Friday, 30 September 2011

STANZA CINTA

bertemu lagi kali ini setelah lama menyepikan diri. aku jatuh sakit, banyak kerja, cuti raya dan berkursus. dan sekarang ini aku juga sedang sakit, namun terdetik dalam hati untuk menulis, maka aku gagahkan juga membuka blog untuk tatapan semua yg kukenali.

esok ulangtahun kelahiran suamiku yg ke 51, aku berseloroh kepadanya tadi yang aku berkahwin dengan seorang 'pak cik'....hehhehehe. abang cuma tersenyum sinis. namun aku sayang kepadanya. aku sayangkan dia seperti seorang kawan, abang, kekasih dan last sekali barulah suami. bukan tak hormat, tp dah suami kan?..ianya tersemadi dalam hati. kita menerima pasangan kita seadanya sepertimana dia dapat menerimaku sepertinya, seorang yg gemoks, tak cun, tak kaya, tak ternama, bukan artis..hehhehe, tak berjawatan tinggi dan perangai tak senonoh-katanya..hehhehehe. bukan tak senonoh macamana, aku ni jenis manja yg kasar. kalau nak manja2 dgn abang tp dia buat 'dekkk' aje, mestilah aku marah. lepas tu mesti aku hempap dia dengan badanku yg seberat 2 guni beras. dah puas terjerit2, barulah aku surender. tapi abang tak marah, malah itulah kerinduannnya bila aku pergi berkursus. aku memang jenis yg suka meninggalkan 'kesan' terhadap emosi seseorang. hahhahahaa..kelas kau lola.

kerja pula, adalah medan cari makan, cari rezeki yg  halal untuk dibawa pulang dan dikongsi anak dan suami. dan aku gembira bekerja disitu, dikelilingi ramai sahabat dan bos2 juga bersikap baik. apalagi yg diharapkan bukan?..masalah gangguan emosi ?..siapa yg tak buat silap..tetapi terimanya dengan rendah diri, rendah hati, bersikap terbuka serta memaafkan. akan nampak diri siapa yang lebih matang dalam menangani masalah. hidup berkelana di perantauan, jangan bersikap terlalu keanak-anakkan dan mementingkan diri. aku sebagai kakak amat risau jika bekerja sebumbung namun bertikam sesama sendiri. marilah buang yang keruh, ambil yang jernih. tak rugi jika saling bermaafan dan mengenali hati budi masing2. setiap dari kita mempunyai masalah hidup, maka silalah ambil tahu serba sedikit permasalahan orang, jika tak mampu membantu dari segi wang ringgit dan kudrat, bantulah dari segi emosi pula. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. hari ini kita berbuat  baik, hari esok nescaya akan dibalas berlipat kali ganda. dengarlah kata2ku ini wahai semua sahabat2.

~Lola.






Wednesday, 3 August 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Aku gembira dengan kedatangan bulan yang satu ini, melebihi kegembiraan meraikannya di Aidil Fitri. kerana aku merasakan pada bulan itu, aku sangat dekat dengan Allah SWT. aku dapat merasakan, hatiku disagat sayu dan kepiluan apabila berzikir kepadaNya. Bukan kepada aku sahaja malah kepada serata muslimin dan muslimat seluruh dunia. namun bagiku, tiada yang lebih menghibakan selain memanjatkan doa kepadaNya untuk aruah ibu tercinta-Siti Khalimah'tus Saadiah bt. Abd. Hamid yang telah pergi meninggalkan aku pada 16 Januari 1996-selepas aku menyambut ulang tahun kelahiran ke 23..seorang aku yang terlalu muda dan belum puas dengan kasih-sayang seorang ibu. kepada ibu, walau ibu telah pergi, aku tetap menyayangimu dan kini aku terlalu rindukan ibu. 15 tahun berlalu namun aku masih mengogoi menangisi pemergianmu. masih terbayang minggu pertama ibu pergi, aku bermimpikan ibu datang memelukku menyatakan rindunya kepadaku. bahkan, saat aku terjaga dari tidur, dakapan itu masih hangat terasa...aku sayang ibu, aku sangat cintakan ibu. biarlah ibuku itu miskin, namun dia telah membesarkan aku dengan caranya, semampunya. jika aku ceritakan kepada kamu, kamu akan menggeleng tidak percaya.

hari-hari bersama ibu sewaktu hayatnya, tiada yang semanis kenangan apabila tiap kali aku balik ke kampung di hari-hari cutiku, dia akan menyusuri jalan untuk menyambutku. dari jauh aku sudah melihat kelibatnya dan dia akan depangkan kedua belah tangan agar aku berlari kepadanya dan memeluk dia. ibu akan mencium pipiku sepuasnya..dapatkah kamu bayangkan bagaimana aku melawan kenangan itu. sampai aku tak mampu untuk balik ke kampung kerana bayangan tersebut. dan aku masih ingat, hari-hari terakhir beliau, ibu memakai pakaian yang aku belikan, warna biru kundang. kata mak cik-itulah pakaian yang dia minta dipakaikan sewaktu di hospital.

bila ibu sudah dibawa balik ke rumah, aku menemaninya setiap saat. hari aku hendak pulang semula ke johor bahru utuk meneruskan kerja, aku tergerak untuk memohon maaf dari ibu. namun kamu tau apakah jawapan ibu untukku?..bahawa dia bersyukur mempunyai anak perempuan sepertiku, yang berusaha menyaranya dan membelikan ubat, dan aku tidak berhutang dosa kepadanya walau sekuman pun, dan dia minta aku berjanji..wahai intan, sayang kasih payung mak, jika kau balik mak dah tak ada, berjanji tak akan menangis ye sayang..: kata-kata apakah itu?..aku sungguh tidak menyangka ibu sudah tahu dia akan pergi tanpa sempat aku melihatnya buat kali terakhir..ibu, ibulah kesayanganku. semoga roh ibu tenteram di sana, dan aku selalu doakan ibu akan masuk ke syurga. amin.

dan sejak itu, aku tak segembira orang lain untuk menyambut aidil fitri..sampailah sekarang. kerana tak mampu menghadapi saat demi saat hidup dalam bayangan aruah ibu. hatiku jadi sakit, bergumpal sejuta rasa dalam jiwa, aku seperti marah pada diri sendiri hingga habis satu rumah aku naik angin. maafkan aku suamiku, maafkan ibu anakku dan maafkan aku mak mertuaku kerana aku lebih banyak berdiam diri kebelakangan ini. sebenarnya aku melawan rasa sayu yang teramat dalam hati ini. jika diikutkan, rasanya sepanjang hari aku boleh menangis tapi aku sudah dewasa, tak wajar terlalu kerap menumpang bahu orang lain. biarlah aku dengan duniaku sendiri, biarlah pedih ini aku kongsi dengan Tuhan. sekurang-kurangnya Dia membalasnya dengan ketenangan.

Aminn..


Tuesday, 12 July 2011

Kursus Team Building Di Felda Residence, Trolak, Perak

Hehehehe, dah lama aku tak buka blog aku ni. maklum kebelakangan ni aku tak sihat sangat . diserang selsema dan demam panas serta batuk tak henti-henti. lagipun aku ni penghidap Astma, bila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, mulalah rasa tak sedap badan. Aktiviti bersukan pun dah jauh ku tinggalkan, jika dulu di Dusun Tua, dapat juga berlari-lari anak di mini stadium atau setiap Isnin hingga Khamis, buat senaman ringan dalam gim depan bangunan pentadbiran tu..aku rindukan suasana dulu. sekarang?..masaku terlalu banyak habis di jalanan. bila sampai rumah dah terlalu keletihan. maaf cakap, kadang-kadang lipat bajupun sambil berdiri selepas sidai baju di tengah malam. kadang-kadang bajupun kubiarkan semalaman tak berjemur dalam mesin basuh. selepas mandi jam 5 pagi esoknya, barulah aku jemur dan buat apa yang patut. mungkin faktor itulah yang menyebabkan aku selalu diserang astma-mandi air sejuk sangat!..nantilah, kalau ada rezeki lebih, boleh pasang heater tapi bil api haruslah naik berganda. sebab aku tak boleh nak pasang water heater satu aje-mesti nak dua sebab si kecik tu juga perlukan water heater di bilik mandinya. begitu juga dengan air-cond, kalau nak pasang, mesti kena pasang di dua bilik. jika tidak, bilikku biliknya jua..huhuhuhu. nak mudah-baik tak payah pasang..adoiyai..


