BERDUSTAKAH ENGKAU KEPADAKU SAYANG….
Sudah sebulan peristiwa
pahit itu berlalu. Sarah sudah hampir melupakan apa yang terjadi dikampungnya
pada hari pertunangan dia dan Roslan. Namun entah bagaimana, Mak Bedah
menemuinya di pejabat dengan wajah tenang. Sarah menjemputnya keluar ke kantin,
tak manis pula jika bersembang di pejabat dan dicuri dengar oleh teman-teman.
Puan Hamizah memberi izin kepada Sarah untuk keluar sebentar.
“Macamana
Mak cik boleh sampai ke mari? Datang dengan siapa?..”
“Aku
datang dengan abang Sarip. Dia ada di luar, sengaja aku tinggalkan dia sebab
nak jumpa kau sorang Sarah.”
“Kenapa
tak telefon dulu, boleh Sarah bawa Mak cik tidur kat rumah.”
“Beginilah
Sarah…mak cik nak minta maaf pada kau sebab tuduh kau yang bukan-bukan. Yusri
dah berterus-terang pada mak cik perihal kamu berdua. Mak cik mengaku mak cik
silap pisahkan kamu dulu.”
“Apa
ni mak cik….Sarah tak faham…”
“Kalau
kau masih sudi menerima Yusri, baliklah ke kampung nak…kau yang sepatutnya
menjadi menantu mak cik. Yusri beritahu mak cik, dia tak buat perkara-perkara
tak baik kepada kau. Mak cik saja yang berburuk sangka…”
“Ya
Allah…..” Sarah terkedu. Jauh dilubuk hatinya, satu perasaan tenang
menyelubungi jiwa. Terima kasih Allah kerana tidak membiarkan aku
terus-terusan ditaburi fitnah.
Sarah memandang wajah Mak Bedah,
sayu benar orang tua itu dalam mengharapkan pengertian, kemaafan dan harapan
masa depan untuk anak dan cucunya.
“Tapi saya tak layak
untuk anak mak cik…biarkan saya sendiri di sini. Mak cik pulanglah…saya tak
mahu menyimpan apa-apa kenangan antara kita. Anggap saja semua itu tak pernah
berlaku.”
“Hanya
kau yang boleh kembalikan anak aku Sarah…Yusri menderita sekarang, mak cik tak
tahu nak buat apa lagi. Dia selalu berdiam diri dan kadang-kadang mak cik
dengar dia menangis dalam biliknya. Buat masa sekarang, anaknya diserahkan
kepada keluarga Intan, kalau kau tak tolong aku, siapa lagi Sarah?.”
Penuh mengharap Mak Bedah petang itu. Namun
rayuan tersebut bagai tidak langsung dapat mencairkan hati Sarah.
“Saya
dah bertunang mak cik, saya tak akan meninggalkan tunang saya semata-mata
kerana kasihan terhadap Yusri dan mak cik. Saya dah redha apa yang berlaku jadi
janganlah merayu saya kembali kepada Yusri seperti dulu.”
“Mungkin
kau perlukan masa…sebelum kau mendirikan rumahtangga dengan Roslan, fikirlah
masak-masak Sarah..mak cik tunggu keputusan kau. Mak cik akan jadikan kau
menantu mak cik..”
“Semudah
itu mak cik? Mak cik tak ingat betapa hinanya saya dari pandangan mak cik
sekeluarga hingga menyebabkan saya terbuang dari kaum keluarga?Mak Siti dah
meninggal, minta ampunlah banyak-banyak dari Allah SWT, buat masa sekarang saya
tak mampu untuk memaafkan mak cik…”
Mak Bedah tertunduk. Malu.
Sarah mengusap wajahnya yang dibasahi peluh gementar dengan belakang tangan.
“Aku tahu aku bersalah
terhadap kau Sarah…tapi aku dah tua, kalau boleh aku nak Yusri gembira seperti
dulu.”
