Sunday 12 June 2011

CROWN OF LOVE


Sampai sekarang, kalau aku tengok gambar ini, mesti pakat gelak dengan hubby sebab hari tu hari raya, so banyak kedai tak buka lagi. kami sedang meronda mencari kedai dobi di pekan Semenyih, Selangor tapi langsung tak buka. so nak hilangkan kepenatan tu singgahlah di kedai makan baru buka. namanya AL-SHAD. Muslim lah tu sebab ramai yg bertudung dan bersongkok sedang makan. kamipun ambil tempat. kedai baru, pemandangan serba indah dan nampak lazat menu makanan yang dipamerkan. tapi puas aku menacari kelibat si tukang masak ( mata aku ni jahat, suka mengintai siapa yang masak). pekerja2 di situ buat rilek saja, tak adapun menunjukkan ada respon antara ruang depan dan dapur. eh..kat mana pulak diaorang masak?..

lama jugalah menunggu hidangan masak. aku ni jenis 'kurang' sabar. iyelah, org tak ramai tapi servis macam cipan, perut dah lapar ni. sampailah hidangan. aku macam 'sentap' kejap. eh eh bang..macam masakan bangla aje . aku taulah sebab lama bekerja dengan bangla dan pakistan waktu kerja kilang di JB dulu. hubby kata eh..makanlah, tadi kata lapar. aku tenung capati dia, heh..penuh dengan hitam jelaga. dia yg tak tahan dgr aku bising, berhenti makan. iye lah..penuh jelaga...katanya. kami ketawa gelihati, kuah dal penuh dengan lada kering potong campak dan biji sawi. nasi goreng anakku cuma dibubuh kicap dan masih hanyir dengan bau telur yang tak kering digoreng atas nasik..akhirnya, kami cuma minum dan lepas bayar, aku tak toleh dah kedai tu.

motifnya:- tengok kedai dulu sebelum menjamu selera. logo halal pun orang tipu. memanglah bangla dan pakistan tu majoritinya muslim tapi budaya dan citarasanya jauh beza dengan kita...aiihh, kombang tokak den.

No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....