Aziah

Team building di Felda Residence Trolak, Perak pada 08-10 Julai 2011 tempohari memanglah seronok bagi rakan-rakanku. aku?.mampu tengok aje sebab aku diserang demam panas lagi, malam pertama di sana, aku kesejukan dek air-cond ( walau sepoi-sepoi) dan jam 3 pagi bingkas bangun kerana sesak nafas. alhamdulillah nyawa masih panjang lagi, setelah mengeluarkan lendir dan batuk berdarah, barulah lega untuk bernafas. Ya Allah..panjangkanlah umurku dan berilah aku kesihatan, aku berjanji akan memulihkan keadaan diri selepas ini kerana bimbang nyawa dalam bahaya.

sarina, natrah, izami, aina



Badan sahaja kat sana namun hatiku di rumah. tapi aku cuba kuatkan semangat dan menggembirakan hati, untuk kegembiraan rakan-rakanku yang baik-baik belaka. terima kasih kuucapkan kepada Izami, Sarina, Aina, Aziah, Natrah dan yang lain-lain kerana terlalu terlalu terlalu prihatin terhadap keadaan kawan-kawan yang kurang berupaya, termasuk aku dan shahidan. kamu memang kawan yang baik . Dan aku merindui adikku yang seorang itu-Azie....apa khabar kamu di sana? bahagiakah kamu wahai adikku?








Wednesday, 6 July 2011

Erti Cinta Lola

Aku fikir bukan hanya aku yang merasakan panahan cinta semalam dalam dunia ini. Walau telah berumahtangga namun kenangan semalam masih memburu dan menghantui jiwa, bukan seram seperti dikejar hantu mak limah tetapi kenangan mengusik jiwa yang kadangkala seperti dilambung-lambung oleh kelopak bunga. aduhh..indah bangat. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah perasaan tidak mahu 'melepaskan' kenangan tersebut. mulut bolehlah cakap tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahui. dahsyat ke?..entahlah, cuma sebagai seorang manusia, kejam dan tidak adil kepada pasangan yang anda nikahi.

Lumrah alam. aku sebagai manusia baru tak lepas dari kesilapan-kesilapan kudus ini. kepada suami, aku bukan nak menduakan abang tahu..semua itu dah berlalu jadi sejarah. Cuma sesekali teringat kisah-kisah lucu, ketawa juga bang..jangan marah aa. abang apa kurangnya, nampak diam sahaja tapi kalau aku cuba korek rahsia hati abang..dah macam cerekarama abang bercerita..eleh bang, kita sama je. mana nak tipu kenangan silam yang pernah mencuri hati kan?..yang penting kita jujur dan memahami. saya pun cemburu tau..

Ini berikutan kisah adikku yang kehilangan cintanya begitu sahaja. akibat tidak direstui orang tua gadis itu. konflik juga kisahnya. aku tahu dia menderita dan apa yang kita saksikan itu hanyalah pura-pura. jiwanya sakit cuma dia lelaki, tak mancho lah kalau berkurung dalam bilik dan menangis meraung-raung selama berbulan lamanya.  dia seakan 'membuang' dirinya jauh-jauh. aku faham, jika dia duduk di kalangan kami yang bingit ni pun, belum tentu dia ketawa atau ketawanya dibuat-buat. aku pernah memlaui zama itu dan bagiku, cukulah jika hanya aku sahaja yang merasanya.

semalam dia menulis komen dalam fb. nampak?..ayatnya ayat sengsara. dengar khabar sekarang dia mempunyai gadis lain tapi aku teramat yakin bahawa dia tak berapa sayang akan gadis itu. kasihan..jika kamu ditempat gadis itu adik, kamu tentu bersedih jika mengetahui bahawa hatimu sekadar menempel dihatinya, bukan bersatu. ibarat macam kuih dodol keras yang bertenggek pada kuih wajik. nak dibentuk tak boleh, nak buang sayang..macam itulah.

aku nak masuk campur lebih-lebih, tak berani. tapi kena 'basuh' juga lah dia malam tadi. sekurang-kurangnya dia kena ambil masa lama lagi untuk mencuci hatinya dari merintih mengingati si dia yang dibawa 'lari'.

