AKU TAHU KESILAPANKU
27.3.2009-sekitar
jam 8.00 pagi-apartment melati
Roslan
menguis-nguis cadar biru muda berbunga kuning itu dengan hujung jarinya. Sepi
amat dirinya kini selepas saja Sara pergi. Kemanakah hendak kau bawa dirimu
sayang..abang akan menunggu pulang, abang masih menyintaimu dan akan terus
menyintaimu lebih dari dulu.
Roslan
mula menyedari, selama ini dia kurang memberikan perhatian kepada Sara.
Tumpuannya adalah kepada perniagaan yang dibinanya, hasil titik peluhnya
sebelum berkahwin dengan Sara. Dengan harapan kejayaan itu akan memberikan
mereka kemewahan seperti sekarang.
Dia
juga masih ingat, setiap tahun, pasti dia pulang lewat ke rumah dimana Sara
pasti tertidur diatas sofa menunggunya. Hidangan dan kek juga masih belum
terusik. Dia segera akan mengejutkan Sara dan memberi berjuta alasan kerana
kelewatannya. Namun waktu itu Sara tidak pernah mengeluh, dia tidak pernah
menyedari sebelum itu sudah puas isterinya menangis..
Oh…aku
terlalu mementingkan diriku sendiri rupanya. Selama 5 tahun perkahwinan kami
yang belum menampakkan bayang zuriat, aku selalu berprasangka semuanya adalah
kesilapan Sara namun aku tidak menyedari akan kelemahan diriku sendiri.
Aku
merindui kamu…sungguh terbeban perasaan aku ini. Aku benar-benar rasa kesepian.
Aku rindukan harum tubuh Sara, mahu melihatnya ke sana-ke mari membawa pakaian
kotor dan yang hendak dilipat, dan sibuk mengemaskan rumah dengan penyapunya.
Telefon
bimbit Roslan berdering. Lambat tangannya mencapai. Serta-merta dia bingkas
bangun bila nama Hamizah tertera pada skrin.
“Assalamualaikum
kak..”
“Wa’alaikumsalam,
Lan, boleh bercakap dengan Sarah?”
“Err…dia
kat dalam toilet kak…kenapa kak?”
“Tak
ada apa…akak call dia tadi tak angkat…kamu tak kemana-mana ke hari ni?”
“Kami
bercadang nak melawat kawan saya di Nilai sekejap lagi”.
“Ingat
nak ajak Sara temankan akak pergi shopping la, abang kau sibuk…tapi kalau kamu
sudah bercadang nak keluar, nampaknya akak seorang saja lah shopping”.
“nampaknya
macam itulah kak..minta maaf ye kak?”.
“tak
mengapa, sampaikan salam akak pada Sarah ye?..”.
“Baik
kak”.
Aduh…..macamana aku boleh menipu kakak
sendiri ni?Ya tuhan….ampunkan aku kerana membohongi kakak kesayanganku itu.
....bersambung.
No comments:
Post a Comment