu,  bilamana kau menyebut kau terlalu merinduiku,  cemburukan aku,  dan bergetarnya sang hati saat kau melafazkan bahawa cintaku adalah cintamu jua... 

Abang,  kekasihku,  sahabatku.. I love you too.. 

: sarah-yusri

#Dibalik kemelut mendung cinta kita. 


Saturday 30 July 2016

AKU YANG BERKECIL HATI

Kamu mungkin tidak menyedari,  aku selalu berkecil hati. Terluka hatiku dengan tindakan kamu,  terluka aku dengan sikap tak endah mu itu..

Aku lebih gembira jika kau kata tidak mahu diganggu.  Aku akan lebih bahagia jika ketelusan nurani seiring dengan tindakan yang kamu ambil. Bukan sekadar mendiamkan diri dan berharap aku sentiasa memahami.  Tahukah kamu,  aku sudah berasa letih ditempatku...

Perlukah aku hentikan semua kemelut ini... 

Friday 29 July 2016

DITUJUKAN KEPADA HATI HATI YANG LARA

Maafkan aku sahabat.  Tiada niat membeban,  tiada niat meluka bahkan tiada sekelumit rasa menghutangi kamu dengan kisah kisah dongengku.  Namun kepada siapa lagi aku mahu berkongsi fantasi demi sebidang kebahagiaan yang bersisa.  Aku yang punya sejuta harapan,  aku yang miliki segunung impian,  dan aku juga yang seringkali jatuh dalam lembah kedukaan.  Biarpun berkali kali dirempuh badai,  aku berjanji akan selalu tabah hati juga bermuhasabah diri. 

Aku ini pencinta,  hina sangatkah demikian? 

Aku tak tertahankan bilamana sering terpaksa menjadi perindu dan menunggu sesuatu yang bagai tiada berkesudahan.  Kamu tahu aku mencintaimu,  disebabkan itu kamu sengaja memperlakukan aku sewenang wenangnya. Kamu bagai tiada usaha merapatkan jarak yang semakin ketara.. Paling paling pun sekadar mengungkapkan kata adakah aku rindukan dia.

Aku wanita,  yang perlukan sentuhan serta ucapan,  selain membuktikan.




Sarah: dalam dilema Roslan. 

Sunday 24 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Jodoh

Kesakitan ditinggalkan oleh orang yang didamba memang tidak tergambarkan dengan kata-kata. Tidak boleh diceritakan, tidak boleh dikongsi bahkan tidak langsung boleh mengadu kepada sesiapa jua kerana presepsi berbeza pandangan orang luar yang bisa menambahkan lagi duka. Waktu senggang itu biarlah menjadi detik keramat kepada diri sendiri dan belajar menerima penolakan. Sampai suatu masa kelak, pengalaman tersebut akan menjadi momen terindah walau pernah menderitakan.

Namun apa yang terlebih kecewa sebenarnya bila cinta tersebut rupanya kembali semula, betul betul berdiri di ambang pintu hatimu saat kau bersedia hidup bahagia dengan pasangan kedua!

Lebih parah bilamana kau masih ada keinginan untuk 'meneroka' cinta lama dan membiarkan diri 'terbang' bersama-samanya. Mungkin dengan sedikit harapan bersisa di sudut hati, kau pasti menemukan bahagia yang selama ini dicari..agaknya.

Hidup bersama pasangan kedua, masih mempunyai bahagia namun intipati yang diharapkan kadangkala lari dari hasrat hati dan keinginan yang disemai pada pasangan pilihan. Tidak juga mengharapkan bulan dan bintang, sekadar meneruskan kehidupan seperti biasa, tidak seperti kemenangan pada pengertian dan rasa cinta lebih mendalam jika bersama kekasih pujaan hati...agaknya lah kan....

Jika pasangan itu adalah insan yang dicinta sepenuh jiwa, penzahiran mungkin sedikit berbeza dan keikhlasan yang diberikan adalah mungkin lebih berganda lagi...rasa-rasa begitulah agaknya.

Pernahkan kamu menganalisa..seseorang yang tidak begitu dicintai, menjadi teman hidupmu, menjadi rakan, sahabat dan berkongsi setiap adamu. Dia rela tinggalkan seluruh keluarganya demi mengahwini kamu, berikan apa sahaja yang kamu mahu..selain HATI dimana sedikit hati tersebut telah diperuntukkan untuk sidia kekasih lama yang masih belum mahu diturunkan takhta, bukan sidia yang tak mahu turun tetapi si pemilik hati yang sengaja memerangkapnya disana. lama.

Bila berbicara tentang HATI..rasanya tiada manusiapun yang mampu menghuraikan kepelbagaian rasa yang dikandung oleh secebis daging bernama hati..


Sarah-Roslan-Yusri.
-Ada apa dengan cinta...








Thursday 21 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Aku lepaskan kau kembali

31 Mac 2009 : jam 10.55 malam ( Selasa yang bersejarah )

Setelah hampir 4 hari berada di bumi London, Sarah nekad mahu pulang ke tanahair. Yusri menghantarnya ke lapangan terbang dengan sejuta perasaan terbuku dalam jiwa. Najmissa sekejap mahu didukung dan sekejap mahu berlari ke sana kemari.

Yusri mengambil tempat disisi Sarah apabila Sarah selesai mendaftar masuk bagasinya. Penerbangannya jam 11.55 malam dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 7.45 pagi keesokan hari. Satu perjalanan yang sangat panjang dan membosankan.

Dia merangkul bahu Sarah dan menepuk mesra. Wanita itu nampaknya sedikit resah atau mungkin sedang dalam dilema untuk mengagihkan diri serta perasaannya selepas ini. 

"Aku gembira kau datang menemuiku di sini..membawa rinduku bersama walau kau ambilnya semula hari ini.."

Sarah merebahkan kepala ke bahu Yusri sambil tersenyum.."Hidup ini umpama roda, kau mungkin akan bertemu aku semula suatu hari kelak dan hari tersebut janganlah kau palingkan muka bila melihatku."

"Aku disini menunggumu sayang..tanpa jemu.."


*******************

Nun jauh di awan biru, Sarah memanjatkan doa ke hadrat Illahi, semoga tindakannya ini direstui dan kesilapannya diampuni..sebelum menarik kain selimut yang semerbak harum itu, dia memandang keluar tingkap sebentar. Apa yang kelihatan hanyalah kepulan awan dan kegelapan malam. Masih terasa-rasa hangatnya kucupan sang kekasih hati di kedua belah pipi yang sangat mencalarkan segenap kota hati saat ini...

