Sunday 26 May 2013

AKU...

Salam semua rakan-rakan blogers. lama dah tak masukkan entri, bukan tak ada bahan cuma masa tak berapa nak ada. sibuk dengan tugasan di pejabat dan urusan dirumah yang tak pernah berhenti. hari ni mak mertua dah pindah ke rumah anak dia yang bongsu so aku rasa sedikit bebas dan lapang kepala otak sebab tak perlu rushing balik rumah lepas waktu pejabat untuk memasak atau panaskan makanan atau do something else supaya nampak aku ni rajin bebenor lah..SANGATTTT..hehehehehehe, iyalah, mak mertua is tetap mak mertua. semenjak dia duduk berpindah randah dari satu anak ke satu anak yang lain, masing-masing dah merasa bagaimana rasanya menjaga orang tua yang seakan sudah kembali kepada perangai anak-anak...kalau anak sendiri bolelah kita nak marah bila buat silap tapi kalau mak?...sabar saja lah menahan dalam hati. mungkin suatu masa kelak kitapun akan begitu juga jika panjang umur dan terpaksa menyusahkan pula anak-anak. membela orang tua ni hanya ada 2 perkara sahaja- samada masuk syurga atau terus tercampak masuk neraka. hanya istigfar dan ingatkan Allah SWT yang mampu menyelamatkan keadaan. mak mertua pula jenis panas baran dan bila dia dah kurang berupaya untuk bergerak lancar, maka dia melancarkan pula roket-roket maut dari mulutnya jika anginnya tak baik. kadang-kadang aku geli hati pula bila dia mula marah-marah andai hasrat hatinya tak kesampaian. mak oh mak...sebagai menantu perempuan, aku lebih terasa parahnya kerana menantu ni adalah tempat melepaskan geram. hurmmmm...kalau bloggers di luar sana faham maksud saya.....

Mak marah bila abang keluar tak beritahunya sedangkan aku ni pun tak pernah abang nak beritahu kemana dia melangkah pergi. yang aku tahu nanti dia baliklah..sebab dah 10 tahun cuba bertanya namun setiap kali itu jugalah perangainya so aku biar aje lah. mak marah-marah bila aiman lambat mandi dan sebaik saja aiman masuk bilik air, time tu jugalah dia marah-marah suruh cepat keluar sebab dia nak masuk bilik air juga. mak marah-marah dan jengkel bila aku buka tv saluran orang putih, dah tak ada citer melayu ke?...sindirnya. dan bila aku buka cerita melayu, dia tak mahu tengok pula. mak selalu marah-marah bila abang cuba tukar siaran tv kegemarannya saat iklan berlangsung. dan aiman selalu menjawab cakap-cakap mak kerana dia tak puas hati dengan sikap neneknya yang selalu mempertikaikan kelakuannya. aku sebagai menantu, isteri dan ibu amatlah rasa tertekan bila benda-benda tersebut berlaku..dan aku tak boleh marah pula bila aku bau hancing satu rumah...habis sofa, kerusi makan, kerusi jati dan karpet di dapur berbau dek kencingnya. tapi aku masih tak marahkan mak......cuma mohon pengertiannya dan jangan bawa ceritaku ke rumah yang lain.

KEPADA SUAMIKU, ku pohon pengertian abang agar menjadi tulang belakangku jika masih terdapat kata-kata kejian yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang kamu anggap saudara. aku tahu aku ini bukan sesempurna mana dan penuh dengan kejahilan maka sama-samalah kita harungi hidup berumahtangga dengan acuan kita sendiri dan tetap teguh menjaga satu sama lain hingga akhir hayat.

amin.


No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....