Wednesday, 27 May 2015

HIDUP PENUH RANJAU : RASA ITU MASIH DISITU...

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu...

Maafkan daku, atas batas-batas waktu yang berlalu, yang telah mengisi hari-hari sepimu. seperti lirik di atas, aku sangat memahami kerana dulu akupun begitu. bukan kerana kamu tapi satu cinta yang telah lama wujud dalam jiwa, semenjak ku mengenal erti remaja..

Kini kamu pula mengalami, yang aku sendiri tak pasti adakah aku puncanya, yang aku keliru entah kan impian kita sama waktu dulu. tapi aku mohon maaf atas kesemua perkara yang berlalu antara kita, hingga menyebabkan seluruh jiwamu karam dalam kesengsaraan..kamu ditinggalkan dalam derita tak berkesudahan..bagai lautan tak bertepian..bukan sehari, bukan sebulan..malah sudah mencecah 13 tahun kamu tinggal dalam mahligai impian yang kusam dan usang. kamu sanggup tinggal disitu bersendirian, berteman bulan dan bintang-bintang, dengan harapan terbukanya semua pintu-pintu angkasa..menagih kasihku semula.

Wahai jiwa yang terluka dan sengsara, berilah aku kesempatan untuk berlari. berilah kesempatan untuk aku menghirup bahagiaku sendiri meski sebenarnya sedikit jiwaku tertinggal jua disana, dipersimpangan mahligaimu.

Sesungguhnya, aku sangat mengagumi kuasa Illahi...kamu telah diberikan kesabaran dalam penantian, jerihnya hanya kamu dan Tuhan yang mengetahui, maka sekali lagi maafkan daku atas penderitaan yang kau alami selama ini, maafkan daku kerana terpaksa melangkah pergi membina mahligaiku tanpa kamu. Derai airmataku gugur jua, bila kau masih berkata betapa rindunya waktu dahulu, betapa kau terlalu sepi keseorangan meski dikelilingi ramai teman...tabahlah hati, kurasa terlalu bersalah hingga tidak menyangka bahawa aku telah menyakiti satu jiwa. Kubiarkan hatiku bergetar dan airmata bagai tak mahu berhenti lagi.

Aku tinggalkan kamu dalam peliharaan Allah, semoga Dia menjagamu seperti kamu mendakap aku dalam kebahagiaan, buka lah sedikit pintu hati..untuk dia yang tak pernah putus menantimu seperti kamu menantiku. aku doakan kamu berjaya menggapai bintang-bintang kejora, mengukir senyuman indah di jiwa yang parah.

Aku..masih disini.


Monday, 23 March 2015

HIDUP PENUH RANJAU : Bahagian 17

BUKANKAH KENANGAN ITU TERLALU INDAH
26.3.2009-10.15malam

           Sarah berbaring di atas katil setelah usai mandi,menukar baju dan solat Isya’. Roslan belum pulang dari pejabat. Malam ini..hati, akal serta fikirannya benar-benar berserabut.
            Dalam minda separuh sedarnya, dia bagai telah lama ‘tinggal’ di sebuah rumah cantik ditepi pantai, jauh dari tanahair. Tinggal bersama insan lain. Setiap hari dia membayangkan betapa indahnya suasana tersebut, menghirup udara dingin dari lereng pergunungan, dengan taman bunga selaut mata memandang dan dilimpahi kasih sayang setiap masa!

          Namun itu hanyalah fantasi. Sedangkan realitinya adalah kelangsungan hidup, bersendirian setiap masa, menghabiskan waktu-waktu terluangnya hanya bercakap pada diri sendiri. Sungguh dia jemu. Dapur rumahnya juga sentiasa bersih dan licin kerana dia sudah tidak memasak lagi. Dirinya bagai terpenjara pada kemewahan yang diberi. Sarah berasa sangat sunyi, keseorangan. Tiba-tiba Sarah menangis, pipinya panas dan pedih. Dia terlalu rindukan seseorang, sahabatnya, jiwanya..kenangan itu sungguh menyiksakan, merenggut segenap inci jiwa dan raganya. Sarah sudah tidak tertahankan, perasaannya sudah lebur sejak sekian lama. aku kena beranikan diri..getus hati kecilnya. Dia bangkit dari katil dan mencapai sebuah beg besar..