Selamat tinggal sayang, panjang umur pasti kita bersua lagi. Kerana mahligaimu disini, dihati ini....


Sarah
-01.23 pagi



**bersambung lagi....





















Tuesday 19 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Dibutakan oleh cinta

Sarah mengemaskan beg pakaiannya dengan cermat. sepanjang percutian ke London ini, tiada satupun cenderahati ingin dibelinya sebagai kenang-kenangan. Hatinya tiada untuk membawa sebarang kenangan kecuali di sini..di Batley ini..dia melekatkan wajahnya di cermin solek..merasakan kedinginan pagi yang bakal dia rindui tidak lama lagi.

Yusri mengetuk pintu bilik meminta izin untuk masuk. Sarah mengangguk lalu duduk di birai katil dan memerhatikan lelaki itu melabuhkan punggung di kerusi malas bersebelahan meja solek.

"Cepat kau kemaskan baju..apakah kau nak balik sekarang?" soal Yusri kehairanan. Sarah menunduk kelu. Cemas hatinya tatkala menatap raut wajah kekasih lamanya itu. Dia hanya terdiam lama. hatinya bertambah cemas bila lelaki itu merapatinya dan berbaring pula di sebelah. Kau mahu apa..

Yusri menguis-nguis hujung anak baju Sarah dan menjalar pula ke pergelangan tangannya yang mulus. Sarah seakan mahu merentap namun bagaikan terpukau oleh perilaku Yusri..saat itu Sarah terbayangkan seraut wajah insan polos yang selalu merenggut jiwanya, lalu cepat-cepat Sarah bangkit!

"I'm married...yes, i'm married"...

"But I am supposed to be your husband not him..I am." ujar Yusri perlahan menahan sendu. Sarah terjelepok ke lantai kebingungan..bagaimana harus dia hadapi ujian ini dan segalanya berpunca dari kedegilan hati yang menuruti perasaan.

"Marilah kita pulang ke Malaysia, aku perlu berhadapan dengannya"

"Kau hanya akan kecewakan diri kau saja Yus.."

"Aku rela jika itulah Takdir untuk aku saat itu. Yang pasti aku tak dapat menahan diri dari semua ini.."

"Kau juga hanya akan melukakan hati aku ..jika kau benar sayangkan aku, aku rayu jangan lakukan demikian..please" tegas Sarah dalam sendunya.

"Jika kau bahagia hidup dengannya, aku pasti kau tak akan datang ke mari, walau siapapun aku pada pandangan matamu..walau aku bukanlah Mr. Aduka..bukankah begitu Sarah? Bukankah?"

"Sebab aku perempuan murah yang tak layak untuk sesiapa pun..aku hanya bagai menjual maruahku untuk datang kesini mencari kata hati...maafkan aku Yus."

"Please..don't say that honey..kaulah permata hatiku sejak dulu. Aku saja yang tak tahu menjaganya, please..you're just hurt me by saying that..no honey..no.."

Yusri mengangkat tubuh Sarah dari lantai dan dibawa ke atas katil perlahan-lahan. Dia menyeka airmata Sarah dengan ibu jari tangannya, dengan sepenuh kasih sayang.

"Sarah..jika aku mahukan kau begini, sejak sekian lama aku telah mendapatnya. tapi kau sesuci embun pagi, aku hormati itu sayang..jangan bimbang."

Yusri berlalu keluar dari bilik Sarah dan menutup pintu perlahan. Sarah merasakan matanya pijar dan ada titis-titis cecair pekat dan hangat merembes keluar dari hidungnya...

Aku yang selalu buta menilai cinta atau cintanya buat mata hatiku gerhana..













Thursday 14 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Terlafaz bicara..

Sarah mencapai telefon di sisi katil. Sudah lama dia tidak menghantar khabar berita kepada seorang lelaki yang jauh dimatanya. Hari ini hatinya bagai dicarik carik pisau belati dan meruntun kalbu. mungkinkah namaku diseru saban waktu..maafkan aku wahai suami. Bukan niat untuk derhaka namun aku juga manusia biasa..berilah aku sedikit ruang jernihkan perasaan yang sedang berpusar hitam.

Dalam pada itu, fikirannya juga sedikit terganggu dengan lafaz janji Yusri semalam..bukan Sarah hendak mempercayai janji janji manis lelaki tapi bait bait ayat yang dilafazkan benar membuatnya kelu...

Perlukah berkorban dan terkorban?


~Sarah
London.

Tuesday 12 July 2016

DETIK ITU

Masa berlalu begitu pantas, sedang baru bertatih untuk berjalan ianya tiba tiba menghilang. Lenguh menantimu dan aku masih berdiri di ambang pintu ini dalam kesamaran dinihari..

Berkali-kali ku ingin kau tahu, berkali kali aku ingin kau memahami, bahawa di pinggir jalanan ini, ada aku yang sangat luhur ingin menemanimu menyelusuri denai dan ranjau kehidupan. aku juga sangat mengerti kehadiranku ini bagai kumpulan awan mendung yang melindungi kamu dari sinaran terik sang suria. Aku merasakan bahawa hanya akulah yang bisa membuatmu bahagia selagi hayat ada..

Tapi aku lupa keagungan Illahi..Dia yang menciptakan Qada dan Qadar sejak azali lagi..yang menentukan jalan berbeza bagi kita berdua. Dan aku terima dengan hati penuh tawaduk, cuma kadang kala sifat manusia seorang aku yang begitu dhaif, membuatkan aku selalu karam dalam lautan khayalan.

Aku-sebenarnya belum mahu meleraikan cintaku kepadamu.

KERINDUAN YANG BERPANJANGAN

Aku teringat bait bait lagu dari Norhaniza Idris suatu waktu dulu:

"ingin kuturut jejak langkahmu
Walau kemana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Semoga kau kan mengerti"

Lagu tersebut seiring usiaku.  Seiring kekecewaanku yang kubawa melayari bahtera kehidupan.  Kamu pasti tidak pernah menduga,  aku tergolong dalam kumpulan setia hujung nyawa,  sekali menyerahkan hati pasti tak kan lupa hingga mati. 

Biarpun usia perpisahan itu telah menginjak 21 tahun! 

Waktu sebegitu,  pelbagai peristiwa telah berlaku. Mengundi juga sudah masuk 4 kali... Aku terus tabah menjalani rona rona kehidupan.  Jatuh bangun sendirian dirantau orang.  Menangispun sendirian,  bila aku mencapai kejayaan,  saat itulah juga antara moment paling sedih kerana tatkala aku menggenggam piala kejuaraan,  aku mencari cari seraut wajah yang kusayang untuk berkongsi kebahagiaan.. Namun kamu tiada dimana-mana. 

