BUKANKAH
KENANGAN ITU TERLALU INDAH
26.3.2009-10.15malam
Sarah berbaring di atas katil setelah usai mandi,menukar
baju dan solat Isya’. Roslan belum pulang dari pejabat. Malam ini..hati, akal
serta fikirannya benar-benar berserabut.
Dalam minda separuh sedarnya, dia bagai
telah lama ‘tinggal’ di sebuah rumah cantik ditepi pantai, jauh dari tanahair.
Tinggal bersama insan lain. Setiap hari dia membayangkan betapa indahnya
suasana tersebut, menghirup udara dingin dari lereng pergunungan, dengan taman
bunga selaut mata memandang dan dilimpahi kasih sayang setiap masa!
Namun itu hanyalah fantasi. Sedangkan realitinya
adalah kelangsungan hidup, bersendirian setiap masa, menghabiskan waktu-waktu
terluangnya hanya bercakap pada diri sendiri. Sungguh dia jemu. Dapur rumahnya
juga sentiasa bersih dan licin kerana dia sudah tidak memasak lagi. Dirinya bagai
terpenjara pada kemewahan yang diberi. Sarah berasa sangat sunyi, keseorangan. Tiba-tiba
Sarah menangis, pipinya panas dan pedih. Dia terlalu rindukan seseorang, sahabatnya, jiwanya..kenangan itu sungguh menyiksakan, merenggut segenap inci jiwa dan raganya. Sarah sudah tidak tertahankan, perasaannya sudah lebur sejak sekian lama. aku kena beranikan diri..getus hati kecilnya. Dia bangkit dari katil dan mencapai
sebuah beg besar..
PERGILAH
SAYANG
26.3.2009-11.30 malam
Kereta Roslan baru berhenti digaraj bila Sarah selesai berkemas. Beg besar berisi beberapa pakaian diusung keluar dari bilik.
Mereka bertembung di muka pintu. Kunci kereta roslan terlepas dari
genggamannya.
“Sarah nak pergi mana sayang..”
Sara mendiamkan diri, dia mendapatkan
roslan, mengambil tangan kanan lelaki itu dan menciumnya.
“Izinkan Sarah mencari
ketenangan buat beberapa hari ini, Sara janji akan pulang bila hati Sara sudah
tenang”.
“Benarlah Sarah nak
tinggalkan abang…”
“Sarah perlukan
ketenangan..biarlah Sara pergi”.
“Sarah…”
“Maafkan Sarah bang….jaga
diri abang baik-baik, Sarah akan pulang nanti”.
Sarah terus berlalu keluar. Sebuah teksi yang
dipanggil sebelum berkemas tadi sudah berada di bahu jalan menunggunya. Sebaik
saja dia masuk ke dalam perut teksi, Sarah tidak memandang lagi kearah rumah
itu, juga seorang lelaki yang termangu-mangu di muka pintu.
Hatiku sudah melangkah pergi sayang dan aku
tidak tahu bila aku akan kembali ke sisimu lagi. Namun percayalah, aku masih
lagi seorang isteri yang tahu batas-batas seorang isteri, meski aku tidak lagi
mencintaimu seperti dahulu…benarkah..
-bersambung.