Thursday, 17 January 2013

Hati yang berkata-kata

Memang kuakui, blog ni dah lama tak masuk entri. sebabnya? tuan jiwa dilanda gelora. maka akal fikiran tak mampu menzahirkan apa yang ada dalam kepala. banyak, terlalu banyak. seperti kata Ben Ashari: Hati kita sentiasa berkata-kata untuk dijadikan entri blog sendiri.

mingu-mingu kebelakangan ini, jiwaku parah oleh perasaan sendiri. dan yang boleh membantu menyelesaikannya hanyalah Allah SWT, maka tak perlu rasanya dikongsi oleh alam semesta, nanti lain pulak jadinya. bila aku ada masalah, aku lebih suka mendiamkan diri dan buat-buat lupa meski ianya pasti hadir dalam mimpi, terigau-igau waktu malam..kadang-kadang siang hari time rehat di pejabat pon sempat lelap dan meracau..

bila buka blog, aku lebih galit tengok blog kawan-kawan, dan lepas tu tutup PC. pening. pernah tak korang merasakan jasad korang bagaikan terapung tak tahu nak pergi kemana? susah nak cakap kan? itulah..lebih baik aku diam.

Thursday, 10 January 2013

Kursus Pengurusan Stor di Penang


Unit Pengurusan Aset dan Stor, Khidmat Pengurusan KBS telah mengadakan kursus pengurusan stor pada 19-21 Disember lalu dan menginap di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, hahaha..lambat masuk entri sebab jurufoto lama bercuti lorr..kesempatan ini digunakan untuk aku membawa mr hubby dan anak bujangku bercuti sekaligus, yang tak syoknya Aiman dilanda gastrik yang kronik so tak dapatlah menjiwai nikmat bercuti dengan makan-makan yg havoc kat sana kunun..sob sob sob..

selepas habis taklimat pada hari pertama, aku mengheret kengkawan untuk bersiar-siar menghabiskan minyak kereta Syed dengan melawat tapak pesta Pulau Pinang. biasa-biasa je, macam fun-fair pon ado. banyak sekali gerai jualan sampai letih mak berjalan. singgah di kedai menjual makanan  dan oder kue tiow goreng yang kononnya trade mark sana kan, tapi rasanya pon biasa-biasa aje. saja lah nak merasa.

so, layan je la gambar-gambar ni, a pitcure say thousand words.



dah nama perempuan, pantang jumpa kedai mesti nak pegang

kenangan manis menawan.

urusetia paling setia. beliau kena penderaan emosi, baru masuk unit kami tapi terus kena handle kursus sorang-sorang

yang pakai kopiah tu paling dinanti-nantikan kemunculannya tiap kali kursus stor kerana kebecokan mulutnya adalah penyeri kursus

inilah Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan saya yang masih mancho gitew

Geng Unit Aset

Pak Penghulu kami. beliaulah penghulu tetap sampai pencen bila kami ada kan kursus berkaitan stor

si manis pemegang dulang

Tuesday, 1 January 2013

2013...dan perawan ini telah bertukar..

Selamat Datang 2013!

meninggalkan 2012 yang penuh dramatik dan berakhirnya angka 3 di depan usiaku. alamak...akukah ini yang telahpun berusia 40 tahun?? huhuhuhu..rasa nak brek je kalau boleh, nak tahan umur dari terus bergerak kedepan..boleh ke....biul. habislah zaman keperawanan..ahaks..

Hurmmm...ingat tau tarikh 5 Januari ..dari semalam dah pesan kat hubby, nak minta hadiah besor...kena tempelak lagi adalah, tak malu. hubby kata, time birthday dia, dia yang belanja, time anak, dia juga yg kena belanja, ni time birthday aku..dia jugaaaaa...parah dah. lalalalalala

Azam tahun baru? heleh..tak payah berangan nak berazam lah, mesti tak jadi nyer..angan-angan je setinggi langit namun pelaksanaan macam kereta buruk kat tepi jalan. tak cakap orang la, ni aku ni sendiri...sengal tak sudah-sudah. apa yang pasti, aku berangan-angan nak kumpul emas fizikal dan tengok apa akan jadi lagi 10 tahun mari....kalau tak mari kedai pajak la..hahahahaha. yang pasti, dah mula kumpul dah berkat rezeki murah baru-baru ni-bonus la apa lagi! besar cacing kerawit pun dah cecah RM1050.00..hangin je.

arrrghhh...duit kat pay-slip memang banyak, tapi nak beli macam-macam pun macam tak lepas dek nilai barang yang semakin melambung naik. buat sedap mata je la memandang. sedih kan keje macam ni. kalau tak dek berhempas-pulas ( iye ke?...tido je memanjang..) cari side income, tak de maknanyer ko Lola...tak de la merasa nak makan pizza ke, McD ke, Manhattan ke...cewahh. dan yang paling pasti, side income aku ialah wallet mr. hubby. tiap-tiap pagi sebelum keluar pintu kereta, aku hulur tangan..bak RM10.00. heheheheheheheehehe..tengkiu cayang..

ini saja je nak menunjuk gambor lama time sekolah.

