Wednesday, 7 March 2012

CASTLEVILLE


haa...inilah avatar kegemaran aku sekarang! dari kiri :  Sonja,izadora, yvette, mama mia. tiap hari mesti nak jenguk walau sekejap (iye keeee)..aku memang gemar main game ni sebab ia berwarna-warni, grafiknya cantik dan theme music nya menawan..terkenang zaman kanak-kanak, suka sangat main katun serupa dengan avatar di atas. main tukar-tukar baju, hand beg dan pelbagai situasi. sampai koyak-koyak bendalah tu, gam balik dan main lagi bersama kawan-kawan. seronok sangat. kalau di rumah, habis semua tugasan, aku lepak kat penjuru dan mula asyik dengan game ini. nak kata aku mereng?..suka hati lah..abang? lama dah lelap, kul 9 malam je dah terlelap. aku pulak jenis burung hantu ( hahahahaha ), kalau tak jam 1 pagi, mata tak boleh nak lelap, so kadang-kadang tangan dok galit notebook, mata dok sibuk intai-intai tv..manalah duit api tak naik!

Tuesday, 6 March 2012

GILA SABUN!

bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak dedahkan kelemahan diri, sekadar kongsi rasa apa yang aku suka dengan kamu semua. jangan tak tahu..aku ni dah kesawan SABUN agaknya..sebab suka kumpul koleksi sabun basuh baju, sabun badan, segala sabun mak nenek. kalau beli sabun macam tak ingat diri. aku memang suka bau sabun, dan aku memang suka beli sabun banyak-banyak. kalau sabun buku, aku suka main buihnya dan jirus keliling bilik air. laki aku sampai jemu nak cakap..biarlah. yang habis duit dia ( katanya..). tapi masa mak aku datang ke rumah, hehehehehehe..dia pulak yang tolong cuci bilik air aku, mak kata-dia memang suka cuci bilik air!..pulak dah..( anyway thanks mak sebab bilik air akak bersinar2..) dosa je aku ni!!

aku rasa macam nak kunyah2 sabun yang baunya harum semerbak. tak tahulah kenapa, mereng dah aku ni. time aku baik dgn bos yang sorang tu, dia siap offer nak beli sabun kalau aku nak kirim. apalagi, aku suruh dia beli sabun offer tu 2 kotak tapi dia balik dia beli 3 kotak..amik kau.

belum habis 3 kotak ni, aku dah beli lagi 2 kotak waktu gaji bulan lepas, laki aku nak meradang tapi aku buat tak dengar saja. berhenti di rak sabun buku, aku pilih 5 buku sabun Dobi warna putih ( sebab sangat harum dan sedikit lembut-senang nak dapatkan buih berbanding sabun Fab). dia tanya nak buat apa beli banyak2, aku bilang-seminggu aku perlukan 1 buku untuk diri sendiri. dia geleng kepala dan arrrgggghh..lalu jalan pergi.

terkini kan ada sabun Fab Lavender? so aku diam-diam isi satu pek dalam troli. malam ni nak cuba cuci baju dengannya, mana tahu boleh harum semerbak satu apartment..hahahahha..anak aku dah tahu dah, kalau aku minta tolong dia bubuh sabun dalam mesin basuh-mesti ibu nak 2 scoop kan?..pandaiii..memang aku ni boros, patut gaji 5 juta pun tak cukup..hehehehhe rupiah daaa

Marshmellow

Dah lama aku mengidam nak makan marshmellow HALAL. cari punya cari, terjumpa tempat yang buat marshmellow ni kat pekan semenyih. aku usaha cari sampai jumpa tuan punya kedai tu. dia buat kat rumah aje, adik lelakinya yang buat dan dia jadi agent hantar seluruh negara. alhamdulillah kini tak ragu-ragu lagi nak makan marshmellow, tak yah beli kat pasaraya, oder saja di situ, senang.

kepada sesiapa yang terbaca artikel ni, silalah telefon akak ni: 
019-3333821 atau ke laman web gula-gula marshmellow. 1kg = rm50.00. sedap dan pelbagai rasa serta bentuk. 

