Wednesday, 25 May 2016

Ramadhan yang dinanti

Assalamualaikum w.b.h.,

Aku mengucap panjang bilamana menjengah 'rumah' kesayanganku ini. sudah agak lama tak bersihkan, dah banyak sawang bergantug-gantungan. akhirnya..hari ini seperti ada kekuatan dan kelapangan untuk memcuci debu dan taburkan haruman tatkala gerbang ramadhan al-mubaraq bakal tiba tak berapa lama lagi...hahahhaha, macam kebiasaan di rumah pula, time nak raya mulalah macam lipas kudung x berapa nau nak cacat buat buat cacat, pegi cuci satu rumah sampai bergadoh gadoh sebab letih dan ada yang try nak curik tulang ehhh..yang sibuk membelek barang lama pon hadooo ( sebab baru jumpa). adoyaii.

Ramadhan tahun ini mungkin kami harungi dengan cara biasa-biasa sahaja seperti kelaziman yang sudah. hari-hari kami memang makan lauk dibeli dari kedai tapi sejak sebulan ni, macam dah tak lalu nak telan. nasi selalu banyak terbuang, mungkin dah jemu asyik lauk yang sama aje. malam tadi abang buka mulut tak nak lagi beli gulai diluar sebab dia dah datang alergy satu badan. aku ingat aku sorang yang merana, rupanya abang pon sama...huhuhuhu..tak berbaloi beli murah tapi banyak tapi dapat bonus alergy dari bahan perasanya. hurmmmmmm..nak nangis ( sebab kena masak la balik lepas niii).






Friday, 13 May 2016

TAMAN ASTAKONA




segala yang berlaku mungkin ada hikmahnya. kegagalan kisah semalam telah menjadi ceritera hebat buat diri sendiri dikala sunyi. namun apabila gemersik suara itu datang bertandang setelah sekian lama, mengapa pula hujan seringkala turun membasahi tanah yang sekian lama ketandusan.

perlukah musnah diterpa badai sekali lagi......

Thursday, 12 May 2016

HIDUP PENUH RANJAU-BAHAGIAN 19


AKU TAHU KESILAPANKU

27.3.2009-sekitar jam 8.00 pagi-apartment melati

Roslan menguis-nguis cadar biru muda berbunga kuning itu dengan hujung jarinya. Sepi amat dirinya kini selepas saja Sara pergi. Kemanakah hendak kau bawa dirimu sayang..abang akan menunggu pulang, abang masih menyintaimu dan akan terus menyintaimu lebih dari dulu.

Roslan mula menyedari, selama ini dia kurang memberikan perhatian kepada Sara. Tumpuannya adalah kepada perniagaan yang dibinanya, hasil titik peluhnya sebelum berkahwin dengan Sara. Dengan harapan kejayaan itu akan memberikan mereka kemewahan seperti sekarang.

Dia juga masih ingat, setiap tahun, pasti dia pulang lewat ke rumah dimana Sara pasti tertidur diatas sofa menunggunya. Hidangan dan kek juga masih belum terusik. Dia segera akan mengejutkan Sara dan memberi berjuta alasan kerana kelewatannya. Namun waktu itu Sara tidak pernah mengeluh, dia tidak pernah menyedari sebelum itu sudah puas isterinya menangis..

Oh…aku terlalu mementingkan diriku sendiri rupanya. Selama 5 tahun perkahwinan kami yang belum menampakkan bayang zuriat, aku selalu berprasangka semuanya adalah kesilapan Sara namun aku tidak menyedari akan kelemahan diriku sendiri.

 Aku menyedari, Sara tidak lagi mendambakanku, tidak lagi seghairah dulu. Bila di kamar, dia lebih mendahulukan kemahuanku tanpa sedikit pun aku sedari, aku sebenarnya membelakangkan isteriku itu saban waktu.

