“Esok kau kerja?” soal Sarah ingin tahu.
Sarah mencubit pinggang Yusri geram. Kemesraan kembali menular membajai musim-musim bersama yang seakan lama ditinggalkan.
“aduh!..cubit aku lagi Sarah..” seluroh Yusri perlahan
Kepulangan Sarah ke kampung disambut gembira oleh Mak Siti dan Mak Bedah. Ada-ada saja juadah yang dihantar oleh Mak Bedah tak kira waktu. Lepat ubi untuk sarapan, lemak rebung untuk tengahari dan asam pedas tenggiri untuk makan malam. Pendeknya Mak Siti yang sudah uzur itu tak perlu susah payah memikirkan lauk apa yang harus dimasak. Kekadang segan juga mak Siti akan kebaikan yang ditunjukkan oleh Mak Bedah terhadap keluarganya sejak dahulu. Maklumlah..keluarga Mak Bedah agak senang sedikit daripada keluarganya. Anak-anak Mak Bedah seramai 7 orang yang sudah bekerja dan berumahtangga itu setiap bulan mengirimkan wang belanja kepadanya. Berbanding dengan dia yang tidak boleh mengharapkan sangat bantuan daripada anak menantunya kerana mereka juga hidup susah di rantauan.
Mak Siti bersyukur kerana Sarah belum pernah mengabaikan dirinya semenjak bekerja. Sedikit sebanyak, lepaslah untuk dia berulang-alik berubat ke klinik swasta di pekan dan membeli barangan dapur. Noreha-anak Mak Siti yang tinggal bersebelahan juga hidup dalam kemiskinan. Dengan pendapatan suaminya-Amin sebagai pemandu lori serta keperluan 3 orang anak yang mula bersekolah,dia faham jika Noreha tidak membantunya. Mak Siti sangat berterima kasih kepada Sarah kerana dia tidak pernah teragak-agak untuk menghulur sama belanja persekolahan anak-anak sepupunya.
Suatu petang, Mak Siti memberanikan diri bertanya kepada Sarah tentang hubungannya dengan Yusri. Sarah agak terkejut bila diajukan pertanyaan sedemikian.
“Kenapa Mak cik tanya macam tu?”
Mak Siti tertunduk. Pertanyaannya tidak mendatangkan jawapan yang ditunggu. Dia terkejut Sarah akan menjawab demikian. Sarah tak menyintai Yusri?…
Bunyi tong jatuh menyentak perbualan kedua beranak itu. Sarah berdebar jika Yusri mencuri dengar. Sarah cukup masak dengan perangai Yusri, dia suka datang senyap-senyap dan memberikan kejutan yang bukan-bukan.
~bersambung.
No comments:
Post a Comment