time ni apa lah yang aku faham. buta donia. anak manja emak..jangan disoal mengapa aku sehitam tampuk manggis..tak konal bedak pun time nih. baju pun pakai rembat mana yang ada. mungkin azam aku time sekolah ialah nak cepat-cepat habis belajar tingkatan 5 dan cepat-cepat cari keje. maklum orang susah, apa dihajat semua tak dapat punya. confirm. nak memberontak pun sampai kemana la kan..kalau gaduh dengan emak , nanti lapor mesti balik rumah juga, so diam-diam je. pasang niat dalam hati supaya belajar pandai dan dapat kerja baik itu sudah cukup. tapi itu duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

sekarang????

kawan-kawan tingkatan 3A-1st reunion 2012. yg pakai spek tu semua member satu kelas.eh-eh..kebetulan, memang budak cerdik semua tu ek..hehehe
mulalah gelabah dan malu-malu kambing bila jumpa balik dengan kawan-kawan lama yang rata-rata dah berjaya. yang berjaya jadi penagih pon ado. tapi ni positif yang berjaya mencapai kegemilangan dalam hidup masing-masing. al-maklumlah nawaitu sendirian berhad kan, dulu nawaitu aku untuk cepat-cepat habis sekolah dan bekerja, nah dapatlah. manakala kawan-kawan yang lain bernawaitu untuk mencapai pelajaran setinggi yang mampu maka diaorang kini rata-rata bergelar pensyarah, pegawai tinggi kerajaan dan tak kurang bisnes man/women berpengaruh. adusssss..bernanah hati. cuma aku bersyukur aku tak mintak nasik dengan orang, alhamdulillah. setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. walau aku mungkin paling tak berjaya antara semua, namun aku mampu menyara aruah emak sampai dia pergi. kalau waktu itu aku belajar lagi, tak ke haru mana nak duit study mana nak ubati aruah..kan? yes Lola, good gegurl.


okey, apa-apapun, jangan cemburui kejayaan orang lain, kita harus berbangga dikurniakan kesejahteraan untuk menempuh hidup di dunia. cara untuk mencapai kebahagiaan itu bukan diukur dengan banyaknya harta , itu donia semata. aku kaya jugak..kaya dengan perasaan..hahahahahahha...lawak.

Sunday, 30 December 2012

LAST DAY 2012-for my friend Amy at KBS

hari ni adalah hari terakhir kawanku-Izami Aziz berada di pejabat ini. selepas ni tak adalah hilai ketawanya yang menceriakan dan guruan kasarnya yang menghangatkan suasana. walau dia tu bergurau kasar, namun tak adalah nak kecik ati kalau kita gurau kasar balik dengan dia. bila dia tak ada di pejabat, pejabat ku ini rasa macam dilanggar garuda-senyap dan sunyi. itupun aku paksa Hamidi bukak radio 24jam. akupun boleh jadi demam tak mengilai seharian. bukan apa..kuota membebel untuk aku tak penuhlah satu hari, karang kat rumah terpaksa menghabiskan kuota pada anak dan suami. karang tak pasal-pasal melayang senduk kuali...hahaha.

hilangnya seorang kawan yang sama-sama biul

geng meroyan


kadang-kadang malas nak sayang sesiapa. sebabnya? aku selalu kena tinggal...bukan terlalu bergantung kepada orang lain tapi jenis aku ni kalau berkawan suka telus dan bila dah rapat mulalah sayang macam keluarga sendiri...huhuhuhu..kan dah kena tinggal....nyampah.

mudah-mudahan hubungan baik ini tak akan putus sampai bila-bila. entah-entah bila berjumpa semula ialah pada hari aku langsungkan perkahwinan anak bujangku kot..hahahahahaha..melalut la tu.

kepada Amy, aku doakan kebahagiaan yang kau cari sampai kau berhajat untuk bertukar tempat kerja. manalah tau, dah dok kat PD nanti, ramai pulak askarnya..hohohohohohohho.

Gambar pertamaku dan Izami pada awal Januari 2011 sempena dengan Majlis Perpisahan En. Wan Ramli-Setiausaha Bahagian yang bertukar ke bahagian lain.

Thursday, 27 December 2012

HOLIDAY KE USS...kunun



bersama hubby tercinta. pedulikan ler gambar background yg seksi tu ekkk..



Assalamualaikum w.b.h semua kawan-kawan bloger. entri ni dah basi kot sebab baru sekarang ada kesempatan upload gambar-gambar yang tak seberapa semasa bercuti ke Universal Studio Singapore pada 11 Disember 2012. bercuti bersama hubby dan anak( Aiman) dengan ditemani oleh adik dari Johor Bahru, kalau tak memang jakun nak masuk sana. mujur adik-adik memang kaki jalan so tak ada masalah sepanjang perjalanan kecuali keliru sikit time nak cari makanan di Jurong.

Balik JB hari Sabtu, sebab adik yg bongsu bilang ( cehh...cakap pon dah ikut style orang singapura) kalau nak ikut jalan-jalan ke USS beli tiket, mesti ada kat rumah jam 1.00 tengahari. punyalah bersemangat hubby bawa kereta dan sampai Bandar Baru Uda memang tepat-tepat jam 12.00 tengahari buta. rilek sekejap dan jam 1.15 tengahari gitu, adik pun balik dari tempat keje dia di Pengarang.

