Showing posts with label gastronomy. Show all posts
Showing posts with label gastronomy. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

BUBUR CHANDIL LOLA




maaf ye, almaklum snap guna kamera murahan, dah la tu hari mendung 

Balik dari Nilai 3, aku bergegas balik ke kedai runcit untuk membeli santan, memandangkan ramai kedai yang tutup sebab mengundi, maka aku hanya beli santan kotak. dan dengan semangatnya buat bubur tepung yang aruah mak aku panggil bubur chandil ( ikut sebutan lidah jawa ). dan aku rebus sedikit tepung caca untuk dimasukkan bersama. aku ambil 2 senduk tepung gamdum dan bancuh dengan air macam nak buat jemput-jemput. ada orang suka campurkan dengan tepung beras tapi aku suka pure tepung gandum saja. cubit kecil-kecil dan masukkan dalam santan cair yang sedang mengeleggak. masukkan gula kabung, sedikit gula pasir dan akhir sekali lebihan santan kotak tadi, kacau sebati. 

tak sampai 30 minit dah siap terhidang atas meja. dalam suasana kepenatan, kedinginan sebab hujan petir sabung menyabung di luar, hurmmmm...enak sungguh bubur itu.











Sunday, 28 April 2013

KUIH ABOK-ABOK ABANG MENDAN..

assalamualaikum w.b.h,

kepada rakan-rakan bloggers yang dah lama tak mendengar perkhabaran dariku, kesenyapan ini adalah disebabkan aku tak berapa nak sihat, ditambah mood yang tak menentu dan kecelaruan minda yang entah apa-apa dulu membuatkan aku tak ada idea nak berceloteh. cerita banyak, memang banyak tapi itulah macam yang dikatakan tadi, mood tak mariiiii...

haa, hari ni mood sudah mari. ada la kawan membagi aku belek majalah rasa bulan ni. dalam tu banyak la resepi kuih muih yang senang-senang untuk dibuat. tergerak ati nak makan kuih abok-abok pulak. memang sumpah aku tak pernah buat pun..balik keje je masuk kereta terus mintak abang cari daun pisang. dia kalau bab-bab kuih tradisional hingga zaman batu, memang suka sangatlah. so esok dia carikanlah sekitar tempat keje dia tu. maklumlah abang kita keje kat kebun..hehehehe, so mudah sangat kalau setakat nak cari satu lori daun pisang.

hari jumaat menjelma, gaji pun dah masuk. so apalagi, berpusing-pusing dari hari jumaat balik keje sampai petang sabtu dok mengabihkan duit gaji yang tak seberapa..alahai,inilah yang dikatakan golongan marhain. hidup memang Allah SWT yang beri tapi kelangsungan hidup tu dengan berkat duit gaji ke gaji je. lebih tak de. maka pulun la gaji cukupkan stok sebulan, dah kosong dompet yang tadi gemuk, duduk diam-diam kat rumah memasak dan mengketedarah..hahahahaha..kasor bahasa aku ni..maklumlah orang muor....

berbalik pada citer kuih abok-abok. aku dah lupa sebenarnya sebab dalam kepala memikir nak membeli itu ini yang dihajatkan. abang pun dah bising bila nak buat kuih, so petang sabtu dia beli kelapa parut putih dan bawak balik. nah ambik kao lola...bahan semua dah ada, tak buat juga memang nak kena..huhuhuhu. dalam kemalasan yang dah macam bukit tu aku pg jugalah ke dapur .

rupa-rupanya macamana senang resepi macam tu la 2 kali lagi senang nak buatnya. ni ha tarraaaaa.....



jadi tu beb..sedap pulak tu. tak sia-sia abang aku berpeluh ketiak masuk semak nak ambik daun pisang. kuar je dari kukus, kitaorang makan mcm tak henggat donia. 

ni resepinya ( nama pemilik lupa nak catit, nanti aku update je ok..)

