Sunday, 24 November 2013

Aku kembali semula!!..

Assalamualaikum w.b.h diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger. lama dah menyepikan diri, bukan dah tak sayang blog kecil ini tetapi tuan rumah tak berapa nak sihat walau orangnya mmmm..lebih dari sihat. bila badan lesu dan tak cergas, maka kurang lah idea datang menyerah. lagipun aku dah 3 bulan direct keje 7 hari seminggu!..kemudian flat 1 hari, kemudian terus gagahkan diri masuk pejabat. sekali pikir macam org gila, 2 kali pikir..masyukkkkkkk...alhamdulillah. lagipun mr hubby tak kisah malah berikan galakkan dengan turun membantu tugas aku dipejabat. diulangi-membantu tugasan aku di pejabat. ehem..ehem...maksudnya duit obertime aku tu dialah yang punyeeee..

aku ni memang keje dalam pejabat tapi ditugaskan menyelia stor utama. bilik stor tu memang lah tak besar tapi jenuh jugalah nak kemaskini tiap2 hari. Allah SWT memberikan aku seorang suami yang terlalu baik untukku. Alhamdulillah..syukur aku kepadaMu. dialah menjadi tulang belakang aku sejak 3 bulan yang lepas. sama-sama membantu aku mengemas bilik stor aku, mengangkat, membuka, memunggah dan segala2nya yang difikirkan perlu dibuat. kalau harapkan aku, memang menangis kat tepi pintu tu...

kerja-kerja memunggah keluar semua barang-barang dalam stor utama berlangsung selama sebulan ( 4 kali sabtu dan ahad ), kemudian sebulan lagi kerja-kerja memunggah masuk setelah mobile cabinet siap dipasang. kini kerja-kerja kemaskini sedang berjalan sebelum awal tahun depan untuk auditan pula. perghhh...macam nak pengsan!..demam jugalah mr hubby tu. kesian laki aku..hehehe





Pendek kata, lapang dada aku ada pembantu berbayar ni. dia jugalah yang buat benda tu sorang-sorang dan aku hanya membantu perkara yang ringan-ringan sahaja. kini pejabatku dah berwajah cantik, lebih kemas dan teratur. aku cuma perlu touch-up sedikit lagi sebelum pemeriksaan dijalankan pada bulan hadapan.

Aku ucapkan terima kasih kepada suamiku tercinta atas bantuan yang kau hulurkan . soal duit tu perkara kedua bagiku, aku tak merasa pun tak mengapa. semua aku serahkan kepada mr hubby sebab jika ditanganku akan habis juga buat membeli perkara-perkara yang tak perlu. sekurang-kurangnya mr hubby boleh mengawal perbelanjaan dan diguna untuk keluarga. Alhamdulillah, hasil kerja lebih masa bulan pertama dapatlah mengganti timing belt kereta yang dah sampai masanya untuk diganti baru. itulah namanya rezeki dari Allah...sebelum itu tertanya-tanya jugalah macamana nak cari duit untuk ganti timing belt yang harganya mencecah rm600.00...

cukup sampai disini dulu ye kawan-kawan, esok kita bersidang lagi jika diizinkan Allah...hari ni hari menuai padi, maka otak penuh dengan senarai barang-barang yang nak dibeli untuk stok November-Disember ( walhal stok seminggu jerrr )..hehehehe..

Sunday, 18 August 2013

RAYA 2013..YANG PENUH UJIAN

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger di luar sana. agak lama tidak bersiaran kerana kesuntukkan masa dalam urusan seharian dan alhamdulillah, kini aku dah mampu berblog dari rumah kerana dah memiliki Samsung Galaxy Tab 3 yang kuimpikan-hadiah istimewa dari hubby sempena hari raya dan berkat jualan coklat dan lemang ituhari.