**sekadar share sesama muslim.

LAGI-LAGI RINDU

memang..memang aku sedang rindu. dan aku pasti, tersangat pasti, mesti mak johor yang rindukan aku. aku juga begitu kerana setiap malam pasti aku bermimpi bertemu mak...aku saja tak mahu telefon mak sebab nanti aku mesti menangis, inipun dah mengalir airmata, jatuh berderai-derai tak disangka2. menyebut namanya sahaja aku dah pilu-itu mak orang lain...rasa segan pula hendak berlebih2an.

badan saja besar membulat tapi hati goyang macam agar2...aku takut aku dilanda stress..mungkin juga. pagi tadi aku menasihati suami supaya rendahkan volume bila cakap dengan maknya. dia kata bukan sengaja, bukan marah tapi nak cakap slow takut dia tak dengar..entahlah. bila memiliki, semua rasa macam tak sedar diri. nantilah, kalau mak dah tak ada, mesti abang menangis setiap malam sampai bila2. bukan nak ajar suami, cuma saling mengingatkan supaya merendahkan diri dan ego kala berdepan dengan mak, biarlah kita yang salah sentiasa, menangkan saja mak. itu pesanku setiap hari kepada abang dan aiman. sebab itu mak serasi duduk lama di rumah kami. alhamdulillah..selagi terdaya, kugagahkan juga melayan karenah mak. bukan nak mintak apa pun mak tu, sekadar makan minumnya dan tv astro Oasis nya terjaga...hehehehe..kesian mak, kalaulah aku mampu, aku upahkan seorang ustazah datang ke rumah setiap hari untuk ajar mak tentang ilmu agama kerana mak pernah bilang kepadaku yang dia dah tak berupaya ulang alik ke masjid di kampungnya, tak daya nak jalan kaki belajar agama. iyalah, nak harapkan anak2 datang mengambil, menunggu dan menghantar balik rumah, semua ada urusan sendiri. aku faham sangat kehendak dia tapi kami pun...( mungkin tunggu SBPA ni kuar) hahahaha...Insyallah..kalau ada rezeki dan kalau ada ustazah berkelapangan. dulu sewaktu abang membesar, semua keperluannya mak bereskan, kini bila mak dah tua dan anak2 dah bekerja, kenapa keperluan mak langsung tak ada siapa nak tanya??..itulah hakikat anak dan ibubapa hari ini kan? dulu mak sanggup ikat perut untuk bagi kita makan, tapi kenapa sekarang kita tetap dulukan perut kita dari mak? kenapa? sebab fikir perut mak dah tua, tak payah makan itu ini?

lagi satu, bila anak kita cakap kurang ajar dengan mak kita, kenapa ada antara kita yang langsung tak marah anak kita? nanti bila kita dah tua, kita juga dapat kesan begitu oleh anak cucu kita..insaflah.

**sekadar renungan untuk hari ini sebab saya sayang mak.

Monday, 5 March 2012

WANITA DI MATAKU

Aku memang rindukan mak dan aku sayang juga kepada ayah. tapi kerana antara ayah dan aku kurang mesra, jadi kehilangannya tak kurasakan. bukan kejam tapi sudah berpuluh tahun aku membesar tanpa kasih seorang ayah. dan kalaulah ayahku waras seperti insan lain, sanggup tinggal bersama kakak, aku yakin pemergiannya aku tangisi. aku sedar pengorbanannya membesarkan aku tapi jiwaku dihantui kenangan2 pahit sewaktu membesar bersama mereka. kesusahan menjalani kehidupan sehingga usia remaja menjadikan aku tak sabar-sabar mahu keluar dari sarang kemiskinan. aku rindukan mak, sangat rindu tapi jarang dapat bermimpi bertemunya. namun 2 malam selepas ayah meninggal, aku bermimpi ayah datang mengucup dahiku dan kemudian berjumpa mak namun mereka tidak bertegur sapa. aku lihat mak sudah bahagia dan ayah juga kembali jadi muda dan bergaya. rumah mak tiba-tiba jadi besar dan indah. apa makna mimpi tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