Kini sejarah bagai terakam kembali,  roda roda kenangan silam kembali berputar dan kembalikan warna-warna terindah dalam lipatan sejarah. Namun apa yang tersisa adalah jerih luka semalam yang tak mungkin terubat meski ditebus dengan segunung intan permata. 

Meminta kepada yang berpunya.. Bagai mengemis ditengah padang pasir.. Yang kehausan cuma aku seorang,  yang makin sengsara juga aku semata... 

-dhaifnya aku. 







Monday 11 July 2016

HATI YANG BERLARI.

Bila hati ingin berlari,  apa yang mungkin dikejarnya adalah jiwa.  Apa yang memungkinkan untuk ia mendapatkannya adalah sebuah mahligai indah untuk ia bermastautin selama lamanya.. 

Begitu juga hatiku, ingin benar berlari mengejar sesuatu, meski ia sangat memahami bahkan menyedari bahawa ia sedang berlari didalam mimpi. 

Seorang aku,  benar berasa kasihan terhadap hati ini yang seringkali cuba berlari jauh namun akhirnya terpaksa kembali kesisi tatkala menjelang dinihari.. Ia tiada menemukan janji janji,  ia belajar menerima penolakan... 

Hatiku,  kini merintih. 

-babylola. 






Friday 8 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Mengharap Keajaiban..

Hasrat Yusri ingin pulang ke Malaysia dan menemui Roslan adalah satu idea gila yang pernah terfikirkan!

"Jangan kau mencari deritaYus..aku juga tak mahu menambahkan lagi sengsara"

"Tapi aku ingin benar menemui orang dan lelaki yang buat macam ini kepada kekasih hati aku, aku perlu berdepan dengannya, aku perlu berterus terang tentang kita.."

Yusri memandang raut wajah Sarah dalam-dalam. Ada keyakinan di matanya untuk berdepan dengan semua persoalan. Dia sudah bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan dan cabaran meski cabaran itu berkemungkinan bisa merobek hancur hatinya.

"Marilah kita balik kampung, sayang..aku dah bersedia untuk kecewa sekali lagi andai itu ketentuan Illahi..bukan sengaja pasrah tapi aku hendak meyakinkan diri bahawa kau bersama lelaki yang ikhlas mencintaimu sepenuh hati.."

Yusri mendapatkan anaknya lalu mendokongnya lalu dibawa ke anjung.

"Missa..we are going to papa's home town..pray for our happines darling."


~bersambung. Masih adakah ruang dan peluang untukku disana....








Wednesday 6 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Rindu Yang Terhalang

Setelah Sarah dan Yusri pulang ke rumah,  Sarah berbaring di katil. Yusri meminta semangkuk air hangat serta tuala dari Elizabeth.  Dia ingin membersihkan wajah Sarah dan memberi kelegaan kepada perasaan wanita itu. 

"Sarah,  please don't do this to me.  You are my angle,  my strength.  Aku tak bisa mengharungi semua ini jika keadaan kau begini saban waktu. "

Lama Sarah membungkam.  Lidahnya berasa pahit untuk bercerita. Alangkah bagusnya jika berdiam diri itu adalah jawapan bagi segala galanya. Insan sanggup melakukan apa sahaja demi cinta,  namun apakah yang cinta akan beri setelah insan menuruti?

" kita balik malaysia sama sama ye sayang?.. " ujar Yusri.  Sarah memandang mata Yusri,  ada kesepian terlihatkan disana,  bukan pada Yusri.. Tetapi pada mata Sarah..
"boleh aku jumpa Roslan suamimu?"  duga Yusri.





**setia selamanya,  percayalah.







Monday 4 July 2016

MENGAPA HARUS BERJUMPA

Mengapa kita harus berjumpa
Disaat dirimu telah berdua
Berdosakah diriku kepadanya
Pabila aku mencintaimu

Namun apalah dayaku
Semua ini telah terjadi
Walaupun kusayang kepadamu
Tak mungkin oh tak mungkin

Oh tuhan yang kuasa
Berilah petujukmu
Betapa pedih kurasakan
Kasihku tak sampai



: ujian kesetiaan selalu datang tak terdugakan..

HIDUP PENUH RANJAU : Maafkan daku

Setelah Sarah dirawat dan dibenar berehat di bilik rawatan harian, Yusri minta izin untuk pulang menukar pakaian dan menyegarkan diri. Dia juga perlu menjenguk anaknya yang masih kecil itu meskipun Elizabeth sentiasa ada di rumahnya jika dia ada urusan diluar. Tugas Yusri sebagai pereka grafik membenarkannya bekerja dari rumah dan memantau perkembangan anak kecilnya dan hanya sesekali sahaja dalam sebulan dia perlu datang ke pejabat, itupun dalam jarak yang hampir dengan kediamannya.

Selesai mandi, Yusri duduk di birai katil. Termenung panjang. hatinya bagai disagat sembilu memikirkan betapa jauhnya dia dari kampung halaman. jauhnya dia dari realiti kehidupan seorang anak desa. Bila difikirkan, mengapa dia tergamak membuang diri begitu jauh setelah gagal dan kecewa dalam hidup..sebenarnya hati Yusri merana melihat pernikahan Sarah. SUNGGUH..

Dia bangkit, membuka sebuah beg besar yang pernah digunakan ketika datang ke bumi asing ini. Mencapai sebuah diari warna jingga. Dia membuka halaman demi halaman dan berhenti pada satu halaman yangmengandungi sekeping gambar..tiba-tiba matanya digenangi air jernih, panas dan menitis di lengannya.

Ya, sekeping gambar Sarah sewaktu remaja. Sentiasa ada dalam diari tersebut. Gambar itu diambil ketika majlis hari ulangtahun kelahiran Yusri yang ke Lapan Belas ..seusia sapu tangan pemberian Sarah kepadanya. Dia mendakap gambar tersebut rapat-rapat ke dadanya. hatinya amat rindu meski wanita yang didamba itu betul betul telah berada di hadapan matanya.

Aku menantimu selama ini sayang..sangat mengharap agar kau kembali ke sisiku dan kita sempurnakan janji janji kita dulu. kini, siapakah yang paling sengsara sayang? akukah yang bakal kecundang sekali lagi? akukah...

