KEMBARA
INI BELUM PASTI
27.3.2009-7.00 pagi-lapangan terbang Heathrow,
London
Sarah berdiri di muka pintu ketibaan.
Memandang jauh ke hadapan, kedinginan pagi di Hearthrow begitu mencengkam.
Musim dingin belum berakhir dan suhu 2 darjah celcius. Angin bertiup perlahan,
menambahkan lagi dinginnya tubuh kecil itu.
Ahh..London, I’m here.
Walau aku sebenarnya tidak pasti apa yang aku cari hari ini. Mengapakah 7 tahun
ini akan berakhir dengan berdirinya aku di sini…suatu tempat asing dan aku keseorangan.
Perlukan aku begini.. Sarah menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya atas
tindakan yang dilakukannya. Namun semuanya sudah berlaku dan dia tidak upaya
untuk berundur dan sememangnnya tidak mahu berbuat demikian.
Awalnya dia ingin melepaskan
lelah di hotel penginapan yang ditempah awal iaitu di Hotel Heath Cottage,
kira-kira 1 km dari Batley namun desakan nalurinya mengatasi rasa lelah
dilambung udara sepanjang malam. Hati berbunga riang ingin menemui Aduka
biarpun sekejapan sebelum bersiar-siar dan window shopping bersendirian
selepasnya. Aku Cuma nak bagi surprise,
bukan nak ganggu masanya yang sibuk-getus hati kecil Sarah.
“Batley please..” ucap Sarah pada pemandu teksi. Setelah
memasukkan barang ke dalam bonet kereta, Sarah mengambil tempat duduk di
bahagian depan, sengaja dia ingin berbual dengan pemandu itu untuk maklumat
lanjut.
“here
we go madam”. Balas pemandu yang sudah agak berumur
itu. Dia juga tidak berapa kisah jika penumpangnya ingin duduk dihadapan.
Sarah melemparkan senyum manis kepada dia
dan disambut dengan senyuman mesra.
‘where
are you come from madam?”
“Malaysia,
do you know where it is?”
“Oh..Malaysia..i
know it, I knowit”
“thank
you sir”.
“you
are welcome madam, don’t call me sir, just James. I’m living here, around this
city. So, do you have the address that you want to go madam?”
“Oh,
yes I have....here” Sarah mengeluarkan alamat dari
dompetnya dan diserahkan kepada James. Sambil memandu, James melihat alamat itu
dan tersenyum.
“I
know this place, don’t worry madam, I will send you safe and if you need me
next time, just call my number” James menunjukkan
nombor telefon yang tertera pada deskboard keretanya. Sarah cepat-cepat
mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan memasukkan nombor telefon
tersebut. Siapa tahu, boleh dijadikan bantuan jika berlaku apa-apa kelak-bisik
hati Sarah.
“may I
know what your intend by coming to london?”
Sarah tersenyum, manis sekali.
“I’m
going to see my friend, we know each other for 5 years and its time to pay him
a visit”.
“I’m
sure he will jumping when he saw you, you are very pretty woman, nice talk and
I like you. You remind me to my ex-wife when she were young. I am crazy about
her”.
Sarah terkesima, perkataan isteri itu
terlalu peribadi buatnya. Lama dia terdiam tanpa membalas cakap James. James menjadi
serba salah.
“I’m
sorry madam, did I hurt you with my words?”.
“Oh no
James, no..you didn’t. I just remember my late mother, that’s all.”
“I apologies
madam”
“its
okey james”.
Tiada perbualan selepas itu. Masing-masing
terdiam dan Sara menerawang ke dunianya sendiri. Sarah memerhatikan suasana di
sepanjang jalan menuju Batley, bumi ini terlalu asing baginya. Jauh-jauh di
sudut hati, dia merindui Malaysia..
Tiba di satu simpang, matanya
tertumpu kepada satu papan tanda besar yang menyebut tentang Bagshaw Museum Wilton Park, Batley. Dia
berkira-kira hendak melawat muzium tersebut kala senggang esok tengahari. Sendirian pun tidak mengapa..
Tiba-tiba Sarah merasakan hatinya bagai
diperas-peras. Dia tidak tahu mengapa.
KENANGAN SEMALAM
27.3.2009-7.30
pagi
“madam,
we have arrived. You want me to stay for a while?” Tanya James. Sarah
mengangguk setuju. Manalah tahu jika alamat yang diberikan itu salah. Sarah membayar tambang kepada James dan
keluar. Beg masih berada di dalam bonet kereta tetapi dia melihat James seperti
ikhlas, tak jadi dia hendak mengeluarkannya.
Sarha berjalan masuk ke perkarangan rumah
bercat kuning air itu yang dipagari pokok renek dan berturap batu bata dari
bahu jalan hingga ke halaman. Rumah semi-deteched itu kelihatan kukuh dan
cantik sekali, tentu tuan rumahnya seorang yang prihatin dan rajin. Namun
langkahnya terhenti pada barisan pokok renek yang mengelilingi kolam buatan di
tepi halaman. Dia merasakan sesuatu yang seakan pernah dilihat suatu masa
dahulu..seperti kenangannya sewaktu dikampung..seperti…….. terlalu dekat
dihatinya..adakah??..
Sarah memberanikan diri menekan punat
loceng. Agak lama untuk tuan rumah membuka pintu. Sesekali dia memerhatikan James
yang nampaknya masih setia menunggu di dalam kereta. James juga kelihatannya
gelisah memerhatikan Sarah dari jauh. Mungkin hati lelaki tuanya resah
memikirkan samada dia telah menghantar ke alamat yang salah. Tetapi masakan
salah- no 58 Avenue, West Yorkshire, Batley. Inilah rumahnya. Di seberang sana
sudah avenue lain. Tak mungkin dia silap.
Sewaktu Sarah membuat keputusan untuk datang
lagi pada waktu petang, daun pintu dibuka perlahan. Dia berpaling kearah muka
pintu…
~bersambung...uolls nak tahu ke siapa pemilik rumah tersebut?..surprise..surprisezzzzzz
No comments:
Post a Comment