kini aku hanya memandang kepada mak mentua dan seorang ibu angkat. kedua2nya aku kasih cuma aku tak tahu bagaimana hendak menyatakan perasaan kasih serta rindu seorang anak perempuan kepada emaknya bila berhadapan dengan mak mentua. sebab dia tidak mengajar anak2nya mencurahkan kasih sayang secara begitu, amat berbeza dengan mak angkatku. mungkin pada mak mentua, kasih sayang adalah tanggungjawab yang harus dipikul dan diharungi, bukan diucapkan, tapi mak angkatku memberiku kasih sayang bagaimana aruah mak pernah lakukan, iaitu dengan kucupan, ucapan, belaian dan kadang2..cubitan! aku kedengarannya amat kompleks, semua mahu dipamerkan namun padaku, apa lagi yang tinggal dalam perasaan selain merangsangnya dengan satu ucapan dan sentuhan. mak mentua datang tinggal di rumahku hampir 3 minggu dan aku tak kisah dengan itu namun aku merasakan keganjilan melanda kerana aku tak mampu untuk baring di ribanya, mengusap dadanya, memintal rambutnya, menggigit-gigit manja jari jemarinya seperti aruah mak kerana mak bukan begitu! hatta aku ingin menciumnya juga dia tak mahu....mak oh mak...hatiku bersarang dengan kerinduan namun kamu terlalu jauh dariku. kerana mak mentua tak biasa diperlakukan demikian ( aku rasa dia tak suka kot), maka suamiku juga terikut2 begitu. abang tak reti nak bermanja2 dengan aku, abang tak tahu ertikata bergurau senda di hadapan anak. dan rumahku sebenarnya kurasakan terlalu sepi jika tidak dibantu oleh teriakan tv! aku sepi..aku sepi..aku sepi..dan akhirnya anakku jadi mangsa jeritan yang tak berkesudahan. aku rasa ingin sangat menjerit, ingin sangat lontarkan vokal dari dalam hati supaya ianya tak mengganggu tidurku di malam hari.

Aku masih rindukan mak, seorang wanita yang sangat bekerja keras untuk menyekolahkan aku dan aku juga berjaya membiyai kos perubatannya sepanjang tempoh 2 tahun dia menderita. aku bangga dikurniakan rezeki yang sedikit tapi mampu menyaranya. alhamdulillah, berkat dari Allah SWT. tapi aku rindu untuk membelikannya pakaian baru, selendang cantik, kasut cantik, beg tangan fesyen terkini ( biarpun cap pasar malam) dan menjamunya dengan makanan enak yang mungkin tak pernah dirasainya sebelum ini. tapi apakan daya, aku hanya mampu mengirimkannya doa setiap lepas solat 5 waktu, dengan harapan Allah SWT akan mengirimkannya hidangan paling lazat dari syurga Firdaus. Antara kesalanku ialah aku pernah tinggalkan aruah mak di stesen teksi seorang diri sementara teksi tersebut penuh menuju kampung-kerana perutku sakit hendak ke tandas. selepas urusanku selesai, sepatutnya aku menjenguk mak di stesen tersebut tapi entah kenapa aku terus naik bas balik ke rumah sewa. akal bodohku mengatakan tentu emak dah naik teksi tapi rupanya cerita sebenar sewaktu aku pulang ke kampung sebulan kemudian: mak bercerita yang dirinya seorang diri terkontang kanting dalam stesen itu hingga petang tanpa makan, hanya minum air suam dari termosnya, teksi yang kami booking tiada langsung penumpang tapi pemandu itu kebetulannya hendak balik ke kampungnya, maka mak dibawa pulang bersama hingga selamat tiba di rumah mak di kampung...aku sedih dan bersalah yang amat sangat, kenapa aku bodoh berbuat demikian hah....bodohnya aku..dosa aku buat macam itu dengan mak..dan mujur Allah gerakkan hatiku memohon kemaafan dari mak sebelum aku pulang ke rumah sewa semula. mak juga meminta maaf dariku jika sepanjang hidupnya dia menyusahkan aku..mak oh mak...kaulah ratu hatiku mak, aku yang bersalah maka maafkanlah aku. seminggu kemudiannya, mak meninggal dunia...namun sampai hari ini, aku masih merasakan hangat tubuhnya memelukku, mencium pipiku, mencubit pehaku jika aku nakal dan...aku hiba bila teringatkan mak depangkan kedua belah tangannnya sambil berjalan di jalan besar untuk menyambut kepulangan aku dari rantau..dari jauh kami sudah memanggil-manggil dan aku mempercepatkan langkah dengan beban beg pakaian yang berat diisi ole-ole untuk mak. letih berjalan satu batu dari jalan besar bagai tak terasakan bila nampak kelibat mak keluar dari arah rumah kami yang kecil itu. mak memang sangat sayangkan aku!