Aku merindui kamu…sungguh terbeban perasaan aku ini. Aku benar-benar rasa kesepian. Aku rindukan harum tubuh Sara, mahu melihatnya ke sana-ke mari membawa pakaian kotor dan yang hendak dilipat, dan sibuk mengemaskan rumah dengan penyapunya.

Telefon bimbit Roslan berdering. Lambat tangannya mencapai. Serta-merta dia bingkas bangun bila nama Hamizah tertera pada skrin.
“Assalamualaikum kak..”
“Wa’alaikumsalam, Lan, boleh bercakap dengan Sarah?”
“Err…dia kat dalam toilet kak…kenapa kak?”
“Tak ada apa…akak call dia tadi tak angkat…kamu tak kemana-mana ke hari ni?”
“Kami bercadang nak melawat kawan saya di Nilai sekejap lagi”.
“Ingat nak ajak Sara temankan akak pergi shopping la, abang kau sibuk…tapi kalau kamu sudah bercadang nak keluar, nampaknya akak seorang saja lah shopping”.
“nampaknya macam itulah kak..minta maaf ye kak?”.
“tak mengapa, sampaikan salam akak pada Sarah ye?..”.
“Baik kak”.

Aduh…..macamana aku boleh menipu kakak sendiri ni?Ya tuhan….ampunkan aku kerana membohongi kakak kesayanganku itu.

....bersambung.


Monday, 17 August 2015

HARI-HARI YANG MENJERIHKAN

semalam pergi ke kuala langat. bertugas demi negara dan bangsa..haha. dalam perjalanan balik ke putrajaya, mendapat perkhabaran. berita gempar!.BERLAKU PERTUKARAN PEGAWAI secara dalaman secara serta merta!

aku terbayang nasib diriku 3 tahun yang lalu, ditukarkan dalam tempoh singkat tanpa mendapat rayuan untuk panangguhan..Ya Allah..sebagai hamba-Mu aku pasrah. meski setahun kemudian barulah hatiku benar-benar redha..

mengenangkan nasib rakan-rakan yang ditimpa ujian begini, hatiku gusar kembali. Ya Allah..jika suatu masa kelak kau menakdirkan aku untuk menjadi pemimpin, jadikanlah aku pemimpin yang bertimbang rasa...dan khabarnya rakanku yang akan ditukarkan serta merta itu akan memohon keluar dari kementerian ini. bertahun kerja siang dan malam, sabtu dan ahad meninggalkan anak isteri, bekerja sepenuh hati hingga lali akan tugasan yang sangat-sangat membebankan itu, akhirnya disingkir seperti sampah jalanan. Allah .......

kepada di luar sana, rakan-rakan ku sekelian, jika pernah terniat dalam hati kalian untuk berlaku sedemikian, cubalah bermuhasabah. semua perkara ada jalan penyelesaiannya, tidak salah jika berbincang dari hati ke hati bertanyakan dimana silapnya dan sama-sama mencari jalan terbaik, bukan memberi hukuman 'buang negeri'.

semoga semua ini mendapat rahmat dari yang maha kuasa, andai tidak, semoga Allah SWT memberikan ujian ini sebagai salah satu cabang penghapus dosa-dosa. aamin.

Sunday, 14 June 2015

MENJELANGNYA RAMADHAN 1436H

Alhamdulillah, sedar tak sedar..ada lagi 2 hari nak sambut Ramadhan Al-Mubaraq. Indahnya saat itu nanti bila sepanjang bulan penuh dengan kenikmatan, mencari keredaan Allah SWT dan harapan dapat diampuni segala dosa yang bersarang sekian lama.

aku sekadar insan biasa, hamba Allah yang jahil lagi hina. jauh di sudut hati..aku teramat ingin diampuni meski setiap hari tak pernah lupa untuk meminta kepada-Nya. sepanjang tahun, hanya bulan inilah yang kunanti-nantikan kehadirannya kerana ianya membawa pengertian yang mendalam dan paling penting buat sekian jiwa.

