“Sarah…Sarah…kenapa
menangis?”
“Oh..tak ada apa puan.”
Dalih Sarah seraya berlalu ke bilik air.
Hamizah memerhatikannya
dengan seribu tanda tanya…………………
29hb. Julai 2002
Yus, kau akan bernikah
esok. Aku pasti kau akan gembira dan berbahagia di samping Intan Zulaikha. Si
cantik manis pilihan ibumu itu pastinya menjadi menantu dan isteri kesayangan
keluarga. Siapalah aku untuk melawan Takdir Tuhan.
.................................................................................................................................
Roslan berdiri di pintu
masuk pejabat Sarah. Hatinya puas jika dapat bersua muka dengan gadis pilihan
hati itu. Sarah banyak mengajarnya erti rindu meski pengertian rindu itu hanya
dia yang merasai dan memahami. Firasatnya agak kuat bahawa Sarah akan membuka
pintu hati hari ini.
“Assalamualaikum..”
“Wa..waalaikumsalam,
nak jumpa puan Mizah ke?” tanya Sarah gugup. Entah mengapa hari ini dia agak
malu mahu bertentang mata dengan pemuda itu. Pemuda yang setiap hari membuat
panggilan kepadanya, pemuda yang sabar melayani karenah acuh tak acuh.
“Tak…hajat saya ke
mari cuma nak bertemu Cik Sarawanija, dia ada?”
selamba saja Roslan bertanya, Sarah sedikit terkesima.
“Jemputlah duduk, saya
ada kerja nak selesaikan, lagi lima minit saya akan jumpa awak di depan tu..” jari Sarah diarahkan ke sudut tetamu yang dimuatkan dengan set
kusyen dan meja kopi. Surat khabar tersusun rapi di rak bawah meja. Roslan
mengangguk dan tersenyum kepada Sarah.
Dari jauh, Hamizah
memerhatikan kelibat adik kesayangannya dengan tenang. Biarlah dia uruskan soal
hidupnya bersendirian, aku akan menyokong sepenuh jiwa dan raga, keputusan itu
milik mutlak Roslan. Pandangannya berkalih kepada Sarah di sudut komputer.
Gadis itu agak serba tak kena, gelisah menyiapkan dokumen yang harus disiapkan
dan perlu pula diserahkan kepadanya selaku ketua kerani pejabat ini. Hatinya
penuh berdoa demi kesejahteraan mereka bersama.
Sarah agak terlewat menemui
Roslan kerana printer yang digunakan tiba-tiba rosak dan memerlukan dia
berkejar ke bilik pegawai lain untuk mengeluarkan dokumen yang telah siap.
Roslan hanya memandang Sarah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Itu
sahaja cukup membuatkan hati Sarah semakin kuat bergetar. Kenapa ya…
“Maaf ya en. Roslan,
saya agak lambat melayani en. Roslan, ada sikit masalah tadi.” Ujar Sarah termalu-malu lalu duduk bersententang dengan pemuda itu.
“Tak mengapa, saya
faham…emm, sekarang dah tak sibuk lagi?”
Sarah menggeleng
perlahan. Ada garis-garis senyum menguntum dibibirnya. Entah mengapa debar
dalam hati masih belum surut. Bilamana menatap mata en. Roslan, Sarah jadi
gugup dan mukanya panas tiba-tiba.
“Saya datang ni nak
ajak cik Sarah minum. Masih sudi?”
“Err..jom, lagipun
saya belum makan apa-apa sejak pagi, rasa lapar pulak, marilah..”
Roslan kaget. Tidak
disangka pelawaan mainan itu jadi kenyataan. Beberapa kali dia menepuk pipinya
ingin tahu adakah itu sekadar ilusi ataupun benar terjadi.
Sarah tertawa kecil dan
pergi ke mejanya mengambil beg sandang. Dia mengerling sejenak kepada Hamizah
yang buat-buat sibuk dimejanya. Sarah menunjukkan isyarat ingin keluar sebentar
dan Hamizah angguk sekali. Tiada reaksi antara mereka meski selepas merpati dua
sejoli kesayanggannya itu hilang dari pandangan, dia menjerit kesukaan.
“Yess!!”
……………………………….
“Apa yang mengubah
fikiran awak hari ni? Selalunya awak tak begitu?..”
Gadis manis ini terdiam.
Mencari alasan paling sesuai bagi diberi kepada pemuda yang agak kacak
dihadapannya. Sebenarnya dia malu…
“Aa..entahlah, bangun
pagi je, saya rasa nak terima awak sebagai sahabat. Tak boleh ke?”
“Bukan..Cuma rasa
terperanjat. Siapa nak tolak pelawaan seorang gadis cantik macam awak, kalau
saya tolak..bodohlah saya.”
“Jangan terlalu memuji
saya. Tak ada apa yang hendak dibanggakan, saya orang biasa.”
“Habis..awak ingat
saya luar biasa?”
“Sekurang-kurangnya
hidup awak dah sempurna.”
“Ya, dengan kehadiran Sarah.
Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya…yang istimewa barangkali.”
“Mungkin, akan saya
pertimbangkan.”
Roslan tersenyum puas.
Begitu juga dengan Sarah. Hari ini persoalannya tentang penerimaan Sarah
terhadapnya sudah terjawab dan dia hanya perlu merancang jalan-jalan
kebahagiaan.
CINTAKAH DIKAU
KEPADAKU
2hb. Januari 2003
Hubungan diantara Sarah
dan Roslan semakin mesra. Roslan juga sudah pandai menuturkan kata-kata puitis
melahirkan kerinduan dihatinya buat seorang gadis pujaan yang setiap hari
dicintai.
