teko dan cawan kesayangan |
Sebenarnya teko dan cawan tu berlainan mak ayah. Cawan kubeli dari Akojaya namun tekonya sangat ku tak berkenan kerana bila menuang air ke dalam cawan, mesti berhamburan keluar. geram punya pasal, kubeli dari Giacomo pula, tak kusangka warnanya serupa dan menjadi padanan serasi bila dihidangkan kepada tetamu. set teko ini memang kujaga dan lokek sekali untuk digunakan sebagai basahan. kerana bila sumbing atau retak, amat payah hendak memadankan dengan teko lain. cuma sesekali bila mood eksyen tiba, aku bersarapan menggunakan set ini. anak dan mr. hubby tahu sangat kebecokkan mulutku jika mereka mencapai cawan ini dari tempatnya. bukan apa, banyak lagi set akojaya yang lain yang boleh digunakan. set cawan akojaya warna putih gading ini kubeli bersekali dengan sebiji bekas gula berpenutup yang mempunyai bentuk english pot namun....terbarai dek kenakaln anak ku. hati memang sakit tapi kupendamkan sahaja kerana jika bercakap kelak, keluar api dari perut..huhuhu. mr. hubby diam-diam menampal semula serpihan penutup bekas gula itu dan meletakkannya atas meja, namun hatiku dah tak ada feeling lalu kubiarkan saja terperuk dalam-dalam di peti ais. hajat nak beli lagi kerana geram dengan bentuknya yang amat comel..huhuhuhu
No comments:
Post a Comment