dulu aku juga begitu, berdegil tak mahu berundur. kononnya dia akan kembali kepadaku akhir nanti, tapi bila hati telah berada di seberang jalan, bagaimana kamu hendak menghalangnya? alhamdulillah, suatu pagi, saat aku jejakkan kaki ke lantai bila bangun dari tidur, Allah mendetikkan sesuatu ke dalam hatiku-LEPASKAN DIA PERGI.

dan aku tenang selepas itu. alhamdulillah.

aku teringat kisah dalam TV-tanah kubur. di mana roh seorang anak soleh yang meninggal akibat kemalangan, kembali ke rumahnya menangis meminta si ibu redhakan dia pergi. si ibu ni asyik menangis tak berhenti-henti kerana sayangkan anak dan tak redha atas kematiannya. atas nasihat ustaz, lama-lama si ibu akur dengan ketentuan Allah dan roh si anak pun tak lagi mengganggunya. itu TV...hehehehe. ambil iktibar ye.






Tuesday, 28 June 2011

Kursus Oh Kursus

Aku mendapat kejutan pagi tadi bilama bos aku minta pergi ke Kelantan sebagai urusetia kursus. SENDIRI! Aku mulalah gelabah tak tentu hala. maklum..orang kampung, tentu tercanguk-canguk mencari tempat kursus. ada kebenaran menaiki flight namun aku cuba mencari alternatif lain iaitu cuba mohon kenderaan jabatan, tapi nanti driver nak tidur di mana?..OMG..pening aku dibuatnya. lagipun aku ni bukannya arif tentang Aset Alih Kerajaan, dibuatnya ada org sengaja pedajal tanya-tanya aku waima ada penceramah kat depan tu..apa aku nak jawab haaa..En. Azhar..kenapa saya?why?..gue bingung nihh

aku bincang dengan hubby, meh kita pergi sama2..tapi anak macamana pulak..nak dipontengkan ke?..No No Nooo..OMG. aku pelik dengan hubby aku ni, aku tanya dia, wah, abang banyak duit nampak??..buat loan ke?..tak de la-jawabnya. aku terpaksa pergi ke JB hantar anak saudaranya bertunang :P..balik hari ahad 3/7/2011. esoknya 4/7/11 nak naik flight ke kota bahru plok. sampailah 6/7/11. kemudian, pada 8/7/11 aku kena berkursus team building sampai 10/7/11 di Sungkai Perak. nampak gayanya, sampai di Sungkai kelak, jd pisang penyek la aku sebab keletihan ke hulu kehilir..bos jgn maree jika saya lepak kaw-kaw punya..

Jawabnya: huru hara hati aku dibuatnya.


**bos, sampai ati bos jawab bolehhhhh.. kalau saya tak ndak pg kursus, tapi boleh blah...bos kijam...huhuhuhu..(gurau je lah..SKT tahun ni ok tawwwww)




& hari ini-29.06.2011, jam 8 pagi, aku mendapat khabar gembira bahawa aku tak perlu ke Kelantan. missi dibatalkan atas sebab kesian kat aku...alhamdulillahhhhhhhhhhhhh..

Monday, 27 June 2011

HIDUP PENUH RANJAU: Bahagian 4

Yusri mengkhabarkan berita kepulangan Sarah kepada Mak Siti. Bukan main gembira lagi orang tua itu. Dia sayangkan anak saudaranya sementelah amanat aruah adik kesayangannya iaitu ibu Sarah agar menjaga anak gadis ini dengan baik. Tak putus-putus Mak Siti mengucapkan syukur ke hadrat Illahi setelah mengetahui berita tersebut.
Menjelang hari minggu. Yusri bingkas bangun seawal pagi. Sesudah menunaikan solat subuh, dia duduk di beranda rumahnya dan memakai pakaian ke kebun. Parang panjang dan raga buluh diletakkan di tepi tangga. Mak Bedah menjengah kehairanan.
“Kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni Yusri ?”