2 cawan sagu biji ( halus bukan mata ikan)
1 biji kelapa parut ( ambil putih saja )
1 cawan gula merah( aku guna brown sugar)
secubit garam
daun pisang
lidi 

cara2nya:

basuh sagu biji dan toskan
gaul garam dan kelapa parut
kemudian gaulkan dengan sagu biji tadi rata-rata
buat corong dengan daun pisang 
masukkan adunan sagu dan kelapa setengah ruang
masukkan gula merah ditengah-tengah ( satu sudu kecil )
tutup balik gula itu dengan adunan sagu dan kelapa tadi
tutup corong daun pisang tu elok-elok dan semat dengan lidi
kukus 10 minit
siap.


2 cawan sagu biji boleh menghasilkan 20 biji kuih dan yang aku punya hanya dapat 17 biji je sebab ada yang terbesor, ada yang terkecik..biasalah..first time. lain kali tutup je sebelah mata kalau nak buat sebab very the easy la...hahahahahaha..takburrr..astagfirullah..


Wednesday, 11 April 2012

Kuih Lapis Lola

Semalam jenguk-jenguk blok kak Zu Semanis Gula dan kak Azlita Masam Manis. ternampak kuih lapis. cantik je. hati meronta-ronta nak buat juga memandangkan resepi-resepi yang lain banyak menggunakan ketuhar ( kes ketuhar en. hubby masih belum mahu angkut ke kedai repair..). maka jeling-jeling la resepi yang boleh di kukus, bakar, panggang, goreng dan rebus..huuhuhu

Resepi kuih lapis ni saya namakan Lola sebab mengambil nama sempena nama pena blog. hahahhaa, sebenarnya orang dulu-dulu dah banyak dah buat kuih lapis ni, kira kuih cincai je namun dek saya ni baru nak kenal-kenal dapur, terasa seperti istimewa pulak tahu membuatnya..wah..suamipun kata sedap sebab tak la manis sangat dan lembut pula. apakan tidak, nak melapis sebanyak 14 lapis tu kenalah banyakkan selawat supaya hati jadi relax sambil tengok-tengok tv. orang semua dah terlelap tinggal kita aje yang terhendap-hedap kat dapur tgk dah masak ke belum..hahhahaa. kelakarnya. kalau ikutkan hati panas baran nak cepat siap mau ku tuang aje 1 cawan setiap lapis, biar cepat habis. alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya membuahkan hasil kerana texturenya gebu, licin dan baris-baris lapispun sekata je.



 bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan gula pasir
2 sudu besar minyak masak
1kilo santan pekat ( anggaran 4 cawan atau lihat adunan )
secubit garam
sehelai daun pandan-saya tak letak. jika masukkan bahan ini, kena di blender dan tapis dan kemudian masukkan dalam adunan.

cara-caranya:

gula dan 1 cawan santan dikacau hingga gula hampir larut.
tuang semua dalam bahan-bahan yang lain dan kacau. boleh juga gunakan blender atau mixer tapi saya hanya gunakan senduk sahaja.
bahagikan kepada 2 bahagian. satu diwarnakan merah, satu lagi diwarnakan hijau. warna adalah mengikut kesukaan anda. sapu loyang dengan minyak masak.
panaskan pengukus, lapiskan satu warna dahulu dan tunggu dalam 2 minit atau anda lihat permukaannya sudah masak sedikit, barulah dituang lapisan seterusnya. buat sehingga habis dan kukus lebih kurang 15 minit baru tutup api kukusan.
adunan yang saya buat cukup untuk buat 14 lapis 2 seduk setiap lapis bagi loyang bulat 8 x3 inci.
selamat mencuba!








terima kasih kak zu dan kak azlita atas tunjuk ajar melalui blog anda. asas untuk membuat kuih ini saya dah tahu hanya masukkan bahan-bahan yang lain sebagai penambah perisa di lain masa. sekurang-kurangnya jika teringin nak makan, tak perlulah nak beli di kedai yang harganya 40-45 sen sebiji namun rasanya belum tentu sedap. 

