Monday 17 September 2012

PUDING SI JAGUNG MANIS



Cuti 3 hari digunakan untuk main masak-masak. hari Sabtu aku minta abang belikan sebiji jagung mentah di gerai tepi jalan. minta satu dibelikannya dua. hati dah tak sabar-sabar dah nak buat puding jagung sebab ituhari ada beli sepeket tepung kastad. mesti syok makan puding ni dengan kunyah biji-biji jagung tu..emmmm..berangan la awak.

sampai rumah je, lepas solat zuhur, terus ke dapur leraikan biji jagung tu, pas tu jerang kastad dan masukkan sekali la butiran jagung tadi, dalam hati dah terlonjak-lonjak nak makan. bila siap je, masukkan dalam bekas besar satu dan yang lebihnya isi dalam mangkuk comel nih. tak sempat nak tunggu sejuk, aku dah ambil sudu dan duduk bersantai di sofa empuk.

hahahahahaha..nak tahu rasanya?...yang aku ni kurenggg sangat akalnya kenapa ya?..patutnya jagung tu direbus letak garam dulu, ni tidak...terus burrrrrr...dalam periuk kastad. walau manispun, tapi rasa mentah jagung tu rasa la juga. lepas tu test suruh abang makan, bila tanya sedap tak? selamba je dia kata eeeee..tak sedappppppp..eeeeee....tengok?? kurang asam. sedih tau.


ada lagi la tu kat rumah dalam peti ais. ingat nak masakkan koktail untuk bagi sedap sikit, tapi mood tengah marah langsung tak hingin nak masak. biar la 2-3 hari gitu. heheehehe..tak la..saja tengah tak de mood kalau apa yg dimasak, pulak tu tadinya macam nak gila melompat-lompat dalam tekak, tak menjadi. cantik boleh harap tapiiii....








Wednesday 5 September 2012

MYGang






Kehidupan di pejabat kadang kala membosankan dan meletihkan namun ianya dapat diatasi dengan hubungan baik sesama rakan sejawat. di usia aku ini yang telah meningkat dan dikelilingi oleh rakan-rakan sejawat yang lebih muda, kadang-kadang terikut-ikut dengan rentak mereka, apa yang pasti hubungan kami sangat baik setakat ini. mereka juga amat menghormatiku yang lebih tua dan seringkali dijadikan tempat rujukan jika ada sesuatu masalah.

pada mulanya ditukarkan ke ibu pejabat dari daerah kecil adalah perkara yang besar pengorbanannya kepadaku. rasa pelik, janggal dan tidak selesa namun akhirnya bila aku membuka pintu hati dan minda, aku merasakan ujian pertukaran itu sesuatu yang istimewa daripada Allah SWT. tempat jatuh lagikan di kenang apatah lagi tempat mencari rezeki dan menghabiskan separuh hari di situ. lama kelamaan jatuh cinta dengan tempat kerja dan merasakan keselesaan dari segenap penjuru. kerja sampai mati pun tak habis tapi keselesaan serta hati senang adalah sesuatu yang tak mungkin dapat digantikan dengan WANG.

perjalanan menuju ke pencen adalah lama lagi dan aku berharap semuanya diberkati Allah SWT. semoga disepanjang perjalanan itu nanti, aku dilindungi olehNya. Amin.

Tuesday 4 September 2012

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!





salam semua, 

pejam celik pejam celik rupanya budak lelaki kecil yang nakal berlari-lari dengan botol susu besarnya itu dah pun berusia 13 tahun...tarikh lahirnya ialah pada 07.09.12 jumaat ini dan ayahnya dah suruh aku tempahkan sebiji kek karamel kegemaran dia dengan kawanku. harap-harap kek tersebut selamat tiba di hulu langat dari putrajaya.

pelbagai kisah suka dan duka aku alami selama membesarkan dia, dari selalu tidur di lenganku hingga mengelamun sendirian di biliknya, aku merasakan bagai tak mahu dia membesar sebagai remaja. aku masih mahu merangkulnya dan menciumnya walau selalu juga kucubit dan lepik peha gebunya kerana nakal dan hyperaktif. bukan senang nak jadi seorang ibu, banyak perkara perlu dikorbankan demi kepentingan anak. tapi aku tak pernah menyesal dan selalu berharap untuk memberi yang terbaik kepadanya. aku tahu aku bukan seorang ibu yang sempurna atau lebih tepat lagi POPULAR. mungkin aku harus menukar rentak didikan dan kebimbangan bila dia menginjak usia begini. aku takut dia akan keluar dari rumah dan tidak meghiraukan nasihat kami lagi. anak-anak di zaman ini berbeza dengan kami di zaman dahulu.

dia berbeza dari anak-anak yang lain, cepat sangat terasa dan merajuk, cuma aku ini tidak mahu melayan sangat karenah manjanya secara berlebihan. kuajarnya melakukan tugasan rumah dan menitik beratkan tanggungjawab mendengar kata ayahnya. aku tak mahu dia kelak lupa diri dan tenggelam dalam arus dunia remajanya. biarlah sekarang ini dia merasakan aku banyak berleter tapi kelak suatu masa bila tiba saatnya dia hidup berdikari, dia akan mengetahui betapa berkesannya leteranku selama ini. ibarat main layang-layang,  harus pandai mengawal tali.

aku sayangkan dia, cuma aku tak tahu bagaimana hendak kuluahkan dengan kata-kata. remaja hari ini jika di nasihati itu ini, dianggap leteran, bebelan. kadang-kadang aku diamkan diri sepanjang hari atau beberapa hari dan yang kelakarnya dia tahu pulak aku merajuk atau marah lalu berjaga-jaga mengawal kelakuan agar 'yang terpendam tidak meletus bagaikan gunung berapi'. pernah dia bertanya ayahnya samada kami bergaduh kerana suasana di rumah sunyi sepi tanpa suaraku. hahahaha...bukan marah cuma malas hendak bercakap kadang-kadang.

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 13 sayangku dan ibu sayangkan kamu dunia akhirat, demi Allah SWT yang memberi ibu nyawa serta sedikit kasih sayang. semoga kamu menjadi anak yang soleh dan diberkati di dunia dan akhirat serta bertanggungjawab terhadap ayah dan ibu di suatu masa kelak saat kami memerlukan kamu nak..







Monday 3 September 2012

HIDUP PENUH RANJAU:10



‘Sