Maafkan aku sahabat. Tiada niat membeban, tiada niat meluka bahkan tiada sekelumit rasa menghutangi kamu dengan kisah kisah dongengku. Namun kepada siapa lagi aku mahu berkongsi fantasi demi sebidang kebahagiaan yang bersisa. Aku yang punya sejuta harapan, aku yang miliki segunung impian, dan aku juga yang seringkali jatuh dalam lembah kedukaan. Biarpun berkali kali dirempuh badai, aku berjanji akan selalu tabah hati juga bermuhasabah diri.
Aku ini pencinta, hina sangatkah demikian?
Aku tak tertahankan bilamana sering terpaksa menjadi perindu dan menunggu sesuatu yang bagai tiada berkesudahan. Kamu tahu aku mencintaimu, disebabkan itu kamu sengaja memperlakukan aku sewenang wenangnya. Kamu bagai tiada usaha merapatkan jarak yang semakin ketara.. Paling paling pun sekadar mengungkapkan kata adakah aku rindukan dia.
Aku wanita, yang perlukan sentuhan serta ucapan, selain membuktikan.
Sarah: dalam dilema Roslan.
Aku wanita, yang perlukan sentuhan serta ucapan, selain membuktikan.
Sarah: dalam dilema Roslan.
No comments:
Post a Comment