“Boleh mak cik bagi
semula aruah mak cik saya yang mak cik hina hingga dia sakit dan meninggal tu
sekarang? Saya rindukan dia dan sepatutnya mak cik minta maaf dari dia.....”
Mak Bedah menangis. Sayu
bunyinya. Dia tahu kedatangannya hanya perbuatan sia-sia. Hati Sarah sudah
hancur, tak mungkin dia dapat memaafkan kesilapan Yusri dan hati tuanya
sendiri. Sebenarnya dia cuma mengharapkan Sarah dapat memaafkan dia sekeluarga,
itu sudah memadai. Jodoh adalah ketentuan Allah S.W.T. tapi nampaknya Sarah
seperti tidak ingin memaafkan mereka. Itu juga hak Sarah…Mak Bedah tak dapat
berbuat apa-apa..
“Aku balik dulu Sarah…jaga
diri kau baik-baik. Jika kau masih sudi, jenguklah aku kat kampung bila kau
balik. Aku dah tua, entah esok, entah lusa aku akan pergi selama-lamanya.
Maafkan kami..assalamualaikum.”
Sarah memandang orang tua
itu berlalu. Hatinya amat sayu hingga dengan tidak disengaja, airmata hangat
menitis secara tiba-tiba.
Aku tak sekejam itu
mak cik…aku tak sekejam itu. Sarah berlari anak
mengejar derap langkah Mak Bedah yang masih berada di simpang kantin. Dia
mendapatkannya lalu mencium kedua belah tangan orang yang selama 22 tahun ini
dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. Mereka berpelukan. Lama.
“Sarah maafkan mak cik
sekeluarga. Sarah masih anggap mak cik macam ibu Sarah..percayalah, Sarah tak
pernah lupa…”
“Kau memang budak yang
baik Sarah…”
“Tapi mak cik….maaf
saya ini bukanlah bererti saya mahu menerima Yusri. Saya tetap akan bernikah
dengan Roslan. Dengan Roslan..saya minta diri dulu.”
Sarah pantas meninggalkan
Mak Bedah termangu sendirian di situ. Sarip – anaknya, datang lalu
membawanya pulang ke kampung.
Sepanjang perjalanan
pulang ke kampung, Mak Bedah menghamburkan segala tangisan yang terbuku dalam
dada. Tangisan kesalan yang diyakini tak mampu membasuh kehampaan yang bersarang
dijiwanya.
…………………………………………….
SEMUANYA TELAH TERSURAT
5 Mac 2003
Roslan mengajak Sarah
keluar membeli barang hantaran mereka di mana majlis telah ditetapkan dua bulan
dari sekarang di tempat yang biasa mereka kunjungi . Sedang asyik memilih
barang, bahu Roslan ditepuk dari belakang. Sarip- abang kepada Yusri. Wajah Sarah
berubah tiba-tiba. Berderau darahnya melihat raut wajah Sarip yang terkenal
dengan bengisnya.
“Kau
Roslan ya…” soalnya tegas. Roslan mengangguk.
“Ya..saya
Roslan. Abang ni kenal saya?..” nada suara Roslan bergetar dan kedengaran agak pelik. Sarah membatukan diri
di belakang tubuh Roslan.
“Aku
tak kenal kau tapi aku kenal budak yang jadi tunang kau ni..”seraya itu
roslan memandang Sarah dan memberi isyarat dengan mengangkat
bahunya…terpinga-pinga.
“Dia
abang Sarip, abang kepada kawan Sarah kat kampung.”
“Ha…kenal
lagi pun engkau. Aku ingat bila dah dapat tunang orang Bandar, dah lupa asal
usul. Atau kau mahu aku ingatkan kau siapa?..”
“Abang
Sarip kenapa?…apa salah Sarah? Sampai abang marah-marah macam ni? Malulah Sarah..”
“Ya…aku
Sarip. Aku Cuma nak mengingatkan kau saja. Kau dah tersalah pilih perempuan.
Perempuan ini tak layak jadi isteri kau kalau kau nak tahu…hei Sarah..berapa
banyak lelaki yang kau nak kecewakan, kau tinggalkan? Adik aku separuh sasau
sekarang, mak aku pulak dah jatuh sakit sebab kau…kalau kau tak balik jumpa dan
terima adik aku macam dulu, jangan panggil aku Sarip!”
Lelaki itu berlalu dengan amat angkuhnya. Meninggalkan Sarah dan Roslan
bagai termangu-mangu tidak tahu apa hendak dilakukan.
Sayang…berceritalah kepadaku….
Roslan sudah tidak
keruan. Sejak kembali dari membeli-belah bersama Sarah, hatinya jadi gusar,
jadi bingung, jadi tak keruan dan sejuta rasa lain yang bukan sengaja
dikarang-karang, sengaja diada-adakan. Hatinya mula merasakan bahawa Sarah
meyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang ditakuti, digeruni dan membayangi
kehidupannya sejak sekian lama. Tapi apa…dia tak dapat memberikan sebarang
gambaran.
Berkali-kali telefon bimbit itu direnungnya,
mengharap agar Sarah sendiri memberitahu namun seharian telefon masih lagi begitu, tidak berbunyi
menjerit-jerit seperti selalu.
“…sayang, beritahulah
abang apa yang berlaku dalam hidupmu. Aku pasti mampu menerimanya jika benar
kau ikhlas terhadap cintaku..”
Akhirnya, Roslan
memberanikan diri menelefon Sarah. Biar di mana dia berada, jawapan itu pasti
kutemui. Sungguh!
“Hello….Sarah, ni
abang ni..Sarah kat mana sayang ?..”
“…Sarah masih di sini,
masih wujud dalam hidup abang. Cuma jiwa Sarah sudah terbang, melayang-layang…”
“Sarah..beritahulah
abang…apa yang telah terjadi di dalam hidup Sarah.. Abang Cuma ingin tahu dan
abang akan menerimanya sepenuh hati…biar bagaimanapun kesudahannya…abang sayang
Sarah, Sarah tahu itu kan?..”
“….janganlah abang
berharap yang tidak-tidak. Sarah tidak akan menjanjikan apa-apa kebahagiaan
untuk abang. Sarah tak punya apa-apa untuk diberikan kepada abang…maafkan Sarah
andai abang terseksa kerana Sarah…hidup Sarah sudah seperti bangkai bernyawa,
nampak saja Sarah bahagia tapi sebenarnya kosong tiada apa-apa…Tuhan masih
sayangkan Sarah, diberiNya kuderat untuk menghitung hari yang tak pasti…”
“Sayang…..kenapa harus
berkata begitu…abang ada di sisi Sarah, kenapa berputus asa sayang….”
Hujung talian sesak dengan suara tangisan Sarah.
Dia sudah tidak berdaya untuk menerangkan kepada tunangnya sendiri. Kepedihan
dalam jiwa dan hidupnya buatkan dia sengsara dan kecewa. Bagai sudah tiada
harapan untuk masa depan.
“Abang
datang ambil Sarah ye sayang…kejap lagi abang sampai. Sarah tunggu..”
Tidak sampai setengah jam, kereta Roslan
sudah berlabuh di hadapan pintu pagar rumah sewa Sarah. Sarah yang hanya
berbaju kurung biasa dan bertudung panjang masuk ke perut kereta dan mereka
hilang dalam kesesakan jalan raya.
Di tepi tasik, dalam kedinginan suasana
petang selepas hujan, Roslan masih terus membiarkan Sarah mengelamun.
Sekali-sekala kedengaran esak tangisnya tanda dia masih lagi belum pulih dari
kejadian semalam.