namun lebaran kali ini kusambut sederhana sahaja dan percaya tak..aku baru saja beraya ke 2 buah rumah! dalam hati cuma Allah saja yang tahu. mungkin selepas lebaran ini aku akan mula mengatur langkah ke destinasi menarik sebagai saguhati tak dapat beraya seperti selalu..kemana ye?..hurmmm..aku ingin sekali ke Langkawi, bermalam disana dan membeli belah di kedai-kedai coklat yang mencuri hati. tak kan nak shopping pinggan mangkuk kot..leceh la nak bawak balik. beli pinggan mahal-mahal pun, time raya guna pinggan polyesterin juga..hampeh.

korang tengok la gambar kami sekeluarga yang cuma dapat snap 2-3 keping je, langsung tak bersemangat, hanya tuan badannya je yang terlebih 'semangat'. apa pun tak boleh...


mood vintage

ceria tak kak tonnnnnn?..

Sunday, 30 June 2013

Ku titip rindumu

Kebarangkalian untuk mendengar khabarmu adalah sesuatu yang amat mustahil. bukan aku gentar bahkan bukan jua tak teringinkan. cuma aku sedaya upayanya mengusir ingatan rindu dan kenangan kita agar tidak membentengi kehidupanku...namun rupanya aku tewas..maafkan aku atas ingatan ini. mungkin diambang kemunculan Ramadhan pada tahun ini, kamu hadir dalam mimpi-mimpiku dan biasan itu seolah kamu memberikan aku cintamu yang sudah terlalu lama kunantikan. aku terkesima dan hangat pelukanmu masih terasa hingga kini. mungkin aku yang terlalu merinduimu hingga tidak menyedari kamu sudah meninggalkan aku sendirian. salam Ramadhan kuucapkan, semoga kita dapat bertemu biar seketika pada Syawal kelak kerana ikatan persaudaraan ini tidak akan lenyap hingga akhir hayat.

dariku yang merindu.

Sunday, 26 May 2013

AKU...

Salam semua rakan-rakan blogers. lama dah tak masukkan entri, bukan tak ada bahan cuma masa tak berapa nak ada. sibuk dengan tugasan di pejabat dan urusan dirumah yang tak pernah berhenti. hari ni mak mertua dah pindah ke rumah anak dia yang bongsu so aku rasa sedikit bebas dan lapang kepala otak sebab tak perlu rushing balik rumah lepas waktu pejabat untuk memasak atau panaskan makanan atau do something else supaya nampak aku ni rajin bebenor lah..SANGATTTT..hehehehehehe, iyalah, mak mertua is tetap mak mertua. semenjak dia duduk berpindah randah dari satu anak ke satu anak yang lain, masing-masing dah merasa bagaimana rasanya menjaga orang tua yang seakan sudah kembali kepada perangai anak-anak...kalau anak sendiri bolelah kita nak marah bila buat silap tapi kalau mak?...sabar saja lah menahan dalam hati. mungkin suatu masa kelak kitapun akan begitu juga jika panjang umur dan terpaksa menyusahkan pula anak-anak. membela orang tua ni hanya ada 2 perkara sahaja- samada masuk syurga atau terus tercampak masuk neraka. hanya istigfar dan ingatkan Allah SWT yang mampu menyelamatkan keadaan. mak mertua pula jenis panas baran dan bila dia dah kurang berupaya untuk bergerak lancar, maka dia melancarkan pula roket-roket maut dari mulutnya jika anginnya tak baik. kadang-kadang aku geli hati pula bila dia mula marah-marah andai hasrat hatinya tak kesampaian. mak oh mak...sebagai menantu perempuan, aku lebih terasa parahnya kerana menantu ni adalah tempat melepaskan geram. hurmmmm...kalau bloggers di luar sana faham maksud saya.....

