‘Sarah…aku dah dapat kereta baru. Marilah balik kampung.
Kau tak nak jalan-jalan dengan aku ke?” riuh suara Yusri di dalam telefon
memberitahu khabar yang menggembirakan itu.
“Nantilah…hujung bulan ni aku balik. Akupun tak sabar nak
merasa naik kereta kau tu. Sabarlah…mak cik aku macamana Yus?”
“Alhamdulillah…aku kau tak nak tanya ke?”
“Kau tentu sihat kan?”
“Kau silap, aku baru je baik demam. Mujur Tuhan
panjangkan umur aku. Baliklah cepat, aku betul-betul tak sabar nak jumpa kau.”
“Habis tu, kau dah betul-betul sihatlah ni?”
“Alhamdulillah…jangan risaulah kat aku Sarah. Aku macam
biasa saja, kau bukan tak tahu aku. Susah makan ubat. Mak aku ugut nak lari
dari rumah baru aku makan ubat panadol tu.”
Sarah
dan Yusri berdekah-dekah ketawa. Sesekali Sarah mendengar leter emak Yusri
kerana asyik bergaut lama di telefon. Sarah jadi terkesima. Bimbang dikata
menyusahkan duit saku Yusri.
“Dahlah Yusri, esok-esoklah aku telefon kau pulak. Nanti
melambung bil telefon rumah kau tu. Akupun nak balik ni, dah pukul 9 malam,
marah pulak kawan aku.”
“Baiklah. Bila kau dah dapat tiket bas esok, kau telefon
aku ye?”
“Iyelah…”
Sarah
meminta izin untuk pulang dari Kak Odah setelah mengucapkan terima kasih
menggunakan telefon. Dia belum berapa berani untuk memasang telefon di rumah
sewanya. Gajinya cukup-cukup untuk makan dan tambang bas saja. Biarlah dia
sedikit malu, biarlah dia bersusah payah asalkan poketnya tidak kekeringan di
tengah bulan.
Menjelang
hujung bulan dan bila cuti Sabtu minggu pertama, Sarah senyap-senyap pulang ke
kampungnya. Sengaja mahu memeranjatkan Yusri. Hatinya cukup berbunga riang bila
mengingatkan wajah terkejut pemuda sahabatnya itu. Tentu Yusri merajuk dan
marah-marah. Sarah ambil keputusan untuk pulang pada pagi hari Sabtu. Dia
menjangka-jangka akan tiba jam sebelas pagi.
Mak
Siti terkejut kepulangan Sarah kali ini bersendirian tanpa dijemput oleh Yusri.
Wanita lebih separuh abad itu mula tertanya-tanya kenapa dan mengapa.
Bermusuhankah dua sahabat itu?
“Tak
ada apa-apalah mak cik. Saja nak bagi Yus terkejut. Dia tak kerja hari ini kan?
Tentu tengah tidur lagi tu…Sarah nak pergi rumah dialah mak cik.”
“Baik-baik kat rumah orang tu. Hemm…tak sempat-sempat nak
minum. Perangai kau orang ni sama aje dari dulu.”
Sarah
cuma tersengih lalu mencapai basikal buruk di tepi tangga. Perlahan-lahan
dikayuhnya ke rumah Yusri yang tidak berapa jauh itu. Dari jauh dia sudah
melaungkan salam membuatkan Mak Bedah terperanjat sehingga terlepas kain batik
basah yang mahu dijemurnya.
“Buat
Mak bedah sakit jantung saja kau ni Sarah. Hah! Bila baliknya?”
“Baru
je Mak Bedah. Belum masuk rumah pun.” Ujar Sarah setelah menyalami penuh
hormat tangan orang tua itu.
Sarah
perasan perubahan sikap Mak Bedah kepadanya sejak mereka bersalaman tadi.
Mengapa Mak Bedah lekas-lekas menarik tangannya bila dia mahu menciumi seperti
biasa? Ah…mungkin Mak Bedah malu agaknya tangan itu masih berbau getah keping
biar sesudah mandi tadi. Persoalan itu tidak sedikitpun menyebabkan mood Sarah
berubah. Dia tak perlu berpransangka buruk kepada Mak Bedah yang sudah seperti
ibunya sendiri.
“Yus
mana Mak bedah. Keretanya ada ni..”
“Ada
kat biliknya tu. Letih sangat, maklumlah sekarang ni kena kerja kuat nak
menyara bini baru. Semalam dia ambil overtime sampai subuh. Tak payah ganggu
dialah Sarah. Kau pergi balik dulu, mandi, makan nasi, berehat…karang petang
barulah datang..”