Yusri mendapatkan si kecil Najmissanajmi yang sedang leka bermain dengan Elizabeth.

"Missa, papa have to go out soon, behave yourself okey..papa will be back half an hour "

"Okey papa.."

Yusri bergegas keluar ke Batley Health Centre untuk mengambil pulang Sarah dari sana. mungkin dia sudah sedarkan diri dan lebih bertenaga dari tadi. Dia mendapatkan doktor Syed Hassan yang bertugas tadi untuk mendengar keputusan penyakit Sarah.

"She's getting well and nothing happened . the blood also stable. get enough rest and eat well. you do not worry ."

"Thank you doctor..shall we discharge today?"

"Okey take some medicine and you must take care of your beautiful wife." ujar doktor Syed Hassan sambil tersenyum. Dia menulis sesuatu diatas kertas dan diberikan kepada Yusri.

Yusri masuk ke dalam bilik rawatan harian dan melihat Sarah sudah bersedia untuk pulang ke rumah. wanita itu bermuram durja dan duduk di bucu katil dengan pandangannya hanya tertumpu keluar tingkap. ada sisa sisa airmata yang telah kering di kedua belah pipinya. Yusri mengesat pipi Sarah dengan sepenuh kasih sayangnya, Sarah tiba-tiba memeluknya lalu kembali menangis. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. Pelukannya kejap bagai tak mahu lagi dilepaskan. Hiba benar hati Yusri saat itu..dia juga turut mengalirkan airmata..sayang, aku tahu hatimu.


~hatimu miliku jua...bersambung




Sunday 3 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Mengapa membohongi hatimu..

Sarah mengajak Yusri pulang ke rumahnya untuk menukar pakaian. Hodoh benar pada penglihatannya kemeja yang telah kotor terkena percikan darah ini. Yusri hanya membiarkan Sarah mengesat sisa-sisa darah yang masih basah dengan hujung sapu tangan yang kemudiannya terhenti seketika. Sarah meneliti sapu tangan itu sambil tersenyum.

"Ini sapu tangan yang aku bagi pada kau kan?" Yusri tersenyum panjang lalu mengiakan.

"Aku sayang sangat dengan sapu tangan tu, kau bagi masa hari jadi aku yang ke lapan belas, kini kita dah berusia lewat tiga puluh..lebih sepuluh tahun dalam simpanan aku"

"Maafkan aku sebab kotorkan dengan darah aku.."

"Biarlah sapu tangan tu berkhidmat untuk tuannya..aku tak kisah".

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Yusri, mereka tidak banyak berbual. masing-masing cuma melayan lagu lagu dari corong radio kereta dan sesekali saling berpandangan penuh tersirat.    

"Sayang..kau bahagia dengan perkahwinanmu?" tanya Yusri berbahasa. Lama Sarah mendiamkan diri untuk menjawab.

"Kau rasa bagaimana? kelihatannya aku begitu mungkin?" getus Sarah menduga. Mungkinkah raut wajahnya menceritakan begitu? ahh..klise benar hidup aku ni.

"Aku sekadar nak tahu..adakah kau bahagia, itu sahaja."

"Aku tak mahu jawab ..misteri."         

Yusri memberhentikan keretanya ditepi jalan. Sarah sudah tahu memang begitulah perangai lelaki itu jika tak puas hati. Dia akan cuba dapatkan jawapan dengan apa cara sekalipun.                                                                                                                                                                                                      
"Jomlah balik Yus.."

"Kau bahagia tak ni??" soal Yusri tegas. Jemarinya mengetuk ngetuk stereng kereta tanda protes. Sarah menelan air liur bimbang terjadi pertengkaran kerana sebab yang terlalu peribadi baginya.

"Itu soal aku Yus..perlukah aku beritahu kau sekarang?"

"Ye perlu..sebab jika kau tak bahagia, aku akan pastikan aku ambil kau dari tangan lelaki tak guna  tu!".

PANGGG!!!!...Sarah melepaskan satu tamparan kuat ke pipi kanan Yusri. Tubuhnya menggiggil, semakin banyak darah pekat keluar dari hidungnya dan kemudiannya Sarah pengsan rebah di kerusi...

"Mengapa perlu kau takut untuk berkata benar sayang...oh Sarah..aku kesal dengan sikap kau yang satu ini." keluhnya perlahan. Sungguh dia simpati dengan hidup sahabat dan kekasih lamanya ini.

Yusri menghentikan keretanya di Batley Health Centre, West Yorkshire untuk mendapatkan rawatan. Saat itu dia mula percaya, bahawa Sarah sebenarnya sedang mengalami tekanan jiwa hingga kerap kali berdarah hidung, sama seperti ketika dia kecil . Sarah tidak boleh dipaksa, tidak boleh menerima kekasaran, jika bertahanpun, ianya lama kelamaan akan memakan diri seperti sekarang.

Sungguh hati lelaki ini tewas.


~bersambung.


                           

HIDUP PENUH RANJAU : Bawalah daku pergi

Yusri sendiri tergamam dengan ayat yang keluar dari bibirnya tadi. Dia tak layak menentukan hala  tuju hidup Sarah. Baginya,  hidup telah ditentukan Yang Maha Kuasa.. Namun sebagai manusia lemah apatah lagi pendosa sepertinya,  ingin sekali dia bawa lari cinta hatinya ini.  Ahhhh.... Mak tak mengajarku begini. 

Dia melirik kearah Sarah.  Jemari wanita itu bergetar.. Yusri sedikit panik.. Pantas dikeluarkan sehelai sapu tangan dari poket kemejanya dan dihulurkan kepada Sarah.  Lekas lekas Sarah menutup hidungnya.  Dia terbatuk kecil.  Yusri mengeluh pelahan.

"Kau masih gementar bila bersamaku sayang namun kau comel bila hidungmu berdarah. "

Sarah mengetus kecil pinggang Yusri.  Lelaki itu menyeringai kesakitan.  Akhirnya mereka ketawa bersama dan tanpa disengajakan,  darah dari hidung Sarah terpercik ke kemeja Yusri.  Ouchhhh... Sorry Yus.. 

" It's okey.. "




_cinta memang indah namun perlukan pengorbanan. 

Saturday 2 July 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Rindu Kenangan Silam

Roslan mundar mandir dibiliknya.  Hatinya terlalu bingung tanpa kehadiran isteri yang selama ini setia disisi.  Dia maklum bahawa Sarah kesunyian.. Selalu ditinggalkan berpergian mahupun meraikan teman teman bujangnya.  Dia tidak menyedari perbuatannya itu memakan dirinya sendiri kini.