So jam 2.00 petang lebih kurang, kami pun berangkat ke Singapore dengan menaiki keretaku untuk terus didaftarkan di Kastam sana. nak masuk Singapore kalau bawa kereta sendiri mesti daftar dulu setibanya di kastam Singapore dan kena beli kad Auto-Pass ( macam Touch-n-Go la..). tapi tak guna juga kalau lepas beli kita tak top-up terus. hampehh je sebab tak boleh guna . time nak masuk parking USS tu, gate x boleh buka. mujur bakal adik ipar ada bawa Auto-Pass dia. lain kali bgtaulah awal-awal yang kad tersebut kena top-up. kira-kira macam mula-mula daftar beli kad aje tapi kosong. top-up baru boleh guna. aisyehhh...sudahlah masa nak mohon auto-pass tu kena tunjuk gambar cukai jalan JPJ. iyelah..kita nak masuk negara orang ...follow je la.

Lagi satu yang penting, sebelum masuk sana, isi dulu kad putih yang diserahkan bersama-sama pasport kita. nanti marah orang belakang sebab kita baru terkial-kial nak menulis. kalau sorang tak apa, kalau satu kereta tu ada 6 orang? tak ke berbulu kawan nak tunggu. contohnya macam aku la..bakal adik ipar siap berlari2 anak untuk mendapatkan kad putih dari pegawai kastam di Singapore.kami lalu dari Tol Link Kedua  ( Kompleks Kastam Sultan Abu Bakar Tanjung Kupang), tapi rupanya terpaksa menunggu lama dekat 30 minit nak tunggu kereta didepan yang ada 4 orang  penumpang dan tiada kad putih. 

Kawasan USS tidaklah sebesar mana, pusing dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. paling seronok berada di Jalan New York sebab jam 11, 1 dan 5 ada SALJI.....memang jakunlah semua orang termasuk mat-mat salleh. bukan salji sebenar tapi buih sabun.

Salji di New York..hehe




bersama adik. cover sejuk la kunun
kami naik roller coaster yang lebih kepada mini rider muatan 12 orang di tempat TRANSFORMER. cuma yang menjemukan ialah berbaris 1 jam untuk menaiki bendalah tu. letih sangat. kepada yang ada anak kecil tu dinasihatkan tak payah la masuk, memang diaorang akan menangis kebosanan dan tak sabar punya.

Aiman diheret adik naik roller coaster GALACTICA. roller coaster tu terbahagi 2 iaitu biru untuk kurang trill dan merah untuk lebih excited. adik memilih untuk menaiki roller coaster warna merah tapi setengah jam selepas turun...Aiman masih menggiggil ketakutan! hahahahaa...

kami masuk ke studio Light Camera Action dimana adegan ribut taufan kononnya melanda kotaraya New York. best jugalah. nama studio pun cah cenggitu, semuanya berkenaan Cahaya, Aksi dan tektik kamera. sound sistem memang power..

Di Studio The Mummy, kami berhajat menaiki roller coaster tu tapi memandangkan aku ni penakut, aku jadikan alasan kaki tak selesa di tempat duduk dan minta keluar. ada coaster yang sedikit besar untuk kami yang bersize besar tapi aku meminta untuk keluar terus. barulah lega hati ini. nak tau alasan sebenar???? sebab berhampiran tangga untuk ke tempat coaster the mummy tu, aku nampak..bukan hantu tapi papan tanda mengatakan coaster itu akan bergerak kedepan dan tiba-tiba berhenti dan kemudian akan kebelakang dalam keadaan menjunam ke belakang dengan drastik. tak takut? say sorry to them yang memang gayat. semua papan tanda tu dalam English of kos...hubby tak faham but aku diam je sampai atas. bila keputusan untuk keluar dari coaster kubuat, barulah aku bagi tahu hubby akan situasi yang bakal diaorang hadapi. bye bye..kataku seraya keluar melalui exit yang dinyatakan. sejurus beberapa ketika, mereka selesai  hubby dengan muka pucat lesinya hanya tersengih kepadaku. speechless. lama baru dia cakap yang baguslah tindakan aku keluar tadi. kalau tidak mesti aku terkencing-kencing. hehehehehehhe.....padan muka.

selepas itu, kami bergerak ke destinasi impianku: FAR FAR AWAY. yesssss..princess fiona i'm coming for you. saksikanlah gambar-gambar yang tak seberapa ni...

Dipintu masuk


Di dalam Far Far Away, kami masuk studio Shrek, ada adegan konon untuk menyelamatkan fiona dari penjahat. time ni memang rilek habis. dengan kerusi yang bergerak ikut filem. 4D filem. yg bencinya bila si donkey bersin, ada air betul terpercik-percik ke muka kita, rasa geli pulak. kemudian bila labah-labah dilepaskan, terasa kat kaki kita benda tu merayap. rasanya semua pengunjung melepaskan lelah berjalan dan berdiri sepanjang hari disini, dengan sejuk nyaman air-cond dan studio yang macam pawagam luas dan bersih. rasa tak nak keluar, kalau tayangan filem tu sejam, rasanya boleh tertidur. ambil kesempatannnnn.. hehehe.

cantik bangunan tu, macam dalam castleville


Setiap beberapa jam sekali, ada celebriti seperti Myrlnn Monro ( Betul ke ejaan ni) yang jelita berlegar-legar dengan ditemani bodyguard dan petugas khas. Ada Betty yang seksi dan aku terserempak juga dengan Brandon Fraser dari The Mummy.bsemua tu pelakon olok-olok tapi mengikut watak di studio-studio yang berkaitan. Contohnya kalau berada di Celebriti Walk ,
kenal Audrey Hepburn? artis dolu-dolu..