lupakan seketika tentang persediaan Ramadhan malah biarkan saja persiapan menjelang Syawal. detik inilah penentuan iman, ujian dan ketaatan terhadap sang pencipta. aku tak kisah jika hanya berbuka ala kadar mahupun menyambut lebaran nanti dengan apa yang tersedia, di usia begini, apa yang kudamba hanyalah merasa kasih sayang dari Allah SWT. jangan kamu tersilap tafsir, kasih sayang -Nya hadir dalam bentuk yang kita tak duga, yang kita tak nampak. apa yang utama, kecintaan dan kasih sayang dilimpahkan dari segenap penjuru. terpulang kepada kita untuk menyingkap hijab tersebut. maka singkaplah dengan cinta dan rindu, akan terbentang dihadapanmu selautan kasih maha indah..hadiah dari Allah buat seluruh alam.


-babylola.


Wednesday, 3 June 2015

HER : MOVIE YANG....Hurmmm, untuk mereka yang kesepian

sebenarnya dah lama astro dok tayang movie HER. akupun dah lama teringin nak tengok tapi baru malam tadi berkesempatan. kalau jenis yang suka thrill movie, just forget it with this kind of story. mungkin akan lemparkan telefon ke dinding sebab bosan..but..

fahami dari sudut ini : kebahagiaan hanya ditemui jika dicari dan dibentuk, bukan just fall from the sky. sedih juga cerita ni, for those yang lonely..and having "in a complicated relationship'...kepada insan seni berjiwa rock kapak mcm aku ni, akhirnya gua leleh juga at the end!  how liow..

hakikat susah untuk satisfied people dan find something for ourself deep inside, there is always a way untuk bring some happiness into our life, our journey. kita diuji setiap waktu, buka sedikit ruang pintu hati yang terkatup itu untuk membebaskan sedikit kegembiraan, kadangkala banyak untuk orang lain dan terlalu sedikit untuk diri sendiri.

now kata kuncinya : REDHA.

Tuesday, 2 June 2015

HIDUP PENUH RANJAU : BAHAGIAN 18

KEMBARA INI BELUM PASTI
27.3.2009-7.00 pagi-lapangan terbang Heathrow, London

Sarah berdiri di muka pintu ketibaan. Memandang jauh ke hadapan, kedinginan pagi di Hearthrow begitu mencengkam. Musim dingin belum berakhir dan suhu 2 darjah celcius. Angin bertiup perlahan, menambahkan lagi dinginnya tubuh kecil itu.
Ahh..London, I’m here. Walau aku sebenarnya tidak pasti apa yang aku cari hari ini. Mengapakah 7 tahun ini akan berakhir dengan berdirinya aku di sini…suatu tempat asing dan aku keseorangan. Perlukan aku begini.. Sarah menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya atas tindakan yang dilakukannya. Namun semuanya sudah berlaku dan dia tidak upaya untuk berundur dan sememangnnya tidak mahu berbuat demikian.
Awalnya dia ingin melepaskan lelah di hotel penginapan yang ditempah awal iaitu di Hotel Heath Cottage, kira-kira 1 km dari Batley namun desakan nalurinya mengatasi rasa lelah dilambung udara sepanjang malam. Hati berbunga riang ingin menemui Aduka biarpun sekejapan sebelum bersiar-siar dan window shopping bersendirian selepasnya. Aku Cuma nak bagi surprise, bukan nak ganggu masanya yang sibuk-getus hati kecil Sarah.
“Batley please..” ucap Sarah pada pemandu teksi. Setelah memasukkan barang ke dalam bonet kereta, Sarah mengambil tempat duduk di bahagian depan, sengaja dia ingin berbual dengan pemandu itu untuk maklumat lanjut.
“here we go madam”. Balas pemandu yang sudah agak berumur itu. Dia juga tidak berapa kisah jika penumpangnya ingin duduk dihadapan.
Sarah melemparkan senyum manis kepada dia dan disambut dengan senyuman mesra.
‘where are you come from madam?”
“Malaysia, do you know where it is?”
“Oh..Malaysia..i know it, I knowit”
“thank you sir”.
“you are welcome madam, don’t call me sir, just James. I’m living here, around this city. So, do you have the address that you want to go madam?”
“Oh, yes I have....here” Sarah mengeluarkan alamat dari dompetnya dan diserahkan kepada James. Sambil memandu, James melihat alamat itu dan tersenyum.
“I know this place, don’t worry madam, I will send you safe and if you need me next time, just call my number” James menunjukkan nombor telefon yang tertera pada deskboard keretanya. Sarah cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan memasukkan nombor telefon tersebut. Siapa tahu, boleh dijadikan bantuan jika berlaku apa-apa kelak-bisik hati Sarah.
“may I know what your intend by coming to london?”
Sarah tersenyum, manis sekali.
“I’m going to see my friend, we know each other for 5 years and its time to pay him a visit”.
“I’m sure he will jumping when he saw you, you are very pretty woman, nice talk and I like you. You remind me to my ex-wife when she were young. I am crazy about her”.