Teringaat dia,  isterinya itu adalah sebaik wanita yang pernah dikenalinya.  Cukup berbeza dengan mana mana wanita yang pernah menjadi temanitanya. Sarah tak pernah menyusahkan dia, wanita itu semulia apa yang dipapar diwajahnya.  Namun dia tak pandai menjaga hati seorang isteri.  Roslan fikir segalanya baik asal membawa pulang sejumlah wang yang bisa membeli dunia...

Sangkaannya meleset,  kehidupan sukar Sarah sewaktu kecil telah membentuk jati dirinya sehingga dia tak memerlukan sokongan sesiapapun untuk bangkit dari kelukaan.  Tiba tiba hati seorang lelaki ini berasa amat malu sekali..


"Sarah sayang.. Cepatlah pulang... Abang rindukan Sarah.. "

...........

Percutian ke London dirasakan amat menggembirakan buat Sarah.  Dia langsung tidak terfikirkan soal siapa yang menunggunya di tanahair.  Hatinya sentiasa berbunga riang ditemani Yusri sahabat lamanya.  Barulah dia mengerti apa itu bahagia yang tak pernah dikecapinya beberapa tahun ini. Hati yang sengsara bagai pulih sepenuhnya.

"Sarah.. Tak mahu terus tinggal disini? " tanya Yusri disatu petang sewaktu bersiar siar melihat kota London.

" Apa yang dijanjikan disini untuk aku agaknya? "

" Apa yang kau harapkan mungkin? "

Sarah memandang wajah lelaki itu sekilas.  Wajahnya sendiri bertukar rona kemerah merahan .  Yusri tersenyum.

" kau ni masih tak berubah ye,  bila kau malu.. Muka kau jadi merah jambu.  Tapi itulah yang paling aku rindu".

Sarah menekup wajahnya dengan kedua belah tangan.  Sungguh dia gementar berhadapan dengan lelaki itu meski telah mengenalinya semenjak kecil. Hatinya masih berdebar debar saat pandangan mata mereka bertemu.  Ada kerinduan yang bersarang disitu.. Jauh dari sudut hati.

"kenapa dulu kau tak halang aku pergi...... " ujar Sarah perlahan.  Yusri tersentak hingga telefon yang dipeggangnya  hampir terlepas

" aku.. Aku minta maaf kerana percaya hasutan mak aku tanpa bagi peluang kau membela diri. Aku memang tak patut berbuat demikian kepada kawan yang aku dah kenal sejak kecil.  Cuma aku tak mampu menghalang mak aku.. "

" kau melukakan hati aku selama bertahun tahun.. Aku ni sampai letih mencari kesilapan sendiri Yus.. Kemudian kau bernikah pula dengan Zulaikha seperti kau tak pernah mencintaiku. "

" Zulaikha pilihan emak aku.. Manakala kau adalah pilihan aku selama lamanya.. Percayalah."

Mereka bungkam seketika.  Tiada bait bait kata mampu diluahkan apabila menyelusuri denai silam. Sejarah adalah kenangan terindah meski pahit dan tak mungkin untuk dikarang semula.

"Tinggalkan suamimu.... "

Sarah terkedu!



_Sarah
Batley,  London.







Thursday 30 June 2016

MENJELANG LEBARAN : terhapuskah kekhilafan..

Beberapa hari lagi bakal menjelang lebaran yang dinanti, habuan bagi orang yang berpuasa, keraian bagi ahli syurga..

Aku menantikannya dengan sejuta rasa. Terlalu bahagia rasanya aku berhadapan dengan Ramadhan kali ini. Disebalik kesemua yang berlaku, aku bagaikan telah menemui ketenangan disebalik kedukaan. Terima kasih Allah di atas rahmat yang Kau limpahkan kepadaku. Semoga ketenangan ini berlanjutan sampai bila-bila.

Amiin.

~Lola.

Wednesday 29 June 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Terjemahan kata hati

Apabila saban hari seperti ada kupu kupu didalam perut tatkala memandang wajahmu, tidak berkesempatan mencuri pandang seraut wajah itu buatkan tulang temulangku seperti ingin reput!

Sarah sengaja mengusik lelaki itu pada suatu hari nan lalu, tika senja hampir berlabuh di tepian sungai.

 "kalau kita buat gencatan jumpa boleh tak?" ujar Sarah selamba. Seusia kanak kanak berumur 8 tahun itu entah apa yang difikirkan mereka. Tujuan tanpa niat.

"Boleh..aku tak kisah tapi boleh ke kau nanti?" jawab Yusri tegas.

"Aku rasa aku boleh. beginilah..baik kita berhenti bercakap atau berjumpa satu sama lain selama sepuluh hari"

"Aku setuju. kita mulakan dari sekarang."

Dan dua orang kanak-kanak sebaya itu dengan angkuhnya berlari menju ke rumah masing-masing. Tak sepatahpun ayat muncul dari mulut mereka keesokkannya dan halaman rumah mereka bagaikan dilanggar garuda lagaknya. Sepi dan tenang tidak seperti selalu.

Beberapa hari kemudian, Mak Bedah muncul di tangga dapur rumah Mak Siti, bertanya kepada sahabatnya itu perihal anak-anak mereka. Dia bertanyakan Sarah kerana tidak terlihatkan anak itu bermain-main di halaman rumah seperti selalu. Mak Siti hanya tersenyum simpul.

"Sarah demam..sejak kelmarin. entah..tiba-tiba saja. Yusri mana? Aku tak nampak pon kelibatnya beberapa hari ni? sihat dia? 

"Kebetulan pulak, Yusri pun tengah demam ni..hai, macam berjanji saja budak budak tu. Sudahlah sejak kelmarin dia tak mahu bercakap, Bingung pulak aku di rumah tu."

"Ohhh..Yusri demam juga? macam berjanji pulak ye?"


........Ahhhhhh, kenangan mengusik jiwa. Sarah tergelak kecil bila mengingati kejadian tersebut. bodohnya kami waktu itu.

Hati tak pandai berbohong. cuma seringkali apa yang cuba lidah terjemahkan adalah pantulan dusta demi menutup ruang curiga dalam jiwa.

Aku terlalu rindukan dia namun biarlah segalanya menjadi rahsia..

Sarah
Batley, London
2.32am.




Tuesday 28 June 2016

HIDUP PENUH RANJAU : kebarangkalian untuk ketirisan percaya

Malam ini terasa sepinya.  Sangat.

hati yang telah terbiasa dimanja,  bila dibiarkan,  bagai tak bernyawa.  Bagai sudah hilang kuasa kuasa cintanya.. Dan barangkali mula mentafsir kitab cemburu dan prasangka.