...jumpalah dengan mereka-mereka ni dan kami dapatlah bergambar di nama Celebriti yang aku sendiripun tak kenal..hahahahahahahahha. jakun.  hello..bayar mahal tau, berseronok la sepuas hati sampai petang. 

 Sebelum keluar dari USS, kami dihiburkan dengan persembahan dari penyanyi merangkap penari ala kabaret yang emmm..ampun seksinya. orang lelaki sukalah, kami yang perempuan ni malu-malu ayam je tengok. dah sampai situ, kenalah buka kepala hotak ni menerima budaya asing walau dalam hati rasa nak melangkah pergi tak sanggup tengok. selalu tengok dalam tv saja, ni dah kat depan mata. jeling kat Aiman dan hubby, muka merah-merah menahan segan..hahahaha.

ada juga persembahan dari dancers yang bagus ( lelaki) dan aku pulak yang letih tengok diaorang beraksi

ni gambar di jalan masuk mula-mula ke USS. Van popcorn pun berebut orang nak bergambar..


Di Studio Transformer, ada gerai minuman ringan yang menjual botol air ikut tema robot. tapi harganya dalam RM50-60 gitulah ( lupa ). mujurlah Aiman tak meraung-raung nak botol air tu ( sebenarnya  maknya yang meraung dalam hati ..). bila kita beli botol air di USS ( tak kisahlah karakter apa), bila kita beli 2nd time dan seterusnya air soda, cuma SD3.00, kalau tak SD5.00...waduhhhhh..mahal bangat harga air soda kat situ. RM12.50 gitu. walhal kalau kat Malaysia cuma RM2.00. kalau tak ada duit memang tak payah pergi sanalah bawa anak-anak, buat sakit jiwa je..huhuhuhuhu. Adik pulak dulu pertama kali masuk, ada beli botol air tapi dek jadi rebutan anak-anak buahnya, mak sorokkan sampai lupa kat mana, gigit jari je la.


di depan Studio Transformer. robot tu bergerak tau, ada orang kat dalammnya


Hubby dan aiman ambil kesempatan beraksi di Jalan Hollywood dimana ada beberapa kereta lama yang dipakir sebagai props dan agak menarik juga membayangkan jika ianya benar-benar berada di persekitaran Kota Hollywood.





Kesimpulannya, itulah mungkin first dan last masuk situ. Tiket masuk pun RM185. belum lagi nak shopping cenderahati yang harganya tau-tau sajalah. memang nampak macam murah tapi bila convert ke RM..alamak..ampun. sekecil-kecil key chain pun dah SD10, kali lah dgn RM2.50...tidak ke dah jatuh kepada RM25?...kawan2, maaflah ye, tak ada la logo USS untuk dibeli sebagai hadiah.

Tapi untuk bersantai-santai di luar USS dan ambil gambar pun boleh, ada gerai2 disitu tapi kena tengoklah halal ke tidak, jangan main belasah saja. dan digalakkan pakai sandal bertali/kasut untuk mengelakkan lenguh nak berjalan merata-rata. lagipun kalau nak naik roller coaster, selipar tak bolehhh..nanti terpelanting kena pulak orang kat bawah. nak masuk Mummy pun kena simpan beg di peti keselamatan yang entah selamat ke tidak tu..tanggung sendiri la jah.

Itulah serba sedikit pengalaman melancong ke Universal Studio Singapore. Pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup dan banyak ertinya kepadaku kerana nilai yang terdapat padanya. nak tahu tak? hasrat melancong ke Singapore ini adalah hajat suamiku yang berdikit-dikit menyimpan duit syiling semenjak beberapa tahun. aku memang tak sangka kerana selalu memperlekehkan hubby yang amat gemar mengumpul syiling sampai berbakul-bakul ( sebesar size A4) tanpa berhasrat menyimpannya ke dalam mana-mana bank. rupa-rupaya hobi tersebut digunakan oleh beliau untuk melancong tanpa mengeluarkan duit lain termasuk kos membuat paspot. terima kasih abang...diam tak diam, duit syiling yang dikumpulnya ( RM1000.00 lebih) termasuk duit yang dijimat-jimatkan dari wang gaji setiap bulan,  kami membelanjakan hampir RM2000.00 sepanjang 4 hari di Johor Bahru dan 2 hari di Singapore!! 

Tahun 2013, aku menyimpan hasrat untuk membawa kakak kandungku pula naik flight ke Langkawi. kasihan dia kerana perancangan kami ke Singapore tidak dimaklumkan kepadanya lebih awal. akupun hanya tahu hubby confirm ke USS pada bulan November lalu. memang tak sempat nak kumpul duit la, lagipun aku tak mampu untuk menanggung mereka sekeluarga. sebagai balasan tutup mulut, aku berjanji mambawa kakak sekeluarga ke Langkawi, itupun dengan kos sendiri-sendiri. sekurang-kurangnya kakak sempatlah mengumpul duit tambang dan saku...hehehehe.

semoga entri ini dapat dimanfaatkan kepada kawan-kawan diluar sana, tak niat nak menunjuk-nunjuk, sekadar penerangan percuma sepertimana aku dulu yang tercari-cari blogers yang dah pergi kesana.

