hari ni adalah hari terakhir kawanku-Izami Aziz berada di pejabat ini. selepas ni tak adalah hilai ketawanya yang menceriakan dan guruan kasarnya yang menghangatkan suasana. walau dia tu bergurau kasar, namun tak adalah nak kecik ati kalau kita gurau kasar balik dengan dia. bila dia tak ada di pejabat, pejabat ku ini rasa macam dilanggar garuda-senyap dan sunyi. itupun aku paksa Hamidi bukak radio 24jam. akupun boleh jadi demam tak mengilai seharian. bukan apa..kuota membebel untuk aku tak penuhlah satu hari, karang kat rumah terpaksa menghabiskan kuota pada anak dan suami. karang tak pasal-pasal melayang senduk kuali...hahaha.
|
hilangnya seorang kawan yang sama-sama biul |
|
geng meroyan |
kadang-kadang malas nak sayang sesiapa. sebabnya? aku selalu kena tinggal...bukan terlalu bergantung kepada orang lain tapi jenis aku ni kalau berkawan suka telus dan bila dah rapat mulalah sayang macam keluarga sendiri...huhuhuhu..kan dah kena tinggal....nyampah.
mudah-mudahan hubungan baik ini tak akan putus sampai bila-bila. entah-entah bila berjumpa semula ialah pada hari aku langsungkan perkahwinan anak bujangku kot..hahahahahaha..melalut la tu.
kepada Amy, aku doakan kebahagiaan yang kau cari sampai kau berhajat untuk bertukar tempat kerja. manalah tau, dah dok kat PD nanti, ramai pulak askarnya..hohohohohohohho.
|
Gambar pertamaku dan Izami pada awal Januari 2011 sempena dengan Majlis Perpisahan En. Wan Ramli-Setiausaha Bahagian yang bertukar ke bahagian lain. |
No comments:
Post a Comment