Tuesday, 13 March 2012

Jom Makan

Makanan ruji utama rakyat Malaysia adalah nasi. bila dimakan panas-panas bersama gulai kegemaran, adalah amat menyelerakan dan memuaskan. tambah-tambah lagi rakyat Malaysia memang sukakan masakan bercili, hemmm...satu hidangan yang tak lengkap dalam setiap menu jika tak ada satu gulai masak cili, tekak terasa tawar dan tak berselera nak makan. sewaktu muda remaja belum dikunjungi pelbagai penyakit, aku ni memang kaki melantak cili. ajaran aruah mak dan abah yang gemarkan gulai pedas. jika tak ada sambal tumis, aku diajar makan nasi dengan ulam cili. setakat cili besar tu apalah sangat...hehhehe. tapi bila umurku menginjak 25 tahun, aku dapati perut mula meragam, rupa-rupanya kena gastrik! sejak itu, lidah dah jadi doktor peribadi dan sebagai thermometer semulajadi. bila makan pedas dari sepatutnya, mulalah lidah jadi pedar dan aku akan tahu bahawa itulah isyarat untuk berhenti. begitu juga dengan makan durian, ada masanya aku langsung tak boleh cium bau durian, rasa nak muntah dan pening pelbagai. sungguh! sebelum kahwin dan awal perkahwinan, aku langsung tak boleh berdiri sebelah penjual durian, mesti nak muntah. bila mr. hubby bawa balik durian untuk anak, aku mula rasa panas hati sebab bau durian menguasai ruang dalam rumah. lama juga nak pulih. bila gastrik dah menghilang ( sekejap ), dan lidahku sudah lali dengan pedas, masin dan pahit, teringin pula nak menjamah durian. mintalah mr. hubby belikan. dan sejak itu aku boleh makan durian semula tapi ada limit. bila lidah dah rasa pelik, aku akan berhenti makan walau masih banyak berbaki. terima kasih Allah sebab meminjam anugerahMu ini.

Sebut pasal makanan, jika meminta aku pilih nasi atau roti, aku akan memilih roti sebagai hidangan utama. tak tahulah kenapa, happy sangat jika dapat makan makanan yang diperbuat dari roti seperti sandiwich, anika pastry, kek, donut dan kuih muih. sebab mungkin aku tak suka masak gulai kot..*wink****

seorang member baik dari Putrajaya memberikan satu resepi mudah bagi menggantikan keinginan melepak di restoran Pizza..hahahahahha, kira-kira waktu terdesak gitu bolehlah menipu anak-anak yang ramai ( hahahaha ) dan hasilnya memberangsangkan. jadi ibu ni kenalah kreatif diiringi kata-kata hikmat dan motivasi kepada anak yang asyik meragam mengajak ke tempat-tempat tersebut di tengah2 bulan..huhuhu

PIZZA SEGERA

bahan-bahannya:

roti sandwich
keju mozarella ( boleh didapati di kedai bakery atau pasaraya )-diparut
daging cincang/sardin dalam tin-dimasak seperti membuat sambal tumis@ikut citarasa
sosej-dihiris nipis
cendawan butang-dihirs nipis

cara-cara membuatnya:

tumis daging cincang/sardin dalam tin secukup rasa-ketepikan
ambil sekeping roti sandwich, letak 2 sudu tumisan dan ratakan
susun sosej dan cendwan atas daging/sardin
akhir sekali taburkan keju mozarella secukup rasa
bakar dalam oven sehingga keju cair lebih kurang 5 minit
taraaa..siap untuk dinikmati panas-panas kerana keji mozarella akan terjurai-jurai seperti pizza di luar sana..yeahh..

pizza inti sardin. anak suka sangat, rasa berbaloi membuatnya


Sunday, 11 March 2012

RESEPI ICE-CREAM MUDAH

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat
1 tin air suam
1 sudu makan ovelette
1 biji telur
setitis esen vanila ( hati-hati sbb jika terlebih, rasa ice cream akan jadi pelik)
perisa/pewarna yang digemari ( letak milo/koko adalah lebih baik )

cara-caranya:

1. campurkan semua bahan dan pukul/blend sampai kembang, gebu dan likat ( proses ini mengambil masa yang lama dan perlukan kesabaran tahap maksima)
2. simpan dalam peti ais dan keluarkan 1/2 jam kemudian dan pukul/blend lagi

**ulangi proses blend sehingga mendapat hasil yang memuaskan dan tutup bekas sehingga beku.

***bergantung kepada suhu peti ais anda, adunan ice cream ini akan lambat beku, jangan bimbang, teruskan usaha blend-simpan-blend paling kurang 4 kali dan simpan semalaman. bila makan, lebih sedap jika dengan potongan buah-buahan. INGAT..ini homemade ice cream a.k.a. sorbet bak kata mat salleh. maka sejurus dikeluarkan dari peti ais, ice cream akan mencair perlahan-lahan mengikut suhu kat mana anda makan. tapi yang paling berharga ialah anda dah mampu mencipta kehebatan kerana boleh membuat ice cream untuk anak-anak ( diri sendiri pun boleh la...)

Inilah hasilnya-walau dah dirobek-robek untuk menguji kekentalan, kegebuan dan akhirnya?..emmm..memang sedapppp.


Tuesday, 14 June 2011

PUDDING CUSTARD BY LOLA

I'm glad to share this one with you. I've been taught by Kak Mas at Johor Bahru over 10 years ago and until now, I'm still doing this because my son and my hubby loved to eat it. Very simple recipe and you just follow mine, nothing to worry...

Base ingredients:

2 cups of custard flour
6 cups of water
a pinch of salt


1 tin of condensed creamer
 2 tin of water ( use the empty tin of condensed creamer)
1 cup of sugar ( depend on you)


For dressing:

you can put as many canned fruits as you want or chopped fresh fruits before you eat this pudding . chilled before serve.

Preparations:

1. Stir custard flour, water and pinch of salt until it slowly turn to gold and shinning egg yolk colour. must be patient to stir it. may be for 10 minutes, on a slow stove. When it really cooked, put in the clean plate and make it thin layer or just nice.

2. On slow cooker, bring the condensed creamer, sugar and water, stir until warm. ( don't ever boiled it ).

3. Chilled.

4. Cut the pudding into small cubes. Put together with creamer and all the yummy fruits inside, serve.


My Lovely Pudding Custard

I put some fresh mango on it..yummy.







 

Saturday, 11 June 2011

Muffin by Lola


Haa...seronok dapat bakar muffin di petang hari. aiman kata sedap, so bolehlah bawa ke pejabat esok. lama tak jumpa Amy-mak cik kecoh kat pejabat. bila dia cuti/kursus, memang terasa sepi pejabat aku tu. Bila dia ada, dgn bos-bos sekali dia kenakan. Bos kami 'TREBAEKKK'. susah nak jumpa bos yang sporting macam En. Eng, En. Nawwar dan En. Kamarulazhar@Azhar.

Lama tak masak nasi di pantry pejabat. Kami cuma bawa gulai secara pot luck. meriah pantry! sekurang2nya dapat jimatkan duit dari belanja di kantin pejabat yang mahalnya macam meniaga dengan DIVA.

Apa2 hal pun, resepinya amat mudah-beli saja sepeket muffin segera di kedai Yummy, Bangi, ada arahan disediakan pada peket tersebut. mudah sungguh dan pasti menjadi..hehehhehehe.