~Ta ta.














Wednesday, 26 December 2012

NYANYIAN JIWA

Hatiku digamit rindu...rindu pada kenangan silam sewaktu usia baru mengenal apa itu erti cinta. tatkala itu, hatiku sentiasa berbunga-bunga, indah dan mempersona. saban waktu menghitung detik untuk bertemunya meski sekadar berbual dan bergurau senda di petang hari. masih ingatkah kamu kepadaku? atau kamu sedang berbahagia bersama insan tercinta. kamu jua yang memintaku merahsiakannya....

Cinta terlalu mengasyikkan, dunia dirasakan hanya milikku seorang. lebih-lebih lagi jika cinta rahsia yang hanya terbongkar pabila pasangan mula melangkah pergi dari sisi..saat itu, jaminanmu hanyalah satu: kamu akan pulang kesisiku suatu masa kelak. hatiku dirobek sembilu..terlalu pilu.

Akhirnya kamu pulang jua kesisiku, tetapi dengan membawa kenangan manis bersama insan lain. wajarkah begitu? dan kemudiannya aku selalu bermimpikan kamu, memohon kemaafan tak berhenti sedang aku sering menolaknya. kini usia percintaan dalam sepi itu telah mencecah 27 tahun...namun aku masih lagi terjaga dari tidurku dan menangis sambil bertanya dalam hati: mengapa kau tinggalkan aku..

benarlah, bila hati mengasihi dengan setulus hati, kenangannya dibawa sampai mati. nafikanlah, namun aku tahu kamu juga merasakannya.

rasa cinta ini masih tersimpul rapi.

Sunday, 23 December 2012

HIDUP PENUH RANJAU: Bahagian 14


AKU SEBENARNYA MERINDUI KAMU….

4 Januari 2003 – 2.46 pagi

 Yusri duduk termangu dibirai katil. Mengerling kesisi – seorang isteri sedang lena beradu. Dibiarkan sahaja dan dia meneruskan lamunan. Jam di dinding berdetik angka 3 pagi. Mengapa payah benar dia mahu melelapkan mata saat ini. Kotak fikirannya menerawang dan bercabang-cabang tidak tentu hala. Yusri merasakan hatinya kosong. Dia rasa sepi dan kehilangan. Puas dia cuba untuk menepis segala bisikan yang datang tapi akhirnya dia akur...dia rindu kepada Sarah..
             Sarah sahabatku, kekasih dijiwaku..selamat menyambut ulangtahun kelahiranmu yang ke 25 sayang. Maaf aku tiada disisimu kali ini. Mahukah kau memaafkan aku sekali lagi…

5 Januari 2003 – 7.00 pagi
           
Roslan menghubungi Sarah seawal pagi. Sarah sedang bersiap-siap dihadapan cermin soleknya untuk berangkat ke pejabat.
             “Ha..abang. awal telefon hari ini..”
             “Tak suka ke abang call? Abang nak ucap selamat ulangtahun ke 25…apa wish malam tadi? Boleh abang tahu?”
             “Tak ada apa. Tiap-tiap waktu Sarah buat wish. Moga dipanjangkan umur, murah rezeki, diampunkan segala dosa-dosa, diberikan jodoh seorang lelaki yang baik di dunia dan juga di akhirat.”
            “Aminn….”
            “Apa hadiah dari abang untuk Sarah? Kalau adalah..”
            “Rahsia. Abang dah ada depan rumah Sarah ni kita keluar sarapan dulu ok ?”
            “Emm…tunggu sekejap ye. Dah hampir siap ni.”

Pagi ini merupakan pagi yang membahagiakan buat Sarah. Biar hatinya sepi teramat namun sekurang-kurangnya dia gembira di samping Roslan yang pandai menambat hatinya sejak dulu. Roslan menghulurkan kotak bersalut kertas kilat warna biru tua kepada Sarah dan apaila Sarah membukanya, dia melihat seutas rantai tangan yang cantik…sudah tentu mahal.

Roslan meletakkan rantai itu di pergelangan tangan kanan Sarah. Kulit Sarah yang mulus memang sesuai dengan kuning emas. Dia senyum, begitu juga Roslan.
            “Terima kasih bang…beli hadiah yang murah sudahlah. Nanti habis duit abang.”
            “Untuk buah hati abang apa salahnya. Sarah tak nak jadi isteri abang.”
            “Seribu kali abang tanya, sekali je Sarah jawab sudi..”
            “Heh..terbalik pulak.”

