Tuesday 14 June 2011

HIDUP PENUH RANJAU : Pengenalan

Me, myself, aku...yang sengaja memilih jalan ini, dengan keizinan Allah S.W.T. dan meneruskan kesinambungan hidup yang kuharap sentiasa berasa di jalanNya. Walau sepanjang perjalanan itu nanti akan melukakan aku dan aku terpaksa menangis lagi...

Aku cuma seorang wanita biasa, yang ingin dicintai dan mencintai di sepanjang hidupnya. Dikelilingi oleh kasih sayang dari insan-insan yang bergelar keluarga, dengan sepenuh hati dan seikhlas mungkin. namun dapatkah aku melakukan demikian pula..bukankah setiap yang dihulur semestinya mengharapkan imbal balas? masih adakah insan prihatin yang rela melakukan hal sedemikian rupa tanpa mengharapkan apa-apa? walhal di hatinya penuh dengan rasa cinta, minta disayangi, dikasihi dan dilindungi.

Adakah aku tergolong dalam golongan pertama atau kedua? jawapan bagi persoalan itu bukan aku yang mampu menjawabnya tapi kamu..kamu yang aku rindui sepanjang hari, sepanjang minggu waktu senggangku dan setiap tahun silih berganti, sedangkan kamu telah hilang entah ke mana..hidup lagikah kamu, masih ingatkah kamu kepadaku dan masihkah kamu merinduiku seperti dahulu..dan kenapa jalan pulang kembali ke sini tidak kamu temui, menyebabkan aku bagaikan tersesat dalam duniaku sendiri..Ya Allah...terangilah jalan dalam nuraniku ini agar bisa aku terus menanti di simpang jalan menunggunya kembali..Aminnn.

~bersambung.

No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....