PERGILAH SAYANG
26.3.2009-11.30 malam

Kereta Roslan baru berhenti digaraj bila Sarah selesai berkemas. Beg besar berisi beberapa pakaian diusung keluar dari bilik. Mereka bertembung di muka pintu. Kunci kereta roslan terlepas dari genggamannya.
“Sarah nak pergi mana sayang..”
Sara mendiamkan diri, dia mendapatkan roslan, mengambil tangan kanan lelaki itu dan menciumnya.
“Izinkan Sarah mencari ketenangan buat beberapa hari ini, Sara janji akan pulang bila hati Sara sudah tenang”.
“Benarlah Sarah nak tinggalkan abang…”
“Sarah perlukan ketenangan..biarlah Sara pergi”.
“Sarah…”
“Maafkan Sarah bang….jaga diri abang baik-baik, Sarah akan pulang nanti”.

Sarah terus berlalu keluar. Sebuah teksi yang dipanggil sebelum berkemas tadi sudah berada di bahu jalan menunggunya. Sebaik saja dia masuk ke dalam perut teksi, Sarah tidak memandang lagi kearah rumah itu, juga seorang lelaki yang termangu-mangu di muka pintu.

Hatiku sudah melangkah pergi sayang dan aku tidak tahu bila aku akan kembali ke sisimu lagi. Namun percayalah, aku masih lagi seorang isteri yang tahu batas-batas seorang isteri, meski aku tidak lagi mencintaimu seperti dahulu…benarkah..

-bersambung.

Thursday, 19 March 2015

HIDUP PENUH RANJAU : Bahagian 16

DEKATLAH PADAKU..

10 April 2003

Andai waktu itu boleh berputar ke belakang, pasti aku akan terus mengasihimu selalu. Aku tak akan membiarkan waktu pilu merampas kekasihku dari hidup. Aku tak akan membiarkan dia terluka dan sengsara. Aku tahu kau juga masih merinduiku..masih menantikan kehadiran daku. Kesetiaannya tidak dapat ditukar ganti. Namun masih setiakah dia…ahh! Mengapakah aku terkenangkan kamu wahai gadisku ????

Tiba-tiba Yusri tersedar. Dia kelihatan terpinga-pinga, bingung dengan apa yang terjadi ke atas dirinya. kenapa diriku kusut masai begini? kenapa tubuhku terlalu kurus begini? apa yang telah terjadi? Dia keluar dari biliknya dan mencari Mak Bedah. Tiada. Dicarinya didapur..orang tua itu sedang membasuh pinggan disinki. kenapa rumah ini nampak lain benar?..

“Mak…?”
“Hah?...” Mak Bedah terkedu. dulang yang dipeggang terlepas dari genggaman. berdeting jatuh ke lantai namun tidak dihiraukan. Mak Bedah memandang wajah Yusri meminta pengertian. hampir setahun dia tidak mendengar anaknya bersuara. benarkah itu Yusri??

"Mak...Yus lapar mak.."


Mak Bedah mengucup dahi Yusri. Dia tak menduga Yusri akan pulih setelah sekian lama hidup bagai bangkai bernyawa layaknya.

            “Yus nak makan ..”ujar Yusri sekali lagi. Mak Bedah tergesa-gesa mengambil sepinggan nasi dan lauk pauk di atas meja dan dia menyuapkan ke mulut Yusri dengan linangan airmata.

            “Kejap lagi abang Sarip kau datang, bolehlah mak suruh dia jemput anak kau balik."

           "Sarah dah tinggalkan Yus mak." Mak Bedah mengeluh. panjang.


           "Yus..kau tak ingat anak Yus dengan aruah Intan..kau tak ingat? "


           "Anak Yus mak?" Mak Bedah angguk sekali.

Yusri tersenyum tidak sabar hendak melihat wajah anaknya. Semenjak anak itu dilahirkan, dia tidak mampu untuk melihat wajahnya. Bayangan aruah Intan sentiasa bermain di mata Yusri apabila ingin memandang wajah bayi itu.

Petang itu juga, Sarip dan Yusri itu pergi menjemput si kecil Najmissanajmi dari rumah ibu Intan. Walau mak mertua Yusri agak berat untuk melepaskan cucu kesayangan mereka, namun mereka akur dan berharap Yusri dapat menjaganya dengan sempurna. Mereka mengerti bagaimana perasaan Yusri. Spekulasi cerita buruk tentang layanan Yusri terhadap Intan langsung tidak timbul kerana Intan tidak pernah menceritakan apa-apa keburukan Yusri kepada keluarganya. Intan memang baik…isteri yang solehah. Kekurangan dalam rumahtangga mereka cuma cinta dan sayang. 