Mereka tertawa gembira. Bunga-bunga cinta sudah cukup mekar dan berseri dalam hati.
Di pejabat, Sarah dikejutkan dengan khabar dari kampung. Yusri mencarinya! Bagai tidak percaya dan sekejapan itu juga dadanya bergetar dengan kuat. Untuk apa lagi dia mencariku di sini…ah! Barangkali untuk menyampaikan ucapan Selamat Ulangtahun.
            “Pulanglah ke kampung menemuiku sekali lagi, sekali cuma. Aku terlalu ingin melihat raut wajahmu…pulanglah..”
            Ungkapan itu terlalu berbisa buat Sarah. Hatinya bagai mahu meronta untuk keluar dari dalam dada. Dia sungguh sedih, dia sungguh kecewa tapi apakan daya, kudratnya tiada…
            “Aku tahu aku bersalah, aku berdosa terhadapmu Sarah kekasihku. Jika masih ada ruang dalam hatimu untuk memaafkan aku, berilah peluang itu sebelum aku menutup mata..maafkan aku Sarah.”
            Sarah kuatkan hati. Untuk apa dia menangis lagi. Ditelinganya sekarang ini adalah seorang lelaki yang takut untuk menghadapi kenyataan hidup. Segalanya sudah berakhir, liku-liku jalan antara mereka berdua telah tamat dan masing- masing perlu ada keyakinan untuk meneruskan perjuangan.

Dinihari 6 Januari 2003 – 3.25 pagi
Sarah bermimpikan Yusri, datang menemuinya di sini. Yusri memandangnya dengan penuh perasaan sedih, terharu dan lelaki itu menangis bila merenung Sarah. Sarah cuba melangkah pergi namun kerlingan dari Yusri buatkan langkah Sarah terhenti. Puas dia cuba mencari jalan menghala ke rumahnya tetapi gagal. Sarah sesat ! Yusri masih memandangnya dengan rasa terharu. Jelas di pandangan Sarah bahawa lelaki itu cuba menarik perhatiannya, dirasakan ada air hangat menitis dari pelupuk mata…

Yus, jangan cari aku lagi Yus…aku benarkan kau hidup bahagia di samping orang lain, mengulit batang tubuh wanita lain, mencintainya sepenuh jiwa. Izinkanlah aku pula membina hidup bahagiaku sendiri. Jangan ganggu aku lagi..

 3.30 pagi
Aku terlalu bersalah dan berdosa terhadapmu. Kesilapan ini tak mungkin bisa kau maafkan lagi. Apa yang terdaya adalah memohon keampunan daripada Allah S.W.T., moga aku dipertemukan semula denganmu biar hanya untuk mendengar kalimah maaf itu. Aku terlalu menderita dengan kesilapan aku sendiri. Melepaskan kau pergi adalah kesilapan kedua yang aku lakukan. Maaf bagaimana lagi yang mampu aku sampaikan…Sarah, dengarkanlah rintihan hati abang…andainya dapat kau merasai. Abang izinkan kau merubah jalan hidupmu, moga kau berbahagia dengan sesiapa jua yang sudi menyunting kau menjadi isteri. Kau terlalu bernilai kepadaku sayang…maafkan abang atas segalanya. Pergilah kau mencari kebahagiaan kau sendiri. Abang tetap doakan kau hidup gembira. Abang izinkan….abang restu kehilanganmu sayang…

3.42 pagi
Yus! Yusri!!...................
Sarah tersentak dari lena. Dadanya berombak kencang. Mengigau rupanya dia. Segera dia berlari ke bilik air dan membasuh muka. Rambut Sarah lencun oleh peluh yang berjejeran. Memandang ke dalam cermin, apa yang terlihat adalah bayangan mimpi tadi yang amat menyentuh hati. Sarah terjelepok ke lantai. Menangis semahu-mahunya melepaskan beban dalam jiwa yang sekian lama di tahan-tahan.

Kenapa abang buat Sarah macam ni….abang tidak adil pada Sarah….abang zalim…

ANTARA HATI YANG TERLUKA

Roslan memberanikan diri berdepan dengan Hamizah bagi menyatakan hasrat untuk melamar Sarah. Hamizah gembira dan bersetuju untuk menjadi wakil bagi pihak Roslan, bila persetujuan sudah dicapai, Hamizah mencadangkan agar majlis beradat itu dibuat pada hujung minggu depan.

Keluarga Roslan juga sudah diberitahu. Emak dan ayah Roslan turut merasa gembira dengan keputusan anaknya yang sudah bersedia untuk berumahtangga. Sekian lama ditunggu saat ini, akhirnya Roslan bersetuju untuk mengakhiri zaman bujang. Sekurang-kurangnya hati seorang ibu itu lega, kebimbangannya terubat sudah. Anak bongsu kesayangannya sudah mempunyai calon isteri yang bakal menemaninya di waktu senang dan susah. Harap-harap Sarah berupaya menjadi menantu yang disenangi dan seorang isteri yang setia terhadap Roslan. Dia tak minta apa-apa lagi…

Sewaktu memberitahu Sarah akan rancangan untuk meminangnya, Sarah hanya bersikap dingin. Meski berita tersebut sudahpun dia maklum pada minggu sudah, hatinya masih berbelah bahagi. Itu yang membuatkan hati Roslan sedikit tersinggung. Dia memang bersungguh ingin memperisterikan Sarah. Tidak terniat sedikitpun dalam hatinya untuk mempersiakan gadis itu. Hari ini hatinya benar bingung akan pendirian Sarah yang seolah dalam dilemma untuk menerima dirinya.
“Sarah mesti beritahu abang, kenapa Sarah macam tak bersedia nak menerima abang dalam hidup Sarah…kalau Sarah terus menerus macam ni, abang tak yakin kita akan bahagia.”
            “Abang datanglah ke kampung Sarah, jumpa dengan kakak saudara Sarah. Tapi kalau Sarah tak balik boleh tak?”
            “Macamana pulak…..apa abang nak cerita kat mereka nanti?”
            “Laa..ceritalah apa saja. Sarah terima dan redha asal abang dapat terima Sarah seadanya, janjilah dengan Sarah yang abang tak akan mempersiakan Sarah belakang hari. Sarah bimbang abang akan tinggalkan Sarah jika nanti berlaku apa-apa sedang Sarah dah tak ada tempat nak mengadu kat dunia ni, abang faham kan..”
            “Abang faham…dan abang janji pada Sarah yang abang tak akan berlaku tak adil pada Sarah, jangan bimbang..”
           
