BETAPA AKU RINDUKAN
KAMU
Sepasang mata bening itu bagai berkaca-kaca menyambut
kedatangan wajah kesayangaan yang selama ini dirindukan. Dan benar dia terpaku
di muka pintu saat kelibat wanita ini berdiri di hadapannya. Jantungnya serasa
terhenti, kepalanya berpinar dan seluruh sendinya bergetar.
“Yusri…..” hanya ayat itu yang mampu diucapkannya sebelum dia
rebah.
……………………………………..
Renjisan air dingin menyedarkan Sara. Dia bingkas bangun dan
memerhatikan sekeliling. Dilihatnya James dan Yusri mengipas-ngipas wajahnya
dengan kertas suratkhabar dan raut wajah mereka menunjukkan rasa amat bimbang
dengan keadaannya itu.
“how you feel madam?” Tanya James.
“I’m sorry..i didn’t expect to faint like this..i’m sorry.”
Ujar Sara lemah.
“Sara….” Yusri menyentuh bahu Sara perlahan. Tanpa malu, Sara
bingkas bangun dan memeluk erat lelaki dihadapannya itu erat-erat. Rindu yang
bersarang membuatkan hatinya luluh mendengar suara yang sudah bertahun tidak
didengarinya. Dia terlalu merindui suara itu. Sungguh.
“why don’t you told me, you are my yusry?...why should you
lie to me?..why should you kept this secret all this time?..”
“shhhh….we’ll chat later ok…” jawab yusri seraya menutup
bibir mungil Sara dengan telunjuk tangannya.
James sudah keresahan dan asyik melihat jam di tangannya. Dia
perlu beredar dan tidak mencampuri urusan pelanggan.
“I
have to go madam, sir..welcome to London and have a nice trip. If you need me,
just call my number..but I don’t think you need a cab anymore…hahaha”. Kata
James sambil berlalu keluar. Sara dan Yusri tersipu-sipu malu.
James datang membawakan beg pakaian Sara. Setelah membayar
tambang, Sara mengucapkan terima kasih atas pertolongan James tadi.
“you
are always welcome madam. If you need
any help, please don’t hesitate to call my number, okey?”.
“Sure
I will, take care James”.
Yusri menarik beg beroda Sara ke dalam. Sebenarnya dia sedang
bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Meja makan masih terhidang roti dan jem
serta mentega. Asap air kopi masih berkepul-kepul dari teko dan cawan.
“di
mana anakmu yus..”. soal Sara ingin tahu.
“sedang
tidur, kejap lagi nanny dia datang . jemput duduk Sarah, aku ambilkan cawan”.
Sarah mengambil tempat di sebelah kerusi Yusri. Dia memandang
sekeliling, rumah ini dihias cantik. Tinggi juga selera Yusri. Sarah memang tahu lelaki itu, sahabatnya, adalah seorang yang puitis dan berseni.
Banyak gambar pemandangan lukisan tangan menjadi hiasan dindingnya. Dan mata Sarah terpaku pada sebuah lukisan itu- pemandangan di tepi sungai, sepasang uda dan
dara bergurau senda penuh ceria,tempat itu seperti pernah dikenalinya…
“Itu engkau dan aku, di
tepi sungai di kampung kita dulu…aku sayang lukisan itu kau tahu. Ramai yang
nak beli dengan harga tinggi tapi aku bertegas menolak, sebab aku yakin pada
naluri sendiri, bahawa aku sayangkan engkau dan tak mahu gambar ini tergantung
di dinding rumah orang, jadi santapan mata-mata asing”.
Panjang lebar penjelasan Yusri. Sarah tersenyum
gembira.ya..aku di sini Yus.
“Hello…good
morning..”
Satu suara mersik muncul dari balik pintu dapur. Seorang
wanita dalam lingkungan awal 30an tersenyum ke arah Yusri.
“Good
morning nanny Elizabeth, let me introduce you to my childhood friend-meet madam
Sarah, Sarah..meet miss Elizabeth”.
“Oh…you
are so beautiful, I heard lots about you from mr Yusry. He told me before about
you ...but don’t worry, he only told the nice story..”
Sarah tertawa mendengar celoteh Elizabeth. Setelah mengemaskan
sinki, dia bergegas ke bilik anak Yusri. Sarah memandang Yusri dengan ekor
matanya. Ada sedikit riak cemburu yang datang menyapa apabila terlihatkan Yusri
bagai terpesona dengan kemunculan wanita itu. Naluri wanitanya mengetahui jika ada percikan cinta pada pandangan seorang lelaki.
“Dia sangat baik
terhadap keluargaku, memang dia pengasuh anak aku dan kerjanya mengemaskan
rumah, tapi dia berkhidmat lebih banyak dari gaji yang diterimanya. Tuhan
menghantar dia ke rumah aku saat aku benar-benar memerlukannya.”
Sara tertunduk. Hatinya bergetar mendengar pujian dari bibir Yusri. Juga sedikit malu kerana lelaki itu dapat meneka apa yang bermain di
fikiranku…malunya aku!
~sambung lagi...
No comments:
Post a Comment