Monday 23 March 2015

HIDUP PENUH RANJAU : Bahagian 17

BUKANKAH KENANGAN ITU TERLALU INDAH
26.3.2009-10.15malam

           Sarah berbaring di atas katil setelah usai mandi,menukar baju dan solat Isya’. Roslan belum pulang dari pejabat. Malam ini..hati, akal serta fikirannya benar-benar berserabut.
            Dalam minda separuh sedarnya, dia bagai telah lama ‘tinggal’ di sebuah rumah cantik ditepi pantai, jauh dari tanahair. Tinggal bersama insan lain. Setiap hari dia membayangkan betapa indahnya suasana tersebut, menghirup udara dingin dari lereng pergunungan, dengan taman bunga selaut mata memandang dan dilimpahi kasih sayang setiap masa!

          Namun itu hanyalah fantasi. Sedangkan realitinya adalah kelangsungan hidup, bersendirian setiap masa, menghabiskan waktu-waktu terluangnya hanya bercakap pada diri sendiri. Sungguh dia jemu. Dapur rumahnya juga sentiasa bersih dan licin kerana dia sudah tidak memasak lagi. Dirinya bagai terpenjara pada kemewahan yang diberi. Sarah berasa sangat sunyi, keseorangan. Tiba-tiba Sarah menangis, pipinya panas dan pedih. Dia terlalu rindukan seseorang, sahabatnya, jiwanya..kenangan itu sungguh menyiksakan, merenggut segenap inci jiwa dan raganya. Sarah sudah tidak tertahankan, perasaannya sudah lebur sejak sekian lama. aku kena beranikan diri..getus hati kecilnya. Dia bangkit dari katil dan mencapai sebuah beg besar..

PERGILAH SAYANG
26.3.2009-11.30 malam

Kereta Roslan baru berhenti digaraj bila Sarah selesai berkemas. Beg besar berisi beberapa pakaian diusung keluar dari bilik. Mereka bertembung di muka pintu. Kunci kereta roslan terlepas dari genggamannya.
Sarah nak pergi mana sayang..”
Sara mendiamkan diri, dia mendapatkan roslan, mengambil tangan kanan lelaki itu dan menciumnya.
“Izinkan Sarah mencari ketenangan buat beberapa hari ini, Sara janji akan pulang bila hati Sara sudah tenang”.
“Benarlah Sarah nak tinggalkan abang…”
“Sarah perlukan ketenangan..biarlah Sara pergi”.
“Sarah…”
“Maafkan Sarah bang….jaga diri abang baik-baik, Sarah akan pulang nanti”.

Sarah terus berlalu keluar. Sebuah teksi yang dipanggil sebelum berkemas tadi sudah berada di bahu jalan menunggunya. Sebaik saja dia masuk ke dalam perut teksi, Sarah tidak memandang lagi kearah rumah itu, juga seorang lelaki yang termangu-mangu di muka pintu.

Hatiku sudah melangkah pergi sayang dan aku tidak tahu bila aku akan kembali ke sisimu lagi. Namun percayalah, aku masih lagi seorang isteri yang tahu batas-batas seorang isteri, meski aku tidak lagi mencintaimu seperti dahulu…benarkah..

-bersambung.

No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....