13 Januari 2003

Mak Bedah gelisah tidak tentu arah. Dirasakan punggungnya panas yang amat bila mendengar berita tadi. Satu berita yang paling menyakitkan hatinya. Berita yang dibawa oleh Tijah jiran dua belah rumahnya yang suka mengumpat itu benar-benar mengguris tangkai jantung. Dia rasa tidak percaya. Dia tiba-tiba rasa terhina dan tercabar.
            “Betul Bedah..aku tak tipu kau. Aku nampak sendiri dua buah kereta besar berhenti depan rumah si Saripah tu. Katanya rombongan merisik dan meminang untuk si Sarah…untunglah dia ye? Dapat juga kahwin dengan orang kaya. Setakat anak engkau tu apalah yang ada…”
            Telinga Mak Bedah bagai terbakar mendengar keceluparan mulut Tijah. Dia hanya mampu bungkam dan tak berani menjawab lebih. Bimbang petir yang menyambar dari mulut tajam Tijah akan menghanguskan lagi jantungnya yang mula berasap.
            “Dahlah Bedah. Aku nak balik. Karang kalau aku dengar lagi apa-apa berita, aku datang ke mari. Kau jaga aje lah anak kau tu baik-baik. Bukannya apa, takut rantai yang kau bagi tu tak cukup besar. Menjanda la pulak si Intan buah hati kau tu…tak lama lagi kau nak timang cucu, jangan sampai cucu kau tak kenal yang mana satu emaknya..”

Bagai mahu terbang semangat Mak Bedah disindir sedemikian rupa. Bila buku bertemu ruasnya, Mak Bedah terasa amat menyesal memisahkan Yusri dan Sarah. Sedikit demi sedikit dia rasa malu terhadap Yusri dan Sarah. Intan Zulaikha menantu kesayangannya seakan kelam dari pandangan. Tapi wanita itu tidak bersalah dalam soal ini. Kedinginan Yusri terhadapnya buatkan dia selalu bermurung dan tubuhnya makin hari makin susut. Hanya perutnya sahaja yang membusung keluar. Jelas di wajah jelita Intan Zulaikha itu terpamer rasa duka dan sepi teramat. Pun Mak Bedah mengerti…
Yusri juga sudah lama tidak mendekatinya. Dia amat jauh hati dengan sikap anaknya yang seorang itu. Bila anak-anaknya yang lain pulang bercuti, Yusri menyisihkan diri dan kadang-kala sengaja tidur bermalam di rumah mentuanya berhari-hari. Semenjak Yusri berumahtangga, belum pernah dia melihat Yusri ketawa atau senyum. Mak bedah rindu untuk mendengar gurauan Yusri, dia sedar dia bersalah.

Intan Zulaikha mengesot ke sisi Mak Bedah. Dari tadi dia memerhatikan ibu mertuanya itu termenung. Sekejap-sekejap mengeluh. Tentu emak ada masalah ni..
            “Mak..kenapa mak susah hati aje ni.ceritalah kat Intan sikit, mana tahu Intan boleh tolong mak.”
            “Tak ada apa-apa Intan. Kau dah makan?” Mak Bedah sengaja menukar tajuk perbualan. Sebolehnya dia tak mahu Intan kecil hati dengan berita itu tadi. Dia tak mahu menghampakan ibu kepada bakal cucunya.

Intan hanya mengangguk sekali. Dia tahu emak mertuanya tak mahu berkongsi apa-apa dengannya. Jika ada rahsiapun, tak pernah mahu dikongsi bersama. Sebak dada Intan bila kenangkan betapa hatinya teramat sepi dan sengsara dibiarkan oleh suami dan orang tua itu. Sambil mengusap perut yang memboyot, dia sandarkan badan ke dinding.

BAHAGIAKAH AKU SAYANG…
02 Februari 2003 – 3.00 petang

Sarah sudah sah menjadi tunang Roslan. Cincin yang tersarung pada jari manis dipandang berkali-kali tanpa jemu. Akhirnya dia berjaya memiliki kasih yang tidak bebelah bahagi. Satu kucupan hangat singgah di dahi Sarah. Kak Hamizah tersenyum bahagia. Roslan menelefon dari Kuala Lumpur. Nadanya ceria sahaja. Tak sabar dia mahu menantikan Sarah kembali ke sana. Rindunya semakin menggebu…

Sehabis sahaja majlis pertunangan, Sarah menukar baju, hanya berkemeja T dan seluar panjang, dia turun ke dapur membantu apa yang patut. Ramai juga jiran-jiran datang meraikan dan menolong memasak. Hatinya cukup gembira. Entah kenapa, tiba-tiba jantungnya bagai direngut sesuatu. Sarah menoleh ke arah pintu dapur. Dia terlihatkan Yusri sedang asyik memandangnya.