“Sayang…abang tak
marah sayang la pasal semalam. Janganlah buat abang risau…kan abang dah kata,
walau apa sekalipun yang sudah terjadi terhadap Sarah..abang akan teima. Cuma
sekarang abang mahu Sarah bercerita tanpa berselindung apa-apa lagi pada
abang…bolehkan?..sayang?..”
Sarah membuka jemarinya,
memperlihatkan sepasang tangan yang putih mulus dan di jari manis itu ada
sebentuk cincin permata satu. Dia membuka cincin itu dan diunjukkan kepada
Roslan. Terkejut lelaki itu.
“Sarah sedar apa yang Sarah
buat ini?..”
“Inilah jawapan kepada
semua persoalan abang. Sarah dah tak ada jawapan….harap abang mengerti. Dan
jangan soal Sarah lagi..”
“Sarah!!!” Roslan menggoncang tubuh Sarah berkali-kali. Hampir lemas gadis itu.
Namun tiada tangisan yang keluar. Sarah seperti sudah ‘mati’.
“Sarah minta maaf…Sarah
minta maaf..hanya inilah jalan penyelesaian untuk kita abang..”
“Abang tahu Sarah
sengaja mahu menghukum abang. Jangan menyeksa abang Sarah…abang mahu jawapan
dari Sarah..abang mahu jawapan kenapa Sarah buat abang macam ni…cakaplah Sarah..cakaplah”
Sarah tersedan lagi.
Roslan bagai hilang arah dan tiba-tiba dia menjerit sekuat hati. Marah sungguh
dia dengan situasi yang makin membungkam begini.
“Marilah hantar Sarah
balik…Sarah nak balik abang. Nanti di kereta Sarah ceritakan kepada abang. Sarah
letih sangat..”
“Marilah…Sarah demam
ni, kita ke ruman kak Mizah ye?.”
“Tak Mahu. Sarah tak
mahu menyusahkan dia. Sarah nak berehat di rumah sahaja..”
“Baiklah..”Mereka beredar ke kereta dan Sarah menyandarkan badan ke kusyen.
“Abang..cinta pertama
sarah ialah Yusri dan Sarah tak dapat melupakan dia sampai bila-bila. Sarah tak
mahu memberikan abang harapan palsu, Sarah tak mahu abang terkilan nanti. Maafkan
Sarah sebab tak mampu mencintai abang sepenuhnya”
Roslan mengeluh. Berat dan panjang. Hatinya berdebar-debar namun
mindanya memberikan kata-kata semangat memujuk hati bahawa dia dapat
menggantikan kasih Yusri secara perlahan-lahan. Roslan amat yakin hati Sarah
akan melupakan Yusri dengan kehebatan cintanya. Sungguh!
“Seandainya itulah
jawapan yang abang cari, Sarah tak perlu risau lagi. Abang dah tahu lama dah.
Abangpun dah maafkan Sarah . Abang tak mahu tahu kisah selanjutnya. Kasih abang
terlalu dalam untuk Sarah dan tak ada nilai lain yang setanding dengan itu Sarah..
percayalah”ujar
Roslan perlahan. Walau dia sendiri seakan kecil hati Sarah memberitahunya akan
hal itu disaat-saat Akhir menjelang pernikahan mereka, dia cuba untuk tidak
berlaku bodoh dengan bersikap keanak-anakkan terhadap Sarah.
“Terima kasih
abang…terima kasih”Sarah memeluk Roslan dan
tangisannya berhambur lagi di bahu lelaki itu. Roslan menepuk-nepuk bahu Sarah.
Hatinya masih tetap tak berganjak dari situ. Aku bukan lelaki ego sayang….
Kasihku kepadamu sangat berlebihan berbanding kasih seumur hidupmu bersama
Yusri-cinta hatimu.
****BERSAMBUNG...mampu ke Roslan hadapi hidup berumahtangga dengan insan yang mencintai orang lain??...
No comments:
Post a Comment