Menjadi wanita yang penuh kecintaan,  aku hanya mahu perhatian.  Maka tenteramlah jiwa menahan amarah,  demi pertahankan kesetiaan sepanjang musim berkasih sayang.

Biar hati bagai disagat pilu tika melihat dan mendengar gemersik pujian sekecil kuman kepada wanita lain.... Heiiii... Pertahankan maruahmu Sarah.  Lepaskan tali yang membelengu hati..

Sesungguhnya dia tak berdaya. 

Thursday 23 June 2016

BATAS WAKTU : antara belengu jarak dan kesanggupan

Hari ini aku banyak menangis. berpagi lagi sudah berhamburan air mata kerana sebak melihat drama pilu tentang hari raya. sebenarnya sudah kurasa semenjak dua tiga hari yang lalu, aku merasa hatiku kekosongan..merasa betapa kerdilnya aku dihadapan Tuhan. aku bagaikan terhanyut oleh derasnya arus dosa yang mengheret aku ketengah lautan, semakin aku cuba menggapai, semakin aku tenggelam.

aku sudah letih untuk menafikan, bahkan untuk menghalang. bukannya aku bisa memiliki dan tak kan mungkin mempunyai. 

betapa kesanggupan itu benar boleh terhapus meski terpisahkan oleh jarak sejuta hasta...

~babylola.

Wednesday 22 June 2016

ANTARA MEMAHAMI DAN HARAPAN : Anugerah terindah atau bencana

Apalah motifnya tajuk tu ye..hanya jauhari mengenal manikam namun hendak juga bercerita disini bagi renungan bersama.

Jika bercerita tentang bagaimana hendak memahami seorang manusia, sila berkawan dengannya dan kaji latar belakangnya dulu secara perlahan-lahan, mungkin dari gaya dia bercerita ataupun bila sudah rapat mungkin dia tak segan silu berkongsi kisah suka dukanya kepada kita. ambillah iktibar dan sentiasalah bermuhasabah. jangan cepat menongkat langit mahupun mencemuh kisah-kisahnya.

sebagai seorang kawan yang baik, adalah tidak elok untuk mencela, mengumpat mahupun rasa bimbang diri tertinggal dibelakang dek kerana kemashyuran dia. setiap orang dianugerahi oleh Allah SWT akan rezeki yang berbeda dan janganlah kamu khuatiri akan rezeki yang diberikan itu mencukupi atau tidak. pandang dari sudut nikmat dan redha, Insha Allah pasti kamu tak mengingini selebihnya.

Bercerita pula tentang harapan, segenap jiwa punya naluri tersebut. bukanlah makhluk Sang Pencipta sekelian alam namanya jika tiada punya rasa mengharap. namun harapan itu kadang kala biarlah tinggal harapan yang tidak menagih sebarang perjanjianpun, kerana bahagianmu mungkin belum tiba dari Yang Maha Kuasa.

Tajam lidah berbicara belum tentu telus nurani mengiakannya kerana dikala jantung laju berdegup, kekhilafan mungkin tercetus..

aku sebagai manusia, yang penuh dosa..juga mengharap masuk syurga....

~babylola.


Thursday 16 June 2016

SEMARAK KASIH : Hidup yang telah ditakdirkan..

Aku resah, aku gelisah sebenarnya dan sememangnya aku bimbang. Keputusan doktor tentang hasil ujian darah suami dan ujian jantung mendapati ( belum mengesahkan ) bahawa suami barangkali mengidap masalah jantung berlubang..

Abang bagai hilang semangat, bercerita kepadaku bagai hendak mati beberapa jam lagi..aku tidak menunjukkan apa-apa riak saat itu kerana aku speechless..rawatan susulan mungkin di hospital HUKM atau Serdang. malam itu kami tidur tak lena, dia lebih banyak habiskan waktu bersama anaknya dalam bilik bujang itu. mungkin dia terlalu memikirkan..

aku teringat kakak di Muar, doktor juga mengatakan bahawa kakak menghidap sakit jantung berlubang namun alhamdulillah, seusianya belasan hingga kini mencecah puluhan, kakak tetap sihat. dan aku menyakinkan diriku bahawa penyakit itu boleh diubati dengan sabar dan keyakinan tinggi kepada Allah SWT.

memandang ke hadapan, aku melihat diriku keseorangan...semoga Allah memanjangkan usia suamiku, memberikannya kesihatan yang lebih baik dari semalam untuk masa depan kami yang gemilang. amiinn.

~lola.

Sunday 12 June 2016

BETAPA HATI ITU TERLALU RAPUH : adap seorang bernama manusia...

Dulu, dia berkata tentang takutnya dia akan pandangan orang..dulu dia berkata bimbangnya akan kesetiaannya dan dulu juga hidupnya seperti menafikan setiap saat.

Namun semenjak kebelakangan ini, penafian itu seperti mengejarnya dan seakan mahu menampar seluruh kemanusiaan seorang insan. 

...bukan mahu mempamer jahatnya manusia ini, tapi sekadar mengakui kebenaran yang telah dijanjikan..membuktikan yang kebarangkalian sifir 40 kali mengulangi, pasti kamu tak bisa menghindari..


masihkah kau mahu berlari?

Tuesday 7 June 2016

HIDUP PENUH RANJAU : monolog minta pengertian

Ketika sunyi melanda, kamu datang memberikan cahaya dan kita saling bergembira. kemudian kamu menghilang bak angin lalu..meninggalkan aku sendirian dalam kesuraman, bertahun tahun tanpa khabar berita. setelah aku menemui titian baru, kamu munculkan diri dengan cebisan harapan yang masih melangit dan sejuta kenangan lewat musim musim percintaan.

Siapakah kamu untuk aku utamakan..
Mengapa hati yang belum bebas masih ingin mencuri pandang apa yang masih ada untuknya di seberang sana. kulihat hanya kerdipan pelita di tengah malam. Kenapa kakiku masih ingin menjejakinya...

Rindu pada hati yang pernah pergi hanya membuatkan kamu lara.  Rindu yang tak menjanjikan apa-apa selain kecewa dan derita. Tapi perempuan ini berkeras ingin meneruskan juga.

Sehelai selendang merah jambu, hadiah dari pencuri hati telah tiba hari ini. Datangnya bersekali dengan mawar putih dengan ucapan : hatiku dan hatimu, berlari mengejar angin..maafkan aku kerana pernah meninggalkanmu sayang.


