Tuesday 3 March 2015

CORETAN HATIKU

Assalamaualikum wbh. diucapkan kepada semua rakan bloger. memang sudah amat lama blog ni bersawang sampai nak melihat pun payah. hari ni datang nak bersihkan sikit-sikit, itupun kerana rasa bosan dalam jiwa. tak tahu kenapa..rasa sedih barangkali..

kami dah lama berumahtangga, namun belum lagi kelihatan sinar bahagia menerima cahaya mata yang diidam-idamkan semua pasangan. perasaan itu dah lama dilupakan buat seketika kerana malas nak fikir dah, percaya kepada takdir Allah SWT yang akan memberikan kebahagiaan dalam bentuk lain pulak. namun sejak kebelakangan ini, ramai pulak yang bertanya soalan cepumas tersebut, membangkitkan rasa kecewa dan sedih tak terkira, sama banyak dengan deraian tawa sepanjang hari.

menjelang usia 12 tahun perkahwinan, memang satu fasa mencabar lebih-lebih lagi bila pasangan tengok muka isteri yang bagai tak mampu nak mengandungkan zuriatnya. ahh..itu adalah cuma perasaan sang isteri yang kecewa dengan hatinya sendiri mungkin..bila impian dan harapan tak kesampaian. aduh..maafkan aku Ya Allah..kerana mengeluh buat kesekian kalinya. aku mulai faham kini mengapa aku tak mengandung..kerana Allah sangat sayangkan aku, takut aku tak mampu untuk menguruskan diri yang sakit dan mendidik amanahNya dengan baik..sempurna takdirMu ..aku sahaja yang meraguinya.

bila melihat, mendengar dan mengetahui berita kehamilan kawan-kawan..aku bagai mahu lari dari situ sejauh-jauhnya. tak mahu mendengar celoteh kegembiraan tersebut kerana aku malu..ingin sekali ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung dan merasai sakit ketika bersalin dan mendakap bayi yang baru dikeluarkan dari rahimku..

namun Allah berikan aku kenikmatan semua sekali itu ketika aku sakit dahulu..diberikan aku seorang suami yang menatang aku bagai permata ketika dalam keuzuran, jerih payahnya buatkan aku jatuh cinta sekali lagi. perbezaan usia kami 16 tahun, dia melayan aku bagai bidadari!..

ketika aku sakit juga, ibu dan ayah serta keluarga angkatku yang bagai keluarga kandung sendiri turut bersusah payah  menjagaku..lebih dari menjaga orang dalam pantang.

perasaan duka juga turut dirasai oleh anak tiriku yang kuanggap bagai anak yang kulahirkan sendiri. mereka  ( bersama suami ) mengharungi kepahitan waktu, tenaga dan wang ringgit berulang alik, bekerja dan menjaga keperluan aku tanpa sedikitpun mengeluh. hingga suami bernekad membuat ubahsuai balkoni untuk memudahkan aku bertatih berjalan keluar dari pintu mengambil angin. suamiku nekad memecahkan tabungnya demi kelangsungan hidup berulangalik sejauh 100km pergi dan balik ke hospital setiap hari selama 14 hari aku disana. namun siapa yang tahu waktu itu..

nah..zaleha, kesemua-semua kejadian dan nikmat itu...apa lagi yang kamu pertikai dan keluhkan sayang??

sekadar peringatan untuk diri sendiri buat menyapu deraian airmata yang gugur membasah pipi..
-lola.

No comments:

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....