Mak marah bila abang keluar tak beritahunya sedangkan aku ni pun tak pernah abang nak beritahu kemana dia melangkah pergi. yang aku tahu nanti dia baliklah..sebab dah 10 tahun cuba bertanya namun setiap kali itu jugalah perangainya so aku biar aje lah. mak marah-marah bila aiman lambat mandi dan sebaik saja aiman masuk bilik air, time tu jugalah dia marah-marah suruh cepat keluar sebab dia nak masuk bilik air juga. mak marah-marah dan jengkel bila aku buka tv saluran orang putih, dah tak ada citer melayu ke?...sindirnya. dan bila aku buka cerita melayu, dia tak mahu tengok pula. mak selalu marah-marah bila abang cuba tukar siaran tv kegemarannya saat iklan berlangsung. dan aiman selalu menjawab cakap-cakap mak kerana dia tak puas hati dengan sikap neneknya yang selalu mempertikaikan kelakuannya. aku sebagai menantu, isteri dan ibu amatlah rasa tertekan bila benda-benda tersebut berlaku..dan aku tak boleh marah pula bila aku bau hancing satu rumah...habis sofa, kerusi makan, kerusi jati dan karpet di dapur berbau dek kencingnya. tapi aku masih tak marahkan mak......cuma mohon pengertiannya dan jangan bawa ceritaku ke rumah yang lain.

KEPADA SUAMIKU, ku pohon pengertian abang agar menjadi tulang belakangku jika masih terdapat kata-kata kejian yang dilemparkan oleh mereka-mereka yang kamu anggap saudara. aku tahu aku ini bukan sesempurna mana dan penuh dengan kejahilan maka sama-samalah kita harungi hidup berumahtangga dengan acuan kita sendiri dan tetap teguh menjaga satu sama lain hingga akhir hayat.

amin.


Wednesday, 15 May 2013

10 TAHUN SUDAH...

Macam tak percaya je usia perkahwinan kami dah menginjak angka 10. Bersama-samanya juga telah bertambahlah usia aku dan abang. Banyak dugaan dalam melayari bahtera rumahtangga kami ni. Paling tak pun kalau bergaduh sikit-sikit tu memang wajib, lari dari rumah aje yang tak pernah dan tak kuasa aku nak buat. Akulah isteri paling nakal( kalau jahat dah bunyi lain macam pulak), paling tak sabar dan keras kepala. Abanglah suami paling cool sebab dia terlampau banyak menahan amarahnya. Kalau tak sabar dah tentu muka aku ni herot berot kena tampor hari-hari sebab suka marah-marah. Bukan...aku ni jenis kasar.......dia tu slow motion, so selalulah bertelagah berselisih pendapat, cuma aku tak suka panjang-panjang. Contohnya baru kejap tadi macam nak hentak meja tapi lepas tu boleh manja-manja lagi. Tak ganas namanya? Hahahahaha...contoh je bukan betul pun...aku lebih suka berdiam diri dan tidur kalau hati sakit dan terlampau marah ( selalunya pon suka tido ) dari cenderung melontarkan kata-kata kesat kot..tak baikkkk, nanti boleh sakit jantung beb.

Apa-apapun, aku memang sayangkan abang..dialah tongak keluarga, susah juga kalau abang sakit, nanti tak ada orang nak hantar aku pergi keje ke Putrajaya tu. Aku bukan tak boleh memandu cuma bila abang kesian kat aku yang macam rabun ayam je memandu awal subuh ke tempat keje, dia menghulurkan bantuan untuk menghantarku dan kemudian pusing balik ke tempat keje dia di Sungai Besi. Kan jauh tuuuuuu...kau hado..duit minyak dan tol memang aku korbankan dan terkorban setiap bulan, tak yahlah bagitau ekk, buek sakit ati yo. Ni pun aku dengar minyak nak naik harga lagi...macam ni dapat gaji terus simpan untuk minyak kereta la jawabnya. Jom ikat perut.

