Tuesday, 7 May 2013

Bendi dah keluar...

Baru 3 hari menanam bendi, pagi ni dah keluar tunasnya. my baby..hehehehe. riuh satu rumah dengan kemunculannya. teruk sangat ke kitaorang ni ek? saja je buat kepoh. yang riuhnya budak aiman tu je, mak nya ni sekadar bagi perangsang untuk dia terus jaga pokok tu nanti..kalau berbuah kelak, aku juga yang untung kan. ni tgk gambar ni, status pagi ni dah kembang sikit.


Sunday, 5 May 2013

BUBUR CHANDIL LOLA




maaf ye, almaklum snap guna kamera murahan, dah la tu hari mendung 

Balik dari Nilai 3, aku bergegas balik ke kedai runcit untuk membeli santan, memandangkan ramai kedai yang tutup sebab mengundi, maka aku hanya beli santan kotak. dan dengan semangatnya buat bubur tepung yang aruah mak aku panggil bubur chandil ( ikut sebutan lidah jawa ). dan aku rebus sedikit tepung caca untuk dimasukkan bersama. aku ambil 2 senduk tepung gamdum dan bancuh dengan air macam nak buat jemput-jemput. ada orang suka campurkan dengan tepung beras tapi aku suka pure tepung gandum saja. cubit kecil-kecil dan masukkan dalam santan cair yang sedang mengeleggak. masukkan gula kabung, sedikit gula pasir dan akhir sekali lebihan santan kotak tadi, kacau sebati. 

tak sampai 30 minit dah siap terhidang atas meja. dalam suasana kepenatan, kedinginan sebab hujan petir sabung menyabung di luar, hurmmmm...enak sungguh bubur itu.











BAJU RAYA SUDAH MARIIIII...


Balik dari mengundi di DUN Semenyih pada hari Ahad semalam, abang ajak aku dan aiman melawat gedung kain di Nilai 3. abang nak cari kain pasang untuk dibuat baju raya sedondon untuk kami 3 beranak ni. dan bersempena tema warna tahun ini adalah warna hijau, so kami pun pilihlah baju warna hijau pucuk pisang.

abang belikan juga kain pasang lain untuk aku tempah. sebab mata dah kelabu asap, aiman juga yang memilihkan untuk ibunya. dia kata biar nampak mudaaaaa...cis. aku iya kan aje lah.

selalunya kalau membeli kain pasang untuk aku mesti tak lari dari 10 pasang ( hehe..biasanya 3 jenis pilih yang mahal sikit untuk baju raya dan lain-lain tu paten biasa saja sebab untuk dibuat basahan pergi kerja), tapi disebabkan  3 jenis itu aje dah mencecah rm400.00, abang ajak datang lain kali untuk beli yang lain. aku pun dah macam kurang mood untuk memilih sebab kenangkan kos upah sepasang baju saja ialah rm35.00, kalau 10 pasang? lingkup duit nak beraya..huhuhu. nanti tak dapat nak merasa beli kuih best-best..hahahaha.


harap-harap kalau berjalan raya nanti tak adalah bertembung dengan orang yang pakai kaler sama..huhuhuu
percayalah...ini saja yang kami mampu


KEBUN DALAM BEKAS


Haaa...inilah rupa kebun aku!lebih kemas la dari rupa parasnya sebelum ini yang cuma terletak di bawah lantai saja. aku memilih nak tanam pokok tomato ceri, lady finger dan cili akar. sementara pokok yang dah tinggi tu adalah pokok delima merah. manakala 3 anak pokok di sebelah pokok delima ialah anak pokok buah lemon..haa, jangan tak tau aku ada tanam lemon tau..

hahaha, kalau tak atas kerajinan anak bujang kecik tu, tak ada maknalah semua ni. ibu hanya tau mengarah saja dan aimanlah yang kena bela. hehehehe.

bila mak mentua aku sampai rumah semalam, nak tergelak pon ada dia tengok begitu bersungguh-sungguh kami cuba menanam sayur atas para. suamiku mencelah-tak apalah, saja suka-suka. kalau ada rezeki kami ambik buat masak, kalau tak ada nampaknya kena beli juga kat kedai.

apa-apapun, kita sama-sama tunggu dan lihat. aku akan update dari masa ke semasa ye....



Wednesday, 1 May 2013

BERJINAK-JINAK DENGAN TANAMAN


sejak dua menjak ni, aku bagaikan ketagihan nak bertanam-tanaman. bila jengah blog member dalam dan luar negara, alahai...teringin pulak nak cuba tanam sayur dalam pasu. rumah aku ni rumah apartment, mana ada tanah. lain la kalau rumahnya paling bawah sekali, mungkin dapatlah tanah sekangkang monyet buat melepaskan gian menanam pokok sebatang dua. 

kemaruk ni datangnya dari blog kak LG salam dua benua yang asyik masyuk tunjuk garden dia. ceh..tak puas hati ni. aku pakat dengan hubby dan anak teruna kecik tu supaya ubah balkoni dengan pasang dua para untuk letakkan pasu-pasu kecil. hari buruh semalam digunakan oleh kami dengan aktiviti memasang para-para, memasang kipas dinding kawalan jauh di bilik utama, mengemas ruang dapur dan dua-tiga perkara yang difikirkan sesuai. disebabkan hubby tiada kelengkapan lengkap untuk aktiviti seperti itu, dia panggil jiran sebelah untuk membantunya. bagilah duit kopi ikhlas kerana membantu kami. dia gembira kamipun bahagia..hehehehehe..korang tunggulah kebun kami tau, mana tau ada hasilnya untuk dimakan sendiri. aku cuma nak tanam cili dan beberapa jenis sayuran mudah untuk dicuba. kalau langsung tak jadi, buat hiasan pokok mati la para-para tersebut ye..aku segan nak snap gambar time diaorang buat keje, dah siap keje malas pulak nak snap ( alasannnnnn). 

hari ni nak singgah kedai rm2.00 nak beli pasu plastik comel-comel ( tak la comel sangat) dan kemudian pergi Giants untuk cari benih dan segala perkara untuk kebun baru..ahaks....geli la pulak dengar kan?..perasan lebih aku ni.

kita tunggu kemunculannya............