Mulanya dia rasa serba salah, tapi dikuatkan hati untuk bertanya khabar sahabat lama. Sarah mendekati Yusri, Yusri juga bagai teragak-agak untuk menghampiri. Sarah melabuhkan punggung di kerusi makan dan menghidang air kopi panas untuk Yusri. Mereka duduk bersententang. Tiada bicara mahupun kerlingan.
            “Selamat bertunang Sarah….moga kau bahagia..”
            “Terima kasih Yus. Isteri kau macamana?”
“Ada di hospital dengan mak aku. Tengah tunggu masa nak bersalin. Aku datang sebab nak jumpa kau.”
            “Selamat menjadi ayah. Moga kau lebih berbahagia dari aku. Kalau kau dapat anak perempuan, namakanlah seperti nama yang pernah kita pilih dahulu..”
            “Khairunnissa…aku ingat itu. Dan kalau lelaki pulak, aku akan namakan dia Najmi.”
Mereka diam lagi. Tiba-tiba telefon bimbit Yusri berdering. Dia menyambutnya dengan tenang. Sehabis berkata-kata, dia memandang wajah Sarah dalam-dalam.
            “Khairunnissa dah lahir….anak kita Sarah…anak kita. Maafkan abang atas semua kesalahan. Kalau abang mati hari inipun, abang puas hati sebab dah jumpa Sarah. Abang akan sentiasa doakan Sarah hidup gembira bersama Roslan. Abang terpaksa pergi dahulu Sarah, sekurang-kurangnya sejarah kita menjadikan abang lebih dewasa. Abang pergi sayang..”

Sarah tidak memandang wajah Yusri mahupun berkata apa-apa. Dirasakannya saat itu jantungnya telah terhenti berdenyut. Seluruh isi daging dan tulang-temulangnya bagai sudah terbakar hangus. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perasaan yang terawang-awang mencari satu hakikat. Dia tidak mampu untuk menangis…pandangannya sekabur impiannya.
Agak lama juga Sarah terpaku di meja itu. Kakak sepupunya datang menyapa. Dia juga tahu dan amat memahami betapa Sarah terlalu menderita selama ini.
Namun kini dia sudah sah menjadi tunangan orang, apa yang sudah berlaku di belakang hari tak mungkin dapat dikembalikan pada hari ini. Sejarah mereka hanya terdaya dikenang….

AKU YANG MALANG
02 Februari 2003 – 5.00 petang

Mak Bedah dan Yusri berkumpul di dalam wad bersalin. Meskipun naluri lelaki Yusri bukan berada di dalam jiwa seorang suami, tapi pada ketika itu dia merasakan satu getaran yang mendalam terhadap Intan Zulaikha. Tiba-tiba dia rasa amat menyintai isterinya itu, rasa rindu yang mengasyikkan yang tidak pernah dinikmati selama mengahwini Intan. Mungkinkah dia benar-benar sudah jatuh cinta kepada Intan….

Bayi perempuan itu cukup comel. Ciri-ciri kejelitaan Intan terserlah pada raut wajahnya yang kuning langsat. Selesai qamat ,Yusri mendekati Intan dan mengucup dahinya mesra. Ada titis airmata hangat tertumpah di pipi Intan. Sesungguhnya selama ini dia amat mengharapkan kucupan seperti itu…

“Abang, namakanlah anak kita Najmissa . Intan suka nama tu. Semoga abang dapat didik dia dengan sempurna, bentukkanlah anak kita seperti Sarah sahabat abang. Moga Sarah dapat menyayangi Missa seperti anaknya sendiri. Sampaikan ucapan selamat bertunang dari Intan untuk Sarah…”
     Mak Bedah dan Yusri terpukul serta-merta. Perit tangkai jantung Yusri bila mendengar pengakuan tersebut. Dari mana dia mengetahui berita ini…
                 “Intan…kenapa ni..” soal Yusri seraya duduk memangku kepala Intan di birai katil.
            “Intan tak dapat hidup lama bang. Jantung Intan tak dapat diselamatkan lagi…bila-bila masa Intan boleh pergi. Sengaja Intan tak beritahu abang sebab Intan tahu abang tak pernah menyintai Intan seperti hari ini. Intan maafkan abang..maafkan emak…dan maafkan Intan juga..”
            Suasana hening. Yusri merangkul tubuh Intan dan menghamburkan airmata sesalnya. Mak Bedah terduduk di kerusi dan menekup wajah. Dia panik, dia cemas dan ada sejuta resah bertimpa-timpa dengan kesalan.
            “Maafkan abang Intan…”
      “Intan minta maaf….. sebab baca diari abang…Intan dah……. menjalankan tanggungjawab……. Sebagai… seorang isteri……. terhadap abang…kini Intan tinggal…kan……..tanggungjawab…mendidik anak kita kepada abang…Ya….Allah…..Allah………………..”

            “INTAN!!INTAN!!!!!Jangan tinggalkan abang Intan!!!……………”



~haii..sambung lagi la nampaknya. rilex....

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....