“Pergi kebun mak, cari durian, langsat,rambutan dan manggis. Esok Sarah balik. Tentu dia nak makan buah-buah kampung ni. Dia suka makan semua tu mak…”

“Pergilah siang sikit. Sarapanpun belum. Mak tahulah Sarah nak balik esok, tapi tak kan tak menyempat-nyempat nak ke kebun. Bukan ke Sarah cuti seminggu?..’ leter Mak Bedah. Dalam hatinya, dia juga turut berkira-kira mahu menyediakan menu yang enak-enak untuk Sarah. Tapi tak berani pula dia bertanya kepada anak bujang bongsunya itu soal jodoh. Belum masanya…pujuk hati Mak Bedah.

“Mak…mak nak Yus carikan rebung ke? Boleh mak masak lemak cili api esok. Yus pun dah lama tak makan sayur rebung.”

“Ikut suka Yus lah. Jangan kau bawa balik bukit dengan gunung kat kebun nanti sudahlah nak oii…” ujar Mak Bedah memperli Yusri lantas beredar ke dalam. Yusri mengusap mukanya yang sedikit panas. Emak perli aku la tu.

 Sementara itu di Kuala Lumpur, Sarah sibuk mengemaskan kain baju ke dalam beg pakaian. Membuat perkiraan untuk kegunaan selama seminggu di kampung. Dia tidak mempunyai banyak pakaian. Di rumah Mak Siti cuma dua pasang kain batik, tiga helai t-shirt dan sepasang baju kurung lusuh. Dia tak mampu bermewah-mewah membeli pakaian baru seperti orang lain. Aruah ayah dan ibunya tidak meninggalkan sebarang harta. Mereka bukan dilahirkan di atas dulang emas dan oleh sebab itu, Sarah amat berhati-hati ketika berbelanja. Duit sebanyak dua ribu setengah hasil pendapatannya selama 3 bulan diketepikan separuh ke dalam akaun ASB. Perbelanjaan selama dua bulan disimpan ke dalam Bank Simpanan Nasional dan selebihnya itulah dia bawa pulang ke kampung. Sarah berangan-angan mahu membelikan sepasang persalinan baju untuk Mak Siti dan Mak Bedah. Sarah merenung kotak kecil berisi pin baju Melayu untuk dihadiahkan kepada Yusri nanti. Apa nak buat, dia tak mampu untuk membelikan hadiah yang mahal-mahal untuk insan-insan yang dikasihi di sana. Sarah juga bercadang ingin mengajak Yusri ke pekan bagi melepaskan kempunan Laksa Abang Janggut yang disukainya itu. Ahh…terlalu banyak aku memasang angan-angan. Cuti seminggu di kampung bagaikan sehari layaknya. Oh…aku terlalu merindui kampung halaman dan sungai yang jernih…dan Yusri sahabatku!

Sarah membawa bersama beg pakaian yang sarat dengan muatan ke tempat kerja. Sehabis kerjanya jam 4.30 petang nanti, dia akan menumpang teman sepejabatnya yang lalu ke Pudu Raya. Sekurang-kurangnya tidaklah dia kepenatan mengusung beg pakaian yang berat itu ke hulu hilir berebut-rebut menaiki bas yang tidak tentu waktu. Bas yang menuju kampungnya akan berlepas tepat jam 6.00 petang.

Seharusnya dia berada seawal jam 5.45 petang di terminal 12. Perut yang kosong tidak dihiraukannya kerana hatinya terlalu gembira ingin pulang segera. Tentu Yusri akan menantinya di pekan dengan motosikal hijau itu. Yusri tak pernah menghampakannya sejak dulu.

Entah jam berapa sewaktu Sarah membuka matanya, bas sudah berhenti makan di pertengahan Highway. Oh…lagi satu jam hendak sampai ke pekan. Dia tidak berasa lapar lalu disambung saja tidurnya yang terganggu. Sarah amat keletihan.

“Parit Sulong! Siapa yang nak turun Parit Sulong?!” jerit pemandu bas. Sarah terpisat-pisat bangun dan segera mengusung beg besar ke hadapan. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas, Sarah turun berhati-hati.

Dia nampak Yusri berdiri di suatu sudut yang agak jauh dari tepi jalan, tersenyum ke arahnya. Hati Sarah berbunga riang. Jika bukan satu larangan, sudah tentu dia berlari ke arah Yusri dan memeluk lelaki kacak itu. Airmata Sarah menitis laju sebaik saja Yusri berdiri dihadapan matanya. Saat itu Sarah sungguh terharu. Saat itu Sarah bagaikan menemui sesuatu yang dirasakannya hilang semusim lalu.