Serta-merta
darah panas meruap naik ke muka. Tak pernah Mak Bedah berkelakuan begitu. Kalau
dulu, penat macamanapun, lewat macamanapun, dia tak pernah melarang Sarah dari
megejutkan Yusri dari tidur. Mengenangkan kebenaran kata-kata Mak Bedah
sebentar tadi, Sarah mencapai basikal buruk lalu meminta izin balik ke rumah
saja.
Mak
Siti dapat membaca riak suram di wajah anak saudaranya itu. Dia juga sebenarnya
ingin memberitahu sesuatu, tapi kerongkongnya seperti dihalang duri tajam dan berbisa. Sayangnya kepada
Sarah tak ubah seperti sayangnya kepada aruah adik yang telah lama pergi.
Sebolehnya dia tak mahu Sarah menangis di sepanjang hidup kerana tak dapat
menggenggam sesuatu yang diidamkan.
Sehingga
petang, Sarah masih teragak-agak mahu ke rumah Yusri. Keriuhan anak-anak
sepupunya tidak juga dapat menghiburkan hati gadis itu.
Dia
memanggil Kiah-akan sepupunya yang nombor tiga. Berlari-lari gadis sunti itu
menuju ke arah Sarah.
“Ada
apa cik Sarah?”
“Boleh
tak Kiah pergi rumah abang Yus, cakap kat dia, cik Sarah tunggu kat tepi sungai
sekarang. Nanti Kiah datang samalah.”
“Upah..”
Kiah yang
kecil juga tahu menadahkan tangan menanti habuan.
“Buat
kerja dulu, baru dapat upah. Cepat, cik nak pergi sungai ni.”
Sarah
mengambil tempat digigi air. Melabuhkan punggung di batu-batu besar yang
tersedia. Di hujung sana kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang leka
bermain air.
Selang
beberapa lama kemudian, kelibat Kiah muncul dari sebalik pokok besar di tepi
jalan. Wajahnya kalut saja. Sarah tak dapat mengagak berita yang hendak
disampaikan kepadanya.
“Macamana
Kiah? Abang Yusri ada?”
“Atuk
Bedah tak kasi masuk rumah dia. Dia suruh Kiah balik, abang Yusri tengah
mandi.”
Jawapan
itu cukup menghampakan Sarah. Kenapa Mak Bedah melarang Kiah yang seperti
cucunya itu dari masuk ke dalam rumahnya? Selama inipun kaki kotor Kiah
adik-beradik itulah yang selalu menginjak tangga dan menyepahkan lantai
rumahnya. Pelik juga dirasakan di dalam hati Sarah. Mungkinkah Mak Bedah sudah
berubah semenjak Yusri membeli kereta?
Akhirnya
Sarah pulang ke rumah dengan hati yang sebal. Fikirannya mulai berkecamuk
antara sedih dan tertanya-tanya.
Mak
Siti dapat melihat bayang-bayang duka pada riak wajah Sarah. Selama membesar
dihadapan matanya, jarang Sarah berkeadaan begitu. Dihampiri Sarah yang sedang
bermenung di tepi jendela. Dia memeluk kedua belah lututnya kemas.
“Kenapa
menung aja ni? Dah makan nasi?”
“Ohh…tak
ada selera mak cik. Yana dah balik dari kerja?”
“Sekejap
lagi baliklah tu.”
“Kau
tak jumpa Yusri tadi?”
“Dia
letih, Sarah tak nak ganggu dia mak cik. Biarkanlah…bukan terus tak jumpa kan?”
“Apa
kata Mak Bedah?”
Sarah
memandang wajah Mak Siti sekilas. Serba salah hendak diberitahu tentang situasi
begini kepada orang yang bukan sebaya. Jika dia adalah ibu kandungku,
tidaklah aku terlalu malu untuk bercerita…
“Kiah
kata…orang tua itu tak kasi dia masuk rumahnya, betul?”
“Kiah
cakap bohong mak cik..”
“Cucu
dan keturunan kita bukan orang yang suka berbohong nak. Aku tahu dan dah faham
kenapa Bedah buat aku macam ni sekarang. Dia rasa dirinya dah jadi orang kaya
sejak Yusri beli kereta. Maklumlah…bukan ramai orang kampung kita beli kereta,
kalau adapun kereta buruk.”
“Mak
cik…Sarah tak faham.”
PIN!PIN!!….bunyi
kereta mengejutkan bicara kedua beranak itu. Sarah mengintai dari celah dinding
yang agak renggang. Kereta kancil!!