............

Sarah mengalihkan pandangan ke luar jendela. Hatinya berdebar-debar tak tentu arah.

~Batley, London.


....bersambung.

Monday 6 June 2016

HIDUP PENUH RANJAU: Bahagian 20 - Sparkling in the water


BETAPA AKU RINDUKAN KAMU

Sepasang mata bening itu bagai berkaca-kaca menyambut kedatangan wajah kesayangaan yang selama ini dirindukan. Dan benar dia terpaku di muka pintu saat kelibat wanita ini berdiri di hadapannya. Jantungnya serasa terhenti, kepalanya berpinar dan seluruh sendinya bergetar.

“Yusri…..” hanya ayat itu yang mampu diucapkannya sebelum dia rebah.
……………………………………..

Renjisan air dingin menyedarkan Sara. Dia bingkas bangun dan memerhatikan sekeliling. Dilihatnya James dan Yusri mengipas-ngipas wajahnya dengan kertas suratkhabar dan raut wajah mereka menunjukkan rasa amat bimbang dengan keadaannya itu.

“how you feel madam?” Tanya James.
“I’m sorry..i didn’t expect to faint like this..i’m sorry.” Ujar Sara lemah.
“Sara….” Yusri menyentuh bahu Sara perlahan. Tanpa malu, Sara bingkas bangun dan memeluk erat lelaki dihadapannya itu erat-erat. Rindu yang bersarang membuatkan hatinya luluh mendengar suara yang sudah bertahun tidak didengarinya. Dia terlalu merindui suara itu. Sungguh.

“why don’t you told me, you are my yusry?...why should you lie to me?..why should you kept this secret all this time?..”

“shhhh….we’ll chat later ok…” jawab yusri seraya menutup bibir mungil Sara dengan telunjuk tangannya.

James sudah keresahan dan asyik melihat jam di tangannya. Dia perlu beredar dan tidak mencampuri urusan pelanggan.

“I have to go madam, sir..welcome to London and have a nice trip. If you need me, just call my number..but I don’t think you need a cab anymore…hahaha”. Kata James sambil berlalu keluar. Sara dan Yusri tersipu-sipu malu.

James datang membawakan beg pakaian Sara. Setelah membayar tambang, Sara mengucapkan terima kasih atas pertolongan James tadi.

“you are always welcome madam. If  you need any help, please don’t hesitate to call my number, okey?”.

“Sure I will, take care James”.

Yusri menarik beg beroda Sara ke dalam. Sebenarnya dia sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Meja makan masih terhidang roti dan jem serta mentega. Asap air kopi masih berkepul-kepul dari teko dan cawan.

“di mana anakmu yus..”. soal Sara ingin tahu.
“sedang tidur, kejap lagi nanny dia datang . jemput duduk Sarah, aku ambilkan cawan”.

Sarah mengambil tempat di sebelah kerusi Yusri. Dia memandang sekeliling, rumah ini dihias cantik. Tinggi juga selera Yusri. Sarah memang tahu lelaki itu, sahabatnya, adalah seorang yang puitis dan berseni. Banyak gambar pemandangan lukisan tangan menjadi hiasan dindingnya. Dan mata Sarah terpaku pada sebuah lukisan itu- pemandangan di tepi sungai, sepasang uda dan dara bergurau senda penuh ceria,tempat itu seperti pernah dikenalinya…

“Itu engkau dan aku, di tepi sungai di kampung kita dulu…aku sayang lukisan itu kau tahu. Ramai yang nak beli dengan harga tinggi tapi aku bertegas menolak, sebab aku yakin pada naluri sendiri, bahawa aku sayangkan engkau dan tak mahu gambar ini tergantung di dinding rumah orang, jadi santapan mata-mata asing”.

Panjang lebar penjelasan Yusri. Sarah tersenyum gembira.ya..aku di sini Yus.
“Hello…good morning..”
Satu suara mersik muncul dari balik pintu dapur. Seorang wanita dalam lingkungan awal 30an tersenyum ke arah Yusri.
“Good morning nanny Elizabeth, let me introduce you to my childhood friend-meet madam Sarah, Sarah..meet miss Elizabeth”.
“Oh…you are so beautiful, I heard lots about you from mr Yusry. He told me before about you ...but don’t worry, he only told the nice story..”
Sarah tertawa mendengar celoteh Elizabeth. Setelah mengemaskan sinki, dia bergegas ke bilik anak Yusri. Sarah memandang Yusri dengan ekor matanya. Ada sedikit riak cemburu yang datang menyapa apabila terlihatkan Yusri bagai terpesona dengan kemunculan wanita itu. Naluri wanitanya mengetahui jika ada percikan cinta pada pandangan seorang lelaki.

“Dia sangat baik terhadap keluargaku, memang dia pengasuh anak aku dan kerjanya mengemaskan rumah, tapi dia berkhidmat lebih banyak dari gaji yang diterimanya. Tuhan menghantar dia ke rumah aku saat aku benar-benar memerlukannya.”


Sara tertunduk. Hatinya bergetar mendengar pujian dari bibir Yusri. Juga sedikit malu kerana lelaki itu dapat meneka apa yang bermain di fikiranku…malunya aku!


~sambung lagi...

Thursday 2 June 2016

ANTARA REALITI DAN FANTASI :Peradaban Seorang Aku

Maafkan aku jika sejak kebelakangan ini entri yang kutitipkan hanya buatkan kamu jelek. sudah kunyatakan lama dahulu, aku ini orang yang mungkin paling banyak rasa. Rasa nak makan, rasa nak tido rasa pelik seribu rasa. Dan aku rasa ( sebab terasa), akulah yang paling banyak cinta. hahahahhaa..rasa menyampah tak?

Dan aku perasan aku rasa begini bila nak menyambut ramadhan...cuba baca balik entri aku yang lama-lama, perasan tak?..sebab akulah yang paling rasa rindu!

Jangan rasa pelik kepadaku. sebab aku sendiri rasa kepelikan itu hingga tak mampu nak huraikan kepada sesiapa pun. kau tanyalah banyak kali..nanti aku jawab dengan airmata.

Sejak ketiadaan ibu, hinggalah ketiadaan bapa, aku masih belum move-on.....seriously.

HIDUP PENUH RANJAU : PERCAYALAH..


Percayalah
walau dimana dirimu
hatiku hanya untukmu

Sejauh mana dirimu
ku ingin kau tahu
you always in my heart..