“Jangan menangis Sarah. Nanti orang sangka aku buat kau menangis. Kau balik ni nak menangis atau nak jumpa aku?…” usik Yusri. Sarah mencubit lengan Yusri perlahan. Disekanya airmata dengan hujung lengan baju kurung.

“Nanti sekejap…” kata Sarah. Dia membelek tengkuk Yusri-mencari rambut panjang lelaki itu. Kemudian Sarah menguntum senyum lega .

“Kalau aku beritahu kau, rambut yang kau tengok tadi rambut palsu, kau nak patah balik ke Kuala Lumpur tak?”

“Jangan cabar aku Yus. Kau jangan main-main.” Sarah berhenti melangkah dan memaksa Yusri membuka topi keledar. Yusri ketawa kecil.

“Sarah…kau ni sayang aku atau sayang kat rambut aku aje?” pertanyaan Yusri tak mampu dijawab oleh Sarah. Gadis manis itu sekadar menundukkan wajah dan berhenti tidak jauh dari motor Kriss Yusri.

Siapa tahu, ketika itu Yusri benar-benar merasakan kehangatan rindu kepada Sarah. Bagaikan menyambut kepulangan insan yang didamba. Namun benarkah Sarah juga merinduinya seperti dia sekarang? Yusri cuak memikirkan musibah kemudian hari. Mungkinkah hati Sarah masih seperti dahulu? Mungkinkah Sarah sudah dipikat oleh jejaka kota metropolitan? Yusri sedar Sarah cantik dan manis, kelembutan yang miliki gadis itu bisa menggegar iman seorang lelaki. Tiba-tiba hati Yusri ditumbuhi dedaun cemburu……


~bersambung.

Saturday, 25 June 2011

PUDING ROTI KAK LOLA

Aku sebenarnya masih demam, kepala pusing dan sendi rasa pedih-pedih. tapi tekak ni jahat rupanya. masih teringin nak makan sesuatu yg menyegarkan. aku sibuk menggesa suamiku turun ke kedai membeli sebuku roti. walau roti bodoh-bodoh pun tak apa ( tak ada jenama). dalam kemalasan yang amat sangat, suamiku turun juga ke kedai. diajuga nantinya yang makan banyak sebab memang kegemarannya, so aku pun main suruh saja la...saya sayang abang.sebab tu saya nak buat..hehehhe.

Bahan-bahanya:

Sebuku roti
sepeket agar-agar ( peket panjang )
1 1/2 cawan gula pasir ( ikut suka )
1 peket air (sukatan peket agar-agar tadi)
3/4 peket santan pekat ( sama juga ikut sukatan peket agar-agar tadi)
pewarna

corak yang terbentuk dengan sudu



Cara membuatnya:-

1. Masak agar-agar dengan gula dan air sampai agar-agar betul-betul larut. jangan malas mengacaunya kerana jika tidak larut, nanti agar-agar anda nampak selekeh.

2. sementara menunggu agar-agar masak dan larut, rendam sebuku roti ( kirai-kiraikan) dalam air santan kelapa tadi. Kisar hingga lumat.

3. Masukkan  roti kedalam agar-agar yg sudah betul-betul larut bersama gula

4. tapis adunan yang telah masak dan bahagi kepada 2-3 bekas untuk dititiskan pewarna.

5. Untuk membuat lapisan seperti marble, cara paling mudah ialah tuang satu bahagian yang telah diwarnakan, diikuti dengan satu bahagian lagi di tengah-tengahnya ( kena hati-hati jangan gelojoh) dan satu bahagian lagi jika anda membuat 3 warna. ambil sudu dan buat laluan ke atas sekali dan tarik ke bawah sekali. jangan kacau, cuma melalukan sudu sahaja, kelak anda akan dapat corak marble.

6. Sejukkan sebelum dipotong..taraaa.



Setelah dipotong-potong..yummy

so, dapatlah jiran-jiran merasa puding roti ini malam tadi. alhamdulillah, hari ini nak buat lagi sebab suami sangat sukakakannya..yeahh..

HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....