Sarah juga demikian. Jauh
disudut hatinya, dia menyimpan angan-angan agar terus dicintai oleh lelaki itu.
Hubungan baik mereka direstui oleh Hamizah dan seluruh keluarganya. Malah ibu
Hamizah turut menumpahkan kasih-sayang terhadap Sarah bagai anaknya sendiri.
Kesempatan itu digunakan oleh Sarah bagi melepaskan kerinduan terhadap aruah
ibu yang telah lama tiada.
Gelak tawa Sarah
menyatakan betapa bahagianya dia kini. Hamizah juga turut mengongsi kebahagiaan
mereka. Dia senang dengan cara Sarah yang pandai membawa diri. Harapannya agar
gadis itu berjaya menjadi adik ipar yang dikasihi seisi keluarga.
Hati Sarah juga tidak
menyangkal bahawa hidupnya kini semakin berubah. Dia lebih merasai erti tenang
dan gembira, malah raut wajahnya semakin bercahaya berbanding dahulu.
Mungkinkah dia telah benar-benar menemui cinta sejati?..
Roslan mengajak Sarah
keluar ke Tasik Titiwangsa petang itu. Ada beberapa kemuskyilan tentang diri Sarah
yang ingin ditanya.
Setelah mengambil tempat di penjuru tasik,
Roslan memberanikan diri bersuara.
“Sarah…boleh
abang tanya sikit?”
“Tanyalah…berapa
banyak pun boleh”
“Err..Sarah
betul-betul sayangkan abang?”
“Kenapa
abang tanya…masih tak percaya lagi?”
“Bukan
tak percaya…abang rasa Sarah ada sembunyikan sesuatu dari abang, tapi tak
tahulah kalau hati abang saja yang rasa begitu.”
“Sarah
tahu abang sayang sangat kat Sarah. Macamana lagi ye nak buktikan pada abang?”
“Betul
ni Sarah tak main-mainkan hati abang?”
“In
sha Allah…Sarah betul-betul ikhlas sayang kat abang.”
“Kalau
macam tu, hujung minggu ni kita balik kampung Sarah nak?”
“Buat apa?”
“Abang nak bawa
rombongan meminang. Kalau lambat nanti, abang melepas..” Roslan memandang tepat ke mata
Sarah yang nampaknya berubah layu tiba-tiba. Sarah
terdiam sejenak. Sukar baginya mahu menjelaskan betapa jiwanya amat terluka
mendengar nama kampung halaman. Nama itu saja cukup membuatkan rindunya yang
telah tertimbus sekian lama segar kembali. Benar dia rindukan kampung, rindukan
segala-galanya yang berhubung dengan semua kenangan di kampung itu. Lebih-lebih
lagi dia terlalu rindukan sahabatnya…bekas kekasihnya…Yusri!
Roslan memerhatikan gelagat Sarah yang
seperti acuh tak acuh saja terhadapnya petang itu. Sekian lama setelah mendung
berlalu, inilah kali pertama dia melihat gadis pujaannya bermurung. Tak sampai
pula dihatinya melihat Sarah demikian. Mungkinkah aku tersilap mengatur
pertanyaan tadi…
“Abang
minta maaf kalau abang tersilap cakap..”
“Abang
betul nak meminang Sarah?..”
Roslan mengangguk. Sarah diam lagi. Sukar
benar mahu meluahkan apa yang selama ini tersimpan di hujung sanubarinya. Sebagai
seorang perempuan yang khuatir kehidupan silamnya menganggu gugat hubungan
mereka yang baru hendak mekar, Sarah rela berdiam diri.
“Kenapa
Sarah asyik diam aje dari tadi, tak seronok ke keluar dengan abang hari ini?”
“Seronok…kalau
boleh nak selalu dengan abang. Tapi macamana ye nak terangkan pada abang..”
“Sarah
ada masalah menerima lamaran abang?”
“Emm..”
Jawapan Sarah membuatkan hati Roslan
berdegup kencang. Dia sudah ada boyfriendkah?..apakah aku hanya sandaran
pada dia…
“Abang
jangan sangka yang bukan-bukan, Sarah tak ada orang lain lah.” Roslan tersipu-sipu malu dengan jawapan Sarah. Dia tahu pulak
apa yang aku fikir.
“Habis
tu…apa pula masalahnya.”
“Siapa
wakil yang nak terima rombongan abang di kampung?”
“Mak
saudara Sarah lah…kan Sarah ada mak saudara.”
“Dah
lama meninggal bang…”
“Oh..abang
minta maaf, kenapa Sarah tak cakap dengan abang”
“Tak
tanya” Roslan terkesima kerana malu sendiri. Sarah menyambung
kembali diamnya. Lama. Kemudian Sarah
mendongak ke langit dan mengeluh.
“Kalau
ada aruah emak dan ayah kan elok..beginilah, apakata kalau keluarga abang
berjumpa dengan kakak sepupu Sarah. Mungkin dia boleh membantu..barangkali…”
“Elok
juga..jom abang hantar Sarah balik, dah lambat ni. Nanti Kak Mizah risau
pulak.”
.............................................................................................................................
5 Januari 2003 – 6.05 pagi
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 25
…..aku menyambutnya sendirian.. Waktu subuh kuhabiskan dengan membaca Al-Quran
dan Surah Yassin. Aku merasa teramat sepi, hati ini bagai sudah tiada isinya
lagi. Ingin sekali menangis, namun yang terzahir hanyalah keluhan demi keluhan
yang tiada berkesudahan.
Yus…mengapa terlalu sukar untuk aku
membuang rindu ini kepadamu….
~bersambung....jadi ke tak mereka bertunang ye? tunggguuuu
No comments:
Post a Comment