Thursday 19 March 2015

HIDUP PENUH RANJAU : Bahagian 16

DEKATLAH PADAKU..

10 April 2003

Andai waktu itu boleh berputar ke belakang, pasti aku akan terus mengasihimu selalu. Aku tak akan membiarkan waktu pilu merampas kekasihku dari hidup. Aku tak akan membiarkan dia terluka dan sengsara. Aku tahu kau juga masih merinduiku..masih menantikan kehadiran daku. Kesetiaannya tidak dapat ditukar ganti. Namun masih setiakah dia…ahh! Mengapakah aku terkenangkan kamu wahai gadisku ????

Tiba-tiba Yusri tersedar. Dia kelihatan terpinga-pinga, bingung dengan apa yang terjadi ke atas dirinya. kenapa diriku kusut masai begini? kenapa tubuhku terlalu kurus begini? apa yang telah terjadi? Dia keluar dari biliknya dan mencari Mak Bedah. Tiada. Dicarinya didapur..orang tua itu sedang membasuh pinggan disinki. kenapa rumah ini nampak lain benar?..

“Mak…?”
“Hah?...” Mak Bedah terkedu. dulang yang dipeggang terlepas dari genggaman. berdeting jatuh ke lantai namun tidak dihiraukan. Mak Bedah memandang wajah Yusri meminta pengertian. hampir setahun dia tidak mendengar anaknya bersuara. benarkah itu Yusri??

"Mak...Yus lapar mak.."


Mak Bedah mengucup dahi Yusri. Dia tak menduga Yusri akan pulih setelah sekian lama hidup bagai bangkai bernyawa layaknya.

            “Yus nak makan ..”ujar Yusri sekali lagi. Mak Bedah tergesa-gesa mengambil sepinggan nasi dan lauk pauk di atas meja dan dia menyuapkan ke mulut Yusri dengan linangan airmata.

            “Kejap lagi abang Sarip kau datang, bolehlah mak suruh dia jemput anak kau balik."

           "Sarah dah tinggalkan Yus mak." Mak Bedah mengeluh. panjang.


           "Yus..kau tak ingat anak Yus dengan aruah Intan..kau tak ingat? "


           "Anak Yus mak?" Mak Bedah angguk sekali.

Yusri tersenyum tidak sabar hendak melihat wajah anaknya. Semenjak anak itu dilahirkan, dia tidak mampu untuk melihat wajahnya. Bayangan aruah Intan sentiasa bermain di mata Yusri apabila ingin memandang wajah bayi itu.

Petang itu juga, Sarip dan Yusri itu pergi menjemput si kecil Najmissanajmi dari rumah ibu Intan. Walau mak mertua Yusri agak berat untuk melepaskan cucu kesayangan mereka, namun mereka akur dan berharap Yusri dapat menjaganya dengan sempurna. Mereka mengerti bagaimana perasaan Yusri. Spekulasi cerita buruk tentang layanan Yusri terhadap Intan langsung tidak timbul kerana Intan tidak pernah menceritakan apa-apa keburukan Yusri kepada keluarganya. Intan memang baik…isteri yang solehah. Kekurangan dalam rumahtangga mereka cuma cinta dan sayang. 

............................................................................................................

BIARKAN AKU DI SINI SAYANG…
26.01.2009 : 5.30 petang

Sara sudah memasang tekad, kali ini biarlah dia yang membuat keputusan.  Hatinya sudah bulat. Bukan sedikit hatinya menangis sejak kebelakangan ini. Dia tidak mahu lagi terus-terusan menunggu dan biarkan keadaan membuat keputusan untuknya.

Komputer ribanya dibuka perlahan. Laman web penerbangan tambang murah sudah terpamer dihadapan matanya. Heathrow…bisik hatinya. Sudah terlalu lama dia tidak bercuti, dia kebosanan. Roslan terlalu sibuk bekerja mencari duit siang dan malam, mereka juga amat jarang dapat bermesra dan bergaul seperti pasangan yang lain. Seminggu dua bolehlah ditahannya namun bila sudah keseorangan tidur sendirian menjelang sebulan dan seterusnya, hati isteri siapa yang betah. Kadang-kadang bila dia terjaga di tengah malam, dilihatnya Roslan sudah nyenyak tidur di sisinya tanpa menukar pakaian dan bila Sarah bergegas ke tempat kerja, suaminya itu masih belum sedar dari mimpi. Seminggu dua ada juga disiapkan sarapan , namun bila dia kembali dari pejabat di petang hari, sarapan itu masih terletak di bawah tudung saji tidak bersentuh. Lama kelamaan Sarah hanya meneguk segelas air suam sebelum keluar bekerja dan Roslan juga tidak lagi meminta disediakan sarapan. Begitulah kehidupan mereka berdua sejak bernikah hampir 6 tahun lalu.

Sarah tiba di pejabat seawal jam 7 pagi kerana waktu anjalnya bermula jam 7.30 pagi. Pejabat masih sunyi dan yang ada hanyalah Pak Mat-pemandu yang terpaksa bertugas awal pagi untuk menjemput ketua pengarah dari Seremban.

Sarah mengumpulkan beberapa dokumen di atas mejanya yang diletakkan oleh pegawai lain ketika dia pulang pada jam 4.30 petang semalam. Setelah puas hati dengan susun atur meja kerjanya, sarah memetik suis computer dan meneguk air mineral .

Deringan telefon bimbit menyentak lamunannya.