............................................................................................................

BIARKAN AKU DI SINI SAYANG…
26.01.2009 : 5.30 petang

Sara sudah memasang tekad, kali ini biarlah dia yang membuat keputusan.  Hatinya sudah bulat. Bukan sedikit hatinya menangis sejak kebelakangan ini. Dia tidak mahu lagi terus-terusan menunggu dan biarkan keadaan membuat keputusan untuknya.

Komputer ribanya dibuka perlahan. Laman web penerbangan tambang murah sudah terpamer dihadapan matanya. Heathrow…bisik hatinya. Sudah terlalu lama dia tidak bercuti, dia kebosanan. Roslan terlalu sibuk bekerja mencari duit siang dan malam, mereka juga amat jarang dapat bermesra dan bergaul seperti pasangan yang lain. Seminggu dua bolehlah ditahannya namun bila sudah keseorangan tidur sendirian menjelang sebulan dan seterusnya, hati isteri siapa yang betah. Kadang-kadang bila dia terjaga di tengah malam, dilihatnya Roslan sudah nyenyak tidur di sisinya tanpa menukar pakaian dan bila Sarah bergegas ke tempat kerja, suaminya itu masih belum sedar dari mimpi. Seminggu dua ada juga disiapkan sarapan , namun bila dia kembali dari pejabat di petang hari, sarapan itu masih terletak di bawah tudung saji tidak bersentuh. Lama kelamaan Sarah hanya meneguk segelas air suam sebelum keluar bekerja dan Roslan juga tidak lagi meminta disediakan sarapan. Begitulah kehidupan mereka berdua sejak bernikah hampir 6 tahun lalu.

Sarah tiba di pejabat seawal jam 7 pagi kerana waktu anjalnya bermula jam 7.30 pagi. Pejabat masih sunyi dan yang ada hanyalah Pak Mat-pemandu yang terpaksa bertugas awal pagi untuk menjemput ketua pengarah dari Seremban.

Sarah mengumpulkan beberapa dokumen di atas mejanya yang diletakkan oleh pegawai lain ketika dia pulang pada jam 4.30 petang semalam. Setelah puas hati dengan susun atur meja kerjanya, sarah memetik suis computer dan meneguk air mineral .

Deringan telefon bimbit menyentak lamunannya.

           “Hello abang.”
           “Sarah, abang terpaksa pergi ke Jakarta pagi ini sebab ada masalah di sana. Mungkin abang pergi seminggu dua saja, nanti abang akan telefon kak Mizah untuk tengok-tengokkan Sarah. Okey sayang..bye.”
         “Humm.” Balas Sarah seperti biasa.

Itu adalah pemberitahuan, bukan bertanya atau apa-apa. Dia sudah terlalu biasa ditinggalkan keseorangan dalam rumah besar milik Roslan. Hatinya sudah lali.

Dadanya sakit namun dia diamkan saja dan kembali sibuk dengan urusan kerja. Otaknya tak mahu didera dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dijawabnya.

Apabila Hamizah menghampirinya dan cuba berbasa-basi mengenai perkara itu, Sarah hanya menjawab acuh tak acuh.

            “Entahlah kak, mungkin abang pergi seminggu dua , tak mengapa. Saya pun boleh sambung menjahit baju kurung yang dah lama tersimpan tu.”

           “Tapi nanti Sarah sunyi..”
         “Dah biasa, kakak jangan risau.”
       “Kalau Sarah rasa bosan, datang bermalam di rumah akak ye?.”
         “Baik kak, terima kasih saja.”

Waktu rehat tengahari, digunakan oleh Sarah untuk bertemu seseorang. Seorang teman di alam maya yang telah dikenali sejak 5 tahun lalu-setahun selepas dia berkahwin dengan Roslan. Beberapa notifikasi baru tertera disitu tetapi dia hanya mahu mencari nama Mr. Perfect. Sebaik sahaja dia menemukan, pantas dibukanya.

            #Mr. Perfect: Mengharapkan kamu gembira walau berada dimana jua sayangku.