Sunday, 28 April 2013

KUIH ABOK-ABOK ABANG MENDAN..

assalamualaikum w.b.h,

kepada rakan-rakan bloggers yang dah lama tak mendengar perkhabaran dariku, kesenyapan ini adalah disebabkan aku tak berapa nak sihat, ditambah mood yang tak menentu dan kecelaruan minda yang entah apa-apa dulu membuatkan aku tak ada idea nak berceloteh. cerita banyak, memang banyak tapi itulah macam yang dikatakan tadi, mood tak mariiiii...

haa, hari ni mood sudah mari. ada la kawan membagi aku belek majalah rasa bulan ni. dalam tu banyak la resepi kuih muih yang senang-senang untuk dibuat. tergerak ati nak makan kuih abok-abok pulak. memang sumpah aku tak pernah buat pun..balik keje je masuk kereta terus mintak abang cari daun pisang. dia kalau bab-bab kuih tradisional hingga zaman batu, memang suka sangatlah. so esok dia carikanlah sekitar tempat keje dia tu. maklumlah abang kita keje kat kebun..hehehehe, so mudah sangat kalau setakat nak cari satu lori daun pisang.

hari jumaat menjelma, gaji pun dah masuk. so apalagi, berpusing-pusing dari hari jumaat balik keje sampai petang sabtu dok mengabihkan duit gaji yang tak seberapa..alahai,inilah yang dikatakan golongan marhain. hidup memang Allah SWT yang beri tapi kelangsungan hidup tu dengan berkat duit gaji ke gaji je. lebih tak de. maka pulun la gaji cukupkan stok sebulan, dah kosong dompet yang tadi gemuk, duduk diam-diam kat rumah memasak dan mengketedarah..hahahahaha..kasor bahasa aku ni..maklumlah orang muor....

berbalik pada citer kuih abok-abok. aku dah lupa sebenarnya sebab dalam kepala memikir nak membeli itu ini yang dihajatkan. abang pun dah bising bila nak buat kuih, so petang sabtu dia beli kelapa parut putih dan bawak balik. nah ambik kao lola...bahan semua dah ada, tak buat juga memang nak kena..huhuhuhu. dalam kemalasan yang dah macam bukit tu aku pg jugalah ke dapur .

rupa-rupanya macamana senang resepi macam tu la 2 kali lagi senang nak buatnya. ni ha tarraaaaa.....



jadi tu beb..sedap pulak tu. tak sia-sia abang aku berpeluh ketiak masuk semak nak ambik daun pisang. kuar je dari kukus, kitaorang makan mcm tak henggat donia. 

ni resepinya ( nama pemilik lupa nak catit, nanti aku update je ok..)

2 cawan sagu biji ( halus bukan mata ikan)
1 biji kelapa parut ( ambil putih saja )
1 cawan gula merah( aku guna brown sugar)
secubit garam
daun pisang
lidi 

cara2nya:

basuh sagu biji dan toskan
gaul garam dan kelapa parut
kemudian gaulkan dengan sagu biji tadi rata-rata
buat corong dengan daun pisang 
masukkan adunan sagu dan kelapa setengah ruang
masukkan gula merah ditengah-tengah ( satu sudu kecil )
tutup balik gula itu dengan adunan sagu dan kelapa tadi
tutup corong daun pisang tu elok-elok dan semat dengan lidi
kukus 10 minit
siap.


2 cawan sagu biji boleh menghasilkan 20 biji kuih dan yang aku punya hanya dapat 17 biji je sebab ada yang terbesor, ada yang terkecik..biasalah..first time. lain kali tutup je sebelah mata kalau nak buat sebab very the easy la...hahahahahaha..takburrr..astagfirullah..


Wednesday, 3 April 2013

RASA BAHAGIA ITU....

...bukan datangnya dari orang lain
..bukan boleh dibeli
..apalagi ditukar ganti sesuka hati

ianya milik Allah SWT, Dia yang memberi dan Dia juga yang selayaknya mengambil kembali. aku tak bisa membahagiakan semua orang di sekelilingku dan kamu-kamu tak boleh mengharapkan ada insan prihatin yang akan membawakan sebekas bahagia ke dalam hatimu.

kadang-kadang aku menjeruk rasa bila mengetahui kawan baik tersentap hati dengan orang lain namun yang jadi mangsa perang dinginnya ialah aku! hey wake-up dude...carilah bahagia itu di kalangan kita dan muhasabah dengan kurniaNya. kalau di rumah kamu dah berserabut, tinggalkan masalahmu disitu saja dan aku tak mahu kamu muntahkannya dihadapanku setiap hari kerana hatiku yang sangat sensitif ini mudah terjangkit dengan aura negatif yang kamu bawa. bantulah aku dengan menceriakan wajahmu yang bak terhijab itu.

tahukah kamu? orang lain selalunya tak mengetahui betapa berat dugaan dalam hidupku semenjak dulu tapi aku tetap berdiri sambil tersenyum kerana itulah jariahku. dan kamu amat menyeksa aku dengan berkelakuan begitu.

maafkan aku jika aku tak mahu lagi bersuara kerana hatiku benar-benar hampa.

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....