Nuffnang ads

Sunday, 26 May 2013

CRUNCHY ALMOND a.k.a THE FLORENTINES

inilah tray aluminum yang buat bakar tu

Hari Khamis lepas, aku singgah ke Yummy Bakery di Bangi untuk membeli bahan-bahan membuat Biskut Florentine ni, aku dapat resepi tu dari kak Azlita Masam-Masam Manis. terasa mudah benar maka aku mulakan projek pada hari Jumaat nya kerana cuti Wesak Day.
aku gunakan Magic Pan jenama IKAN. dan bakar dalam tray aluminum saiz kecil-memang muat-muat magic pan itu lah. aku tak buat sekaligus, aku sukat guna cawan dan tengoklah hasilnya, memang sedap giler tapi kalau nak jual, aku tak tahulah berapa nak letak harganya, sebab kos bahan memang mahal.
sedappp..

hasil pertama baking, sedikit hangus tapi cukup rangup dan cukup rasa




kawan-kawan bolehlah cuba resepi ni tapi kalau beli tepung Florentine tu kat depan dia dah ada resepinya, ikut ajelah.

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Rujukan : Kak Patmah Aspar 
Ceduk idea dari kak Azlita masam manis

200 gm tepung Florenta-aku guna 1 cawan tepung florenta
200 gm badam keping-aku guna 1 cawan dan aku beli 500gm saja
100 gm kuaci hitam-aku guna 1/2 cawan dan aku beli 500 gm saja
20 gm bijan hitam-aku tak guna

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja-aku guna tray aluminum 
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


-petua berguna: kalau guna magic pan, sila letakkan alas dibawah tray supaya dasar biskut tak hangus dan ada peredaran udara. disebabkan tray aluminum tu kan macam muat-muat aje, aku gunakan peeler kentang sebagai pelapik tray dan alhamdulillah, kurang la hangus. 

sebelum masukkan tray yang ada adunan tu, panaskan magic pan dulu. dah cukup panas baru buka dan terus masukkan tray, tutup. kecilkan api tp jangan kecil sangat nanti tepung florenta tak cair. tujuan diletakkan tepung tu adalah sebagai agen pengikat kekacang dan rasa manis seperti biskut Bipang. 

sebaiknya beli pisau pemotong pizza sebab kalau guna pisau biasa, nanti potongan biskut tu tak cantik macam yang aku buat. aku dah buat anggaran kos, 1 cawan dapat 24 keping dan 1 peket tepung florenta dapat dalam 10 cawan ( anggaran ), so 1 peket dapatlah 240 keping ( kalau tahan tengok la..aku punya dah ramai terjun dalam perot masa kat dapor..)

kos bahan adalah dalam RM50.00 dan aku agak kalau nak kira dalam RM0.50 sekeping kot...entahlah. korang jual dalam gram atau keping? maaf la ye kengkawan kalau maklumat ni silap...masing-masing ada kehendak sendiri dan matlamat sendiri. kalau anggaran harga ni tersilap banyak untuk aku, maafkanlah ye.. 



No comments:

Nuffnang ads

About Me

My Photo
Hulu Langat, Kajang, Selangor, Malaysia
hidup itu indah jika tahu menghargainya dan ditaburi kasih-sayang seikhlas mungkin.