“Assalamualaikum…mak
cik!”
laung suara Yusir girang dari anak tangga. Mak Siti membukakan pintu dan
tersenyum melirik kepada anak muda yang telah banyak mewarnai hidupnya.
“Masuklah
Yusri. Sarah ada kat dalam.”
“Dia
dah balik?!”
“Tengahari
tadi..”
tanpa banyak soal, Yusri melompat terus dua anak tangga dan menemui Sarah yang
sedang merenungnya dari pojok dinding.
“Hei…kenapa
balik tak beritahu aku? Kau sengaja nak
buat aku terkejut eh?…”
“Maaflah.
Aku ingat kau tak suka aku balik.”
“Apa
yang kau merepek ni? Kau ada bawa hadiah untuk aku tak?”
“Lupa
nak beli. Tengahari tadi aku…aku…aku baru sampai, jadi tak sempat nak pegi
rumah engkau.”
“Jom
aku bawa kau ke pekan. Mak cik nak ikut tak?”
‘Tak
mahulah…lagipun sekejap lagi Yana balik kerja, kalau mak cik pergi, tentu dia
seorang kat rumah . kau pergilah bawa Sarah.”
“Okey.
Jom Sarah, cepat pakai tudung.”
“Aku
letihlah.”
Yusri
tak jadi berdiri. Dia turut melabuhkan punggung disisi Sarah. Mak Siti berlalu
ke dapur untuk memberi keselesaan kepada Sarah meluahkan apa yang terbuku dalam
hatinya sepanjang hari tadi.
“Aneh
kau ni..kenapa tiba-tiba kau berubah? Kau dah jumpa ramai kawan yang standard
dengan kau ye?”
Sarah
memandang sepi wajah sahabatnya seorang itu. Kekalutan yang diterima sejak
siang tadi masih menghantui minda jujurnya. Sandiwara apa yang sedang dilakon
oleh kedua beranak ini?
“Kau
masih rindukan aku Yus?”
“Masih
tak percaya? Aku baru je baik demam. Hari tu ingatkan dah elok. Mungkin aku
terlalu ingatkan kau..”
“Terima
kasih Yus. Aku percayakan kau. Tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa kau begitu
jauh dengan hidup aku.”
“Perasaan
kau saja..marilah aku bawa kau ke pekan, ?” pujuk Yusri lembut. Sarah tersenyum dengan kesabaran
Yusri memujuknya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengenakan tudung. Kain
batik yang dipakainya diganti dengan seluar Khaki kelabu. beg kecil disisipkan
ke poket seluarnya.
Sarah
mencari kelibat Mak Siti di dapur. Orang tua itu sedang menjerang air untuk
dibuat kopi kegemarannya. Nasi yang dipanaskan itu mengeluarkan aroma yang enak
dan menyelerakan.
“Mak
cik…Sarah nak keluar dengan Yusri.”
“Pergilah
nak…hati-hati keluar tu. Pandai-pandailah jaga diri.”
“Sarah
tahu mak cik.”
Selepas
bersalaman dengan Mak Siti, Sarah membuntuti langkah Yusri turun dan terus
menaiki kereta. Hanya selepas kereta melewati jalan besar di kampung itu, Sarah
memberanikan diri membelek-belek hiasan kereta Yusri. Lelaki itu hanya tersenyum.
Melirik memandang gadis pujaannya yang kelihatan ceria semula.
“Kau
suka tak hiasan yang emak aku letakkan ni?”
“Apa-apa
saja yang mak kau suka, aku pun suka juga. Mak kau memang pandai buat
kraftangan macam bekas bunga telor ni. Cantik la.” Puji Sarah ikhlas.
‘Terima
kasih Sarah.”
Petang
itu, dua merpati sejoli mesra bergurau dan senda ketawa menikmati juadah petang
di warung abang janggut. Sarah menghirup kuah soto itu dengan laju seperti
sudah bertahun-tahun tidak dijamahnya.
Yusri
mengambil sehelai tisu dan dilapkan ke bibir Sarah. Kasih-sayangnya semakin
mendalam terhadap gadis itu, Cuma masa sahaja yang akan menentukan samada dia
berani atau tidak untuk pergi lebih jauh dari batas-batas persahabatan yang
telah sekian lama terjalin.
“Bestlah
hari ni. Aku happy sangat. Hilang sedih aku dah lama tak balik. Yus…dah dekat
maghrib ni. Jom kita pergi masjid dulu. Lepas tu kau kena bawa aku ke
Bandar..aku nak duduk di Tanjung Emas, tengok laut.”
“Marilah…”
~bersambung~
**kasihan Sarah...