Walau aku belum dikurniakan zuriat sejak 10 tahun berkahwin ni, aku bersyukur dihadiahkan anak segera iaitu budak aiman tu la..yang berbinkan abang. Mungkin Allah SWT memang suruh aku jaga dia sampai besar. Dia memang selalu minta adik tapi dah bukan kuasa kita kan? Sejak-sejak aiman dah remaja ni, aku pulak yang rindukan kanak-kanak kecil di rumah. Ada ke korang yang tak mahu anak? kalau ada tolong la bagi kat aku ni ekk? Bukan suruh bela je tau nanti dah besar datang ambik. Bagi terus boleh? jeles pulak bila tengok kat tv ramai budak-budak buat keje haram beranak kat tepi longkang la, semak la, sungai la, jamban la..eh eh..mudahnya kan? tak ada ke yang nak tinggalkan kat depan rumah aku siap dengan surat beranak dan akujanji tak nak tuntut lagi di masa depan? hahahahaha..kalaulah ada. Aku malas nak ambik dari rumah kebajikan, susah kena pantau tiap2 bulan. 

Tak apalah..redha sajalah dengan kehendakNya. ada sesuatu yang Dia nak bagi yang aku belum ketahui. Mungkin Dia tahu aku tak mampu dari segala segi dalam membesarkan anak itu yang Dia tak mahu bagi lagi tu...alhamdulillah saja la. Allah SWT lebih mengetahui aku ni.



BENDI

senget sebab cari cahaya matahari

Gambar ni dah lama ambik dah, tapi baru sempat upload hari ni. Maaf ye kengkawan sebab lama benor nak update status. Mood turun naik sebab letih menguruskan rumah dan pejabat pada minggu ni. Mak mertua ada kat rumah tu yang sedikit terbatas nak tergedik-gedik. Balik keje je menyingsing baju ke lengan untuk memasak, mengemas dan membasuh. Selesai tu semua pergi mandi dan sebagainya, lepas tu menghidang untuk makan petang/malam. Belum lagi menggosok pakaian untuk esok. Ni kaki ni bengkak sikit ni sebab itu hari teman abang minum kat kedai. Dia oder Lai Chi Kang aku pun terliur sama order air bandung cincau..perghhh..ni yang sakit ni.

Tuesday, 7 May 2013

BILA AIMAN DAH BOSAN

memang betul-betul bosan agaknya

Korang tengoklah sendiri. sampai aku tanya kenapa aiman? dia jawab-aiman bosan la ibu, tak tau macamana nak cakap tapi dalam hati ni macam rasa kosong kalau lama-lama kat rumah. maksudnya dia nak keluar jalan-jalan a.k.a merayau dengan kawan-kawan di bawah tu. maklumlah duduk di apartment ni ramai kanak-kanak sebaya dan bila dengar suara kawan-kawan bermain di bawah, hati melonjak nak ikut sama. masa ni masih awal pagi dan aku tak bagi keluar sebab cuaca pun mendung.

lama juga nak menerangkan kepadanya bahawa itulah gelora anak muda sepertinya yang mesti nak keluar rumah walau apa yang terjadi. hati meronta-ronta nak explore apa yang ada di luar sana tanpa memikirkan buruk dan baik dan pesanan orang tuanya. dalam kepayahan, dia menelan kata-kataku dan diam lalu masuk ke dalam bilik. hai..menjadi ibu bapa ni kena pandai psikologi dengan anak-anak. kalau tak sabar tu yang nak marah saja. aku tak nak la jadi seperti jiran di hadapan rumahku, celik mata saja jam 5 pagi dah marahkan anak-anaknya. lama-lama mereka dah tak mahu mendengarnya dan mungkin akan lari dari rumah. aku tak mahu itu terjadi pada anakku dan ada satu perkara yang aku kongsikan dengannya ahad lalu.

sementara aku menunggu abang mengundi, aku tinggal dalam kereta dengan aiman. terdetik dalam hatiku untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati kepada anakku itu. 'aiman, ibu minta maaf sekiranya selama membesarkan aiman, ibu banyak berkasar dengan aiman dan tidak mendidik aiman dengan baik. ibu minta maaf jika kekurangan dalam membesarkan aiman'. dan dia jawab' aiman maafkan ibu'...luruh airmataku. rasa beban dalam hati hilang sedikit.

semoga anakku menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negaranya dan tidak melupakan kami orang tuanya. amin.


HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....