sebab itu, selepas pemergian mak, aku bagai tak mampu untuk pulang ke kampung..

Itulah erti kasih sayang wanita bernama MAK yang aku maksudkan, biar kurang makan atau kurang harta benda, tapi tersangat lebih dalam belaian kasih sayang kerana kasih itulah yang menegakkan umbi kemakmuran jiwaku, selalu merendahkan diri serta ingat asal usul. kini genap 16 tahun mak pergi, namun bayangan mak masih teguh berada di mata dan hatiku. Amin.

Friday, 30 September 2011

STANZA CINTA

bertemu lagi kali ini setelah lama menyepikan diri. aku jatuh sakit, banyak kerja, cuti raya dan berkursus. dan sekarang ini aku juga sedang sakit, namun terdetik dalam hati untuk menulis, maka aku gagahkan juga membuka blog untuk tatapan semua yg kukenali.

esok ulangtahun kelahiran suamiku yg ke 51, aku berseloroh kepadanya tadi yang aku berkahwin dengan seorang 'pak cik'....hehhehehe. abang cuma tersenyum sinis. namun aku sayang kepadanya. aku sayangkan dia seperti seorang kawan, abang, kekasih dan last sekali barulah suami. bukan tak hormat, tp dah suami kan?..ianya tersemadi dalam hati. kita menerima pasangan kita seadanya sepertimana dia dapat menerimaku sepertinya, seorang yg gemoks, tak cun, tak kaya, tak ternama, bukan artis..hehhehe, tak berjawatan tinggi dan perangai tak senonoh-katanya..hehhehehe. bukan tak senonoh macamana, aku ni jenis manja yg kasar. kalau nak manja2 dgn abang tp dia buat 'dekkk' aje, mestilah aku marah. lepas tu mesti aku hempap dia dengan badanku yg seberat 2 guni beras. dah puas terjerit2, barulah aku surender. tapi abang tak marah, malah itulah kerinduannnya bila aku pergi berkursus. aku memang jenis yg suka meninggalkan 'kesan' terhadap emosi seseorang. hahhahahaa..kelas kau lola.

kerja pula, adalah medan cari makan, cari rezeki yg  halal untuk dibawa pulang dan dikongsi anak dan suami. dan aku gembira bekerja disitu, dikelilingi ramai sahabat dan bos2 juga bersikap baik. apalagi yg diharapkan bukan?..masalah gangguan emosi ?..siapa yg tak buat silap..tetapi terimanya dengan rendah diri, rendah hati, bersikap terbuka serta memaafkan. akan nampak diri siapa yang lebih matang dalam menangani masalah. hidup berkelana di perantauan, jangan bersikap terlalu keanak-anakkan dan mementingkan diri. aku sebagai kakak amat risau jika bekerja sebumbung namun bertikam sesama sendiri. marilah buang yang keruh, ambil yang jernih. tak rugi jika saling bermaafan dan mengenali hati budi masing2. setiap dari kita mempunyai masalah hidup, maka silalah ambil tahu serba sedikit permasalahan orang, jika tak mampu membantu dari segi wang ringgit dan kudrat, bantulah dari segi emosi pula. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. hari ini kita berbuat  baik, hari esok nescaya akan dibalas berlipat kali ganda. dengarlah kata2ku ini wahai semua sahabat2.

~Lola.