           “Hello abang.”
           “Sarah, abang terpaksa pergi ke Jakarta pagi ini sebab ada masalah di sana. Mungkin abang pergi seminggu dua saja, nanti abang akan telefon kak Mizah untuk tengok-tengokkan Sarah. Okey sayang..bye.”
         “Humm.” Balas Sarah seperti biasa.

Itu adalah pemberitahuan, bukan bertanya atau apa-apa. Dia sudah terlalu biasa ditinggalkan keseorangan dalam rumah besar milik Roslan. Hatinya sudah lali.

Dadanya sakit namun dia diamkan saja dan kembali sibuk dengan urusan kerja. Otaknya tak mahu didera dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dijawabnya.

Apabila Hamizah menghampirinya dan cuba berbasa-basi mengenai perkara itu, Sarah hanya menjawab acuh tak acuh.

            “Entahlah kak, mungkin abang pergi seminggu dua , tak mengapa. Saya pun boleh sambung menjahit baju kurung yang dah lama tersimpan tu.”

           “Tapi nanti Sarah sunyi..”
         “Dah biasa, kakak jangan risau.”
       “Kalau Sarah rasa bosan, datang bermalam di rumah akak ye?.”
         “Baik kak, terima kasih saja.”

Waktu rehat tengahari, digunakan oleh Sarah untuk bertemu seseorang. Seorang teman di alam maya yang telah dikenali sejak 5 tahun lalu-setahun selepas dia berkahwin dengan Roslan. Beberapa notifikasi baru tertera disitu tetapi dia hanya mahu mencari nama Mr. Perfect. Sebaik sahaja dia menemukan, pantas dibukanya.

            #Mr. Perfect: Mengharapkan kamu gembira walau berada dimana jua sayangku.

Sarah membuka Telegram pula. Rindu dia untuk berbual dengan Mr. Perfect.
            “Hello si cantik manis, gembirakah kamu hari ini?”
           “Sangat. Sebab ada kamu.”
          “ Bila kamu mahu pulang ke rumah? I’m waiting.”
           “Just arrived, open the door please.”
          “Fasya missed you so much. So do I.”

Sarah terdiam. Ayat-ayat tersebut sangat menyentuh hati sepinya. Memang Sarah akui hatinya sudahpun berlari ke rumah itu. Lama.

Dia sangat kesepian, dia perlukan seorang teman yang mampu membaja hatinya dengan cinta. Sarah rindukan belaian jiwa yang sudah terlalu lama didamba.

Terkenang dia akan saat-saat dicintai oleh Roslan. Suatu masa dahulu lelaki itu saban waktu cuba sedaya-upaya mengubati dukanya. Sarah rindukan gelak-tawa, usikan dan rajuk manja bila bersama Roslan namun ianya bak mimpi malang sang Cinderella. Baginya, Roslan menganggap perkahwinan adalah satu tanggungjawab lumrah. Setelah melalui fasa pernikahan, segala-galanya bagaikan terhenti. Tamat.

Sarah berpaling kearah tingkap yang membawa kepada pemandangan bukit nan indah. Tapi dia tidak melihat apa-apa disana. Dia hanya rindu..tapi tidak tahu siapa yang dirinduinya.

Wanita ini sememangnya manja, mesra dan lembut hati. Aruah ibu dan ayahnya memberi cukup kasih dan sayang dan melayani Sarah bak sang puteri idaman. Dia sangat manja namun bukan menyusahkan. Sebab itu Mak Siti dan Mak Bedah sangat memanjakan Sarah.

          "Hei disana..dah tak ada modal agaknya nak berbicara?"

Sarah tergelak kecil. Pandai saja lelaki ini mengusik. apa ye nak balas semula...haa..

        "Tidakkk, modal ada cuma beku belum cair. Snow kat sana masuk kat screen ni la"

          "Ha ha..you ni, kalau nak rasa snow disini, apa kata you fly saja malam ni?"

          "Too far"

         "Not really far, just close your eyes ..you buka mata saja kami dah ada depan awak"

Ya Tuhan!..jauhnya imaginasiku mengembara. Hatiku bagai telah pergi ke sana..aku ingin benar berjumpa dengan Fasya dan Mr. Perfect namun akalku mengatakan sebaliknya...bisik Sarah dalam hati. Kedua tapak tangannya ditelangkupkan kewajah.

Memang sudah lama dia mengenali Mr. Perfect namun masing-masing merahsiakan identiti. Mr. Perfect tidak tahu yang dirinya sudah berumahtangga dan Sarah hanya mengetahui bahawa Mr. Perfect  telah kehilangan isteri sewaktu melahirkan anak.

Sepanjang tempoh perkenalan, mereka hanya berbicara soal kerjaya dan hobi masing-masing. Sarah mendapati Mr. Perfect seorang yang setia dan suka menanam pokok bunga. ada juga sesekali dia menunjukkan persekitaran rumah yang penuh dengan bunga-bunga ros pelbagai warna. Indahnya pemandangan!

Namun Sarah tidak sesekali pernah ingin mengirimkan apa-apa gambar kerana padanya cukuplah sekadar teman bual penghilang kesepian. Cukuplah dia tahu bahawa lelaki yang berasal dari Malaysia itu menghormati kehendaknya untuk tidak mahu dikenali lebih dari sekadar nama.

Sarah mencari tiket kapal terbang ke London...sengaja!


...bersambung la lagi..





No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....