..Abang, kita akan menyambut Ramadhan tahun ini bersama-sama, dengan sejuta kebahagiaan dan sedikit keberanian yang bersisa.



Lapangan Terbang Heathrow, London.
MH3 : 11.55 am





Wednesday 1 June 2016

HIDUP PENUH RANJAU : Hati Yang Belum Bebas

Kesekian kalinya, kesetiaan teruji bilamana dengan tidak disengajakan telah hadir satu nama yang dulunya pernah mengukir janji pada sinaran rembulan. Hati yang rapuh dengan mudahnya mematahkan denai kasih dan sayang yang selama ini terbina atas jambatan kepercayaan. Sebagai seorang manusia yang selalu rebah di kaki nafsunya sendiri, wanita ini akur bahawa cinta adalah satu pengorbanan dan menagih kepercayaan.

Setakat mana rasa kasih itu jika hendak dibandingkan dengan kejujuran suamimu, Sarah? mungkin cinta boleh dinilaikan dengan wang ringgit tetapi kasih? kau memang tak mampu untuk membelinya sayang..

Langkah ini mesti diteruskan, walau bukan lagi dengan jiwa. Sekadar mengesahkan keberadaan dan bangkitlah kamu Sarah dalam mimpi ngeri tersebut. Bebaskan kenangan itu dan atur langkahmu pulang untuk bersamanya.

~Sarah Wanija
  Heathrow Airport, London.

Wednesday 25 May 2016

Ramadhan yang dinanti

Assalamualaikum w.b.h.,

Aku mengucap panjang bilamana menjengah 'rumah' kesayanganku ini. sudah agak lama tak bersihkan, dah banyak sawang bergantug-gantungan. akhirnya..hari ini seperti ada kekuatan dan kelapangan untuk memcuci debu dan taburkan haruman tatkala gerbang ramadhan al-mubaraq bakal tiba tak berapa lama lagi...hahahhaha, macam kebiasaan di rumah pula, time nak raya mulalah macam lipas kudung x berapa nau nak cacat buat buat cacat, pegi cuci satu rumah sampai bergadoh gadoh sebab letih dan ada yang try nak curik tulang ehhh..yang sibuk membelek barang lama pon hadooo ( sebab baru jumpa). adoyaii.

Ramadhan tahun ini mungkin kami harungi dengan cara biasa-biasa sahaja seperti kelaziman yang sudah. hari-hari kami memang makan lauk dibeli dari kedai tapi sejak sebulan ni, macam dah tak lalu nak telan. nasi selalu banyak terbuang, mungkin dah jemu asyik lauk yang sama aje. malam tadi abang buka mulut tak nak lagi beli gulai diluar sebab dia dah datang alergy satu badan. aku ingat aku sorang yang merana, rupanya abang pon sama...huhuhuhu..tak berbaloi beli murah tapi banyak tapi dapat bonus alergy dari bahan perasanya. hurmmmmmm..nak nangis ( sebab kena masak la balik lepas niii).






Friday 13 May 2016

TAMAN ASTAKONA




segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya. kegagalan kisah semalam telah menjadi ceritera hebat buat diri sendiri dikala sunyi. namun apabila gemersik suara itu datang bertandang setelah sekian lama, mengapa pula hujan seringkala turun membasahi tanah yang sekian lama ketandusan.

perlukah musnah diterpa badai sekali lagi......

Thursday 12 May 2016

HIDUP PENUH RANJAU-BAHAGIAN 19


AKU TAHU KESILAPANKU

27.3.2009-sekitar jam 8.00 pagi-apartment melati

Roslan menguis-nguis cadar biru muda berbunga kuning itu dengan hujung jarinya. Sepi amat dirinya kini selepas saja Sara pergi. Kemanakah hendak kau bawa dirimu sayang..abang akan menunggu pulang, abang masih menyintaimu dan akan terus menyintaimu lebih dari dulu.

Roslan mula menyedari, selama ini dia kurang memberikan perhatian kepada Sara. Tumpuannya adalah kepada perniagaan yang dibinanya, hasil titik peluhnya sebelum berkahwin dengan Sara. Dengan harapan kejayaan itu akan memberikan mereka kemewahan seperti sekarang.

Dia juga masih ingat, setiap tahun, pasti dia pulang lewat ke rumah dimana Sara pasti tertidur diatas sofa menunggunya. Hidangan dan kek juga masih belum terusik. Dia segera akan mengejutkan Sara dan memberi berjuta alasan kerana kelewatannya. Namun waktu itu Sara tidak pernah mengeluh, dia tidak pernah menyedari sebelum itu sudah puas isterinya menangis..

Oh…aku terlalu mementingkan diriku sendiri rupanya. Selama 5 tahun perkahwinan kami yang belum menampakkan bayang zuriat, aku selalu berprasangka semuanya adalah kesilapan Sara namun aku tidak menyedari akan kelemahan diriku sendiri.

 Aku menyedari, Sara tidak lagi mendambakanku, tidak lagi seghairah dulu. Bila di kamar, dia lebih mendahulukan kemahuanku tanpa sedikit pun aku sedari, aku sebenarnya membelakangkan isteriku itu saban waktu.

Aku merindui kamu…sungguh terbeban perasaan aku ini. Aku benar-benar rasa kesepian. Aku rindukan harum tubuh Sara, mahu melihatnya ke sana-ke mari membawa pakaian kotor dan yang hendak dilipat, dan sibuk mengemaskan rumah dengan penyapunya.

Telefon bimbit Roslan berdering. Lambat tangannya mencapai. Serta-merta dia bingkas bangun bila nama Hamizah tertera pada skrin.
“Assalamualaikum kak..”
“Wa’alaikumsalam, Lan, boleh bercakap dengan Sarah?”
“Err…dia kat dalam toilet kak…kenapa kak?”
“Tak ada apa…akak call dia tadi tak angkat…kamu tak kemana-mana ke hari ni?”
“Kami bercadang nak melawat kawan saya di Nilai sekejap lagi”.
“Ingat nak ajak Sara temankan akak pergi shopping la, abang kau sibuk…tapi kalau kamu sudah bercadang nak keluar, nampaknya akak seorang saja lah shopping”.
“nampaknya macam itulah kak..minta maaf ye kak?”.
“tak mengapa, sampaikan salam akak pada Sarah ye?..”.
“Baik kak”.

Aduh…..macamana aku boleh menipu kakak sendiri ni?Ya tuhan….ampunkan aku kerana membohongi kakak kesayanganku itu.

....bersambung.


HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....