Wednesday, 3 August 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Aku gembira dengan kedatangan bulan yang satu ini, melebihi kegembiraan meraikannya di Aidil Fitri. kerana aku merasakan pada bulan itu, aku sangat dekat dengan Allah SWT. aku dapat merasakan, hatiku disagat sayu dan kepiluan apabila berzikir kepadaNya. Bukan kepada aku sahaja malah kepada serata muslimin dan muslimat seluruh dunia. namun bagiku, tiada yang lebih menghibakan selain memanjatkan doa kepadaNya untuk aruah ibu tercinta-Siti Khalimah'tus Saadiah bt. Abd. Hamid yang telah pergi meninggalkan aku pada 16 Januari 1996-selepas aku menyambut ulang tahun kelahiran ke 23..seorang aku yang terlalu muda dan belum puas dengan kasih-sayang seorang ibu. kepada ibu, walau ibu telah pergi, aku tetap menyayangimu dan kini aku terlalu rindukan ibu. 15 tahun berlalu namun aku masih mengogoi menangisi pemergianmu. masih terbayang minggu pertama ibu pergi, aku bermimpikan ibu datang memelukku menyatakan rindunya kepadaku. bahkan, saat aku terjaga dari tidur, dakapan itu masih hangat terasa...aku sayang ibu, aku sangat cintakan ibu. biarlah ibuku itu miskin, namun dia telah membesarkan aku dengan caranya, semampunya. jika aku ceritakan kepada kamu, kamu akan menggeleng tidak percaya.

hari-hari bersama ibu sewaktu hayatnya, tiada yang semanis kenangan apabila tiap kali aku balik ke kampung di hari-hari cutiku, dia akan menyusuri jalan untuk menyambutku. dari jauh aku sudah melihat kelibatnya dan dia akan depangkan kedua belah tangan agar aku berlari kepadanya dan memeluk dia. ibu akan mencium pipiku sepuasnya..dapatkah kamu bayangkan bagaimana aku melawan kenangan itu. sampai aku tak mampu untuk balik ke kampung kerana bayangan tersebut. dan aku masih ingat, hari-hari terakhir beliau, ibu memakai pakaian yang aku belikan, warna biru kundang. kata mak cik-itulah pakaian yang dia minta dipakaikan sewaktu di hospital.

bila ibu sudah dibawa balik ke rumah, aku menemaninya setiap saat. hari aku hendak pulang semula ke johor bahru utuk meneruskan kerja, aku tergerak untuk memohon maaf dari ibu. namun kamu tau apakah jawapan ibu untukku?..bahawa dia bersyukur mempunyai anak perempuan sepertiku, yang berusaha menyaranya dan membelikan ubat, dan aku tidak berhutang dosa kepadanya walau sekuman pun, dan dia minta aku berjanji..wahai intan, sayang kasih payung mak, jika kau balik mak dah tak ada, berjanji tak akan menangis ye sayang..: kata-kata apakah itu?..aku sungguh tidak menyangka ibu sudah tahu dia akan pergi tanpa sempat aku melihatnya buat kali terakhir..ibu, ibulah kesayanganku. semoga roh ibu tenteram di sana, dan aku selalu doakan ibu akan masuk ke syurga. amin.

dan sejak itu, aku tak segembira orang lain untuk menyambut aidil fitri..sampailah sekarang. kerana tak mampu menghadapi saat demi saat hidup dalam bayangan aruah ibu. hatiku jadi sakit, bergumpal sejuta rasa dalam jiwa, aku seperti marah pada diri sendiri hingga habis satu rumah aku naik angin. maafkan aku suamiku, maafkan ibu anakku dan maafkan aku mak mertuaku kerana aku lebih banyak berdiam diri kebelakangan ini. sebenarnya aku melawan rasa sayu yang teramat dalam hati ini. jika diikutkan, rasanya sepanjang hari aku boleh menangis tapi aku sudah dewasa, tak wajar terlalu kerap menumpang bahu orang lain. biarlah aku dengan duniaku sendiri, biarlah pedih ini aku kongsi dengan Tuhan. sekurang-kurangnya Dia membalasnya dengan ketenangan.

Aminn..


HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....