Sarah membuka Telegram pula. Rindu dia untuk berbual dengan Mr. Perfect.
            “Hello si cantik manis, gembirakah kamu hari ini?”
           “Sangat. Sebab ada kamu.”
          “ Bila kamu mahu pulang ke rumah? I’m waiting.”
           “Just arrived, open the door please.”
          “Fasya missed you so much. So do I.”

Sarah terdiam. Ayat-ayat tersebut sangat menyentuh hati sepinya. Memang Sarah akui hatinya sudahpun berlari ke rumah itu. Lama.

Dia sangat kesepian, dia perlukan seorang teman yang mampu membaja hatinya dengan cinta. Sarah rindukan belaian jiwa yang sudah terlalu lama didamba.

Terkenang dia akan saat-saat dicintai oleh Roslan. Suatu masa dahulu lelaki itu saban waktu cuba sedaya-upaya mengubati dukanya. Sarah rindukan gelak-tawa, usikan dan rajuk manja bila bersama Roslan namun ianya bak mimpi malang sang Cinderella. Baginya, Roslan menganggap perkahwinan adalah satu tanggungjawab lumrah. Setelah melalui fasa pernikahan, segala-galanya bagaikan terhenti. Tamat.

Sarah berpaling kearah tingkap yang membawa kepada pemandangan bukit nan indah. Tapi dia tidak melihat apa-apa disana. Dia hanya rindu..tapi tidak tahu siapa yang dirinduinya.

Wanita ini sememangnya manja, mesra dan lembut hati. Aruah ibu dan ayahnya memberi cukup kasih dan sayang dan melayani Sarah bak sang puteri idaman. Dia sangat manja namun bukan menyusahkan. Sebab itu Mak Siti dan Mak Bedah sangat memanjakan Sarah.

          "Hei disana..dah tak ada modal agaknya nak berbicara?"

Sarah tergelak kecil. Pandai saja lelaki ini mengusik. apa ye nak balas semula...haa..

        "Tidakkk, modal ada cuma beku belum cair. Snow kat sana masuk kat screen ni la"

          "Ha ha..you ni, kalau nak rasa snow disini, apa kata you fly saja malam ni?"

          "Too far"

         "Not really far, just close your eyes ..you buka mata saja kami dah ada depan awak"

Ya Tuhan!..jauhnya imaginasiku mengembara. Hatiku bagai telah pergi ke sana..aku ingin benar berjumpa dengan Fasya dan Mr. Perfect namun akalku mengatakan sebaliknya...bisik Sarah dalam hati. Kedua tapak tangannya ditelangkupkan kewajah.

Memang sudah lama dia mengenali Mr. Perfect namun masing-masing merahsiakan identiti. Mr. Perfect tidak tahu yang dirinya sudah berumahtangga dan Sarah hanya mengetahui bahawa Mr. Perfect  telah kehilangan isteri sewaktu melahirkan anak.

Sepanjang tempoh perkenalan, mereka hanya berbicara soal kerjaya dan hobi masing-masing. Sarah mendapati Mr. Perfect seorang yang setia dan suka menanam pokok bunga. ada juga sesekali dia menunjukkan persekitaran rumah yang penuh dengan bunga-bunga ros pelbagai warna. Indahnya pemandangan!

Namun Sarah tidak sesekali pernah ingin mengirimkan apa-apa gambar kerana padanya cukuplah sekadar teman bual penghilang kesepian. Cukuplah dia tahu bahawa lelaki yang berasal dari Malaysia itu menghormati kehendaknya untuk tidak mahu dikenali lebih dari sekadar nama.

Sarah mencari tiket kapal terbang ke London...sengaja!


...bersambung la lagi..





Tuesday, 3 March 2015

CORETAN HATIKU

Assalamaualikum wbh. diucapkan kepada semua rakan bloger. memang sudah amat lama blog ni bersawang sampai nak melihat pun payah. hari ni datang nak bersihkan sikit-sikit, itupun kerana rasa bosan dalam jiwa. tak tahu kenapa..rasa sedih barangkali..

kami dah lama berumahtangga, namun belum lagi kelihatan sinar bahagia menerima cahaya mata yang diidam-idamkan semua pasangan. perasaan itu dah lama dilupakan buat seketika kerana malas nak fikir dah, percaya kepada takdir Allah SWT yang akan memberikan kebahagiaan dalam bentuk lain pulak. namun sejak kebelakangan ini, ramai pulak yang bertanya soalan cepumas tersebut, membangkitkan rasa kecewa dan sedih tak terkira, sama banyak dengan deraian tawa sepanjang hari.