Friday, 10 June 2011

Ikan Tongkol Berlado Style Lola


Aku malas nak masak hari ini sebab seharian rumah tak ada air. sesuatu yang merunsingkan aku kiranya dapur kering dek air. kena berjimat guna air hatta dalam bilik air!..mandi sebelah badan aje nampaknya. dalam kemalasan yg amat itu, bangkit juga aku untuk menyediakan hidangan malam, jika tidak si tembam kecik aku tu merajuk tak nak makan. tapi bila dah siap, bergegas pulak aiman nak turun solat di surau dan kemudian hajat utamanya ialah pergi gotong royong di balai polis depan simpang dengan kawan2nya. so..hidangan aku ni kena simpan semulalah di dapur kerana hubby pun dah makan dengan gulai tengahari. emmm...merajuk la ibu macam ni. habis bergaduh dgn air x ada demi korang nak makan nanti risau tak de gulai, akhirnya ibu kena simpan juga..bukan apa, aku suka sgt bila letih2 memasak, ada org sudi jamah dan komen sedap...( memang sedap pun..tak caya?..jom singgah)


Thursday, 9 June 2011

Bebola Lekor Losong : Lola Style


Kisahnya bermula semalam di mana hubby balik membawa sebungkus keropok lekor dan sebotol budu dari Terengganu. En. Shahrul yang bagi kerana dia sekeluarga baru balik dari sana menghadiri kenduri kawin saudara rapat. aku buat tak kisah aje sebab hubby kata esok (hari ni) bolehlah digoreng untuk minum petang. so bila tengah dok rehat2 kat depan tv, aiman mintak digorengkan keropok tsbt, aku baru je selesai masak sebab setengah hari rumah keputusan bekalan air. masih buat tak reti jugak. aku suruh aiman keluarkan dari peti ais dan potong kecil untuk digoreng, buka2 bungkusan-berderai semuanya. alamak..banyak kerja nih, must do something but not now..and suddenly got tear in his eyes..alalalalalla..manja bucukkk...nak tak nak bangun jugaklah si ibu ni nak merebus semula keropok lekor tadi dan instead of nak ke bakul sampah, what if i do something opposite with the original figure..so i ambik bahan yg siap direbus sekejap tadi dan gaul dgn sedikit tepung untuk mengikat dari berderai. sebelum goreng, celupkan dgn bancuhan tepung ( nipis sahaja) atau boleh juga jika disalut telur ( but i recomend flour).


Laju je tangan hubby...tadi nak tolong rebus tak nak. nak merajuk tapi nanti kena pujuk sendiri....iskhishhh. mujur ada air kopi panas, lega rasa jengkel dalam hati..boleh gitu?..hehehhehehehe.

Wednesday, 8 June 2011

Akhirnya...Meski tak serupa : Lola style


Lama mengidam nak makan macaroon. Tengok resepi kat internet tapi 2 kali cuba langsung tak menjadi. hampir putus asa sebab semuanya modal kan? hubby tak marah cuma aku yang segan sendiri. Lastly, aku bubuh resepi sama tapi penambahan di saat akhir. Hasilnya....taraaa...soft crunchy macaroon. i just put some dry coconut and ground almond, and few drops of pandan essence. yummy. that's my style not the original macaroon's recipe.

Tuesday, 7 June 2011

SARAPAN PAGI-KENIKMATAN BERGANDA

Secawan teh dan sepinggan nasi goreng dipagi hari. seenak  rasa di warung kegemaran namun kurasakan kenikmatannya berganda kerana dinikmati dirumah sendiri, sambil melayani karenah anak yang berceloteh. Indahnya saat bercuti...hehhe. jika dipantry pejabat, berceloteh dengan rakan setugas, gelak tawa mereka menceriakan dan dirumah begitu juga, bersoal jawab dan mengajar anak sama2 berkemas agar suasana bersih seindah mata memandang. cuma tugasan mengelap kipas akan diserahkan kepada si ayah...sebab ibu 'gayat'...i'm sorry honey.


A BIT OF SUGAR : SWITCH ON YOUR DAY..

Puding Jagung untuk suami. kalau ada ini di dalam peti ais, asyik mengulang aje dua beranak tu buka dan tutup peti ais sampai habis, kadang2 cuma sempat makan 2 biji. saya ni jenis yang kalau saya masak, tak suka sangat makan. gembira tengok orang lain makan sampai habis.

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....