Sarah terkesima, perkataan isteri itu terlalu peribadi buatnya. Lama dia terdiam tanpa membalas cakap James. James menjadi serba salah.
“I’m sorry madam, did I hurt you with my words?”.
“Oh no James, no..you didn’t. I just remember my late mother, that’s all.”
“I apologies madam”
“its okey james”.

Tiada perbualan selepas itu. Masing-masing terdiam dan Sara menerawang ke dunianya sendiri. Sarah memerhatikan suasana di sepanjang jalan menuju Batley, bumi ini terlalu asing baginya. Jauh-jauh di sudut hati, dia merindui Malaysia..
Tiba di satu simpang, matanya tertumpu kepada satu papan tanda besar yang menyebut tentang  Bagshaw Museum Wilton Park, Batley. Dia berkira-kira hendak melawat muzium tersebut kala senggang esok tengahari. Sendirian pun tidak mengapa..

Tiba-tiba Sarah merasakan hatinya bagai diperas-peras. Dia tidak tahu mengapa.



 KENANGAN SEMALAM
27.3.2009-7.30 pagi

“madam, we have arrived. You want me to stay for a while?” Tanya James. Sarah mengangguk setuju. Manalah tahu jika alamat yang diberikan itu salah.  Sarah membayar tambang kepada James dan keluar. Beg masih berada di dalam bonet kereta tetapi dia melihat James seperti ikhlas, tak jadi dia hendak mengeluarkannya.

Sarha berjalan masuk ke perkarangan rumah bercat kuning air itu yang dipagari pokok renek dan berturap batu bata dari bahu jalan hingga ke halaman. Rumah semi-deteched itu kelihatan kukuh dan cantik sekali, tentu tuan rumahnya seorang yang prihatin dan rajin. Namun langkahnya terhenti pada barisan pokok renek yang mengelilingi kolam buatan di tepi halaman. Dia merasakan sesuatu yang seakan pernah dilihat suatu masa dahulu..seperti kenangannya sewaktu dikampung..seperti…….. terlalu dekat dihatinya..adakah??..

Sarah memberanikan diri menekan punat loceng. Agak lama untuk tuan rumah membuka pintu. Sesekali dia memerhatikan James yang nampaknya masih setia menunggu di dalam kereta. James juga kelihatannya gelisah memerhatikan Sarah dari jauh. Mungkin hati lelaki tuanya resah memikirkan samada dia telah menghantar ke alamat yang salah. Tetapi masakan salah- no 58 Avenue, West Yorkshire, Batley. Inilah rumahnya. Di seberang sana sudah avenue lain. Tak mungkin dia silap.

Sewaktu Sarah membuat keputusan untuk datang lagi pada waktu petang, daun pintu dibuka perlahan. Dia berpaling kearah muka pintu…


~bersambung...uolls nak tahu ke siapa pemilik rumah tersebut?..surprise..surprisezzzzzz

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....