menjelang usia 12 tahun perkahwinan, memang satu fasa mencabar lebih-lebih lagi bila pasangan tengok muka isteri yang bagai tak mampu nak mengandungkan zuriatnya. ahh..itu adalah cuma perasaan sang isteri yang kecewa dengan hatinya sendiri mungkin..bila impian dan harapan tak kesampaian. aduh..maafkan aku Ya Allah..kerana mengeluh buat kesekian kalinya. aku mulai faham kini mengapa aku tak mengandung..kerana Allah sangat sayangkan aku, takut aku tak mampu untuk menguruskan diri yang sakit dan mendidik amanahNya dengan baik..sempurna takdirMu ..aku sahaja yang meraguinya.

bila melihat, mendengar dan mengetahui berita kehamilan kawan-kawan..aku bagai mahu lari dari situ sejauh-jauhnya. tak mahu mendengar celoteh kegembiraan tersebut kerana aku malu..ingin sekali ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung dan merasai sakit ketika bersalin dan mendakap bayi yang baru dikeluarkan dari rahimku..

namun Allah berikan aku kenikmatan semua sekali itu ketika aku sakit dahulu..diberikan aku seorang suami yang menatang aku bagai permata ketika dalam keuzuran, jerih payahnya buatkan aku jatuh cinta sekali lagi. perbezaan usia kami 16 tahun, dia melayan aku bagai bidadari!..

ketika aku sakit juga, ibu dan ayah serta keluarga angkatku yang bagai keluarga kandung sendiri turut bersusah payah  menjagaku..lebih dari menjaga orang dalam pantang.

perasaan duka juga turut dirasai oleh anak tiriku yang kuanggap bagai anak yang kulahirkan sendiri. mereka  ( bersama suami ) mengharungi kepahitan waktu, tenaga dan wang ringgit berulang alik, bekerja dan menjaga keperluan aku tanpa sedikitpun mengeluh. hingga suami bernekad membuat ubahsuai balkoni untuk memudahkan aku bertatih berjalan keluar dari pintu mengambil angin. suamiku nekad memecahkan tabungnya demi kelangsungan hidup berulangalik sejauh 100km pergi dan balik ke hospital setiap hari selama 14 hari aku disana. namun siapa yang tahu waktu itu..

nah..zaleha, kesemua-semua kejadian dan nikmat itu...apa lagi yang kamu pertikai dan keluhkan sayang??

sekadar peringatan untuk diri sendiri buat menyapu deraian airmata yang gugur membasah pipi..
-lola.

Sunday, 29 June 2014

RINDU BERTAMU..

assalamualaikum wbh dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan blogger. sudah agak lama saya tak bersiaran, bukan kerana jemu tapi baru-baru ini saya ditimpa musibah-dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi selama seminggu dan seminggu lagi di wad biasa. komplikasi jantung dan paru-paru menyebabkan seluruh badan mengalami water rentention. ketika inipun saya belum pulih sepenuhnya. pada awalnya memang bercadang hendak mengambil cuti tanpa gaji supaya tubuh stabil dahulu namun hati rindu untuk bertemu kawan-kawan dan menghabiskan masa di pejabat dari duduk baring saja di rumah. hehehehe..tak la, memang akan jemu dan bosan jika berada di rumah keseorangan sepanjang hari. 2 minggu di hospital putrajaya, sampai kini nak berjalan pun masih belum stabil. hendak naik anak tangga nan 3 mata tu pun kena berpaut kuat pada tiang sisi. hari ini dah genap 1 bulan mula bertugas semula, dan yang gembiranya...hari ini berat dah berkurang sebanyak 17.7kg! alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang kedua menikmati kehidupan. saya mengharapkan kehidupan yang lebih baik di dunia dan diakhirat Insyallah..semoga bulan Ramadhan ini membawa sejuta makna dan keberkatan kepada kami sekeluarga. amin.

saqlam ramadhan al-mubaraq kepada semua rakan blogger...


Sunday, 24 November 2013

Aku kembali semula!!..

Assalamualaikum w.b.h diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger. lama dah menyepikan diri, bukan dah tak sayang blog kecil ini tetapi tuan rumah tak berapa nak sihat walau orangnya mmmm..lebih dari sihat. bila badan lesu dan tak cergas, maka kurang lah idea datang menyerah. lagipun aku dah 3 bulan direct keje 7 hari seminggu!..kemudian flat 1 hari, kemudian terus gagahkan diri masuk pejabat. sekali pikir macam org gila, 2 kali pikir..masyukkkkkkk...alhamdulillah. lagipun mr hubby tak kisah malah berikan galakkan dengan turun membantu tugas aku dipejabat. diulangi-membantu tugasan aku di pejabat. ehem..ehem...maksudnya duit obertime aku tu dialah yang punyeeee..

aku ni memang keje dalam pejabat tapi ditugaskan menyelia stor utama. bilik stor tu memang lah tak besar tapi jenuh jugalah nak kemaskini tiap2 hari. Allah SWT memberikan aku seorang suami yang terlalu baik untukku. Alhamdulillah..syukur aku kepadaMu. dialah menjadi tulang belakang aku sejak 3 bulan yang lepas. sama-sama membantu aku mengemas bilik stor aku, mengangkat, membuka, memunggah dan segala2nya yang difikirkan perlu dibuat. kalau harapkan aku, memang menangis kat tepi pintu tu...

kerja-kerja memunggah keluar semua barang-barang dalam stor utama berlangsung selama sebulan ( 4 kali sabtu dan ahad ), kemudian sebulan lagi kerja-kerja memunggah masuk setelah mobile cabinet siap dipasang. kini kerja-kerja kemaskini sedang berjalan sebelum awal tahun depan untuk auditan pula. perghhh...macam nak pengsan!..demam jugalah mr hubby tu. kesian laki aku..hehehe





Pendek kata, lapang dada aku ada pembantu berbayar ni. dia jugalah yang buat benda tu sorang-sorang dan aku hanya membantu perkara yang ringan-ringan sahaja. kini pejabatku dah berwajah cantik, lebih kemas dan teratur. aku cuma perlu touch-up sedikit lagi sebelum pemeriksaan dijalankan pada bulan hadapan.

Aku ucapkan terima kasih kepada suamiku tercinta atas bantuan yang kau hulurkan . soal duit tu perkara kedua bagiku, aku tak merasa pun tak mengapa. semua aku serahkan kepada mr hubby sebab jika ditanganku akan habis juga buat membeli perkara-perkara yang tak perlu. sekurang-kurangnya mr hubby boleh mengawal perbelanjaan dan diguna untuk keluarga. Alhamdulillah, hasil kerja lebih masa bulan pertama dapatlah mengganti timing belt kereta yang dah sampai masanya untuk diganti baru. itulah namanya rezeki dari Allah...sebelum itu tertanya-tanya jugalah macamana nak cari duit untuk ganti timing belt yang harganya mencecah rm600.00...

cukup sampai disini dulu ye kawan-kawan, esok kita bersidang lagi jika diizinkan Allah...hari ni hari menuai padi, maka otak penuh dengan senarai barang-barang yang nak dibeli untuk stok November-Disember ( walhal stok seminggu jerrr )..hehehehe..

Sunday, 18 August 2013

RAYA 2013..YANG PENUH UJIAN

Salam Lebaran kepada semua rakan-rakan blogger di luar sana. agak lama tidak bersiaran kerana kesuntukkan masa dalam urusan seharian dan alhamdulillah, kini aku dah mampu berblog dari rumah kerana dah memiliki Samsung Galaxy Tab 3 yang kuimpikan-hadiah istimewa dari hubby sempena hari raya dan berkat jualan coklat dan lemang ituhari.

namun lebaran kali ini kusambut sederhana sahaja dan percaya tak..aku baru saja beraya ke 2 buah rumah! dalam hati cuma Allah saja yang tahu. mungkin selepas lebaran ini aku akan mula mengatur langkah ke destinasi menarik sebagai saguhati tak dapat beraya seperti selalu..kemana ye?..hurmmm..aku ingin sekali ke Langkawi, bermalam disana dan membeli belah di kedai-kedai coklat yang mencuri hati. tak kan nak shopping pinggan mangkuk kot..leceh la nak bawak balik. beli pinggan mahal-mahal pun, time raya guna pinggan polyesterin juga..hampeh.

korang tengok la gambar kami sekeluarga yang cuma dapat snap 2-3 keping je, langsung tak bersemangat, hanya tuan badannya je yang terlebih 'semangat'. apa pun tak boleh...


mood vintage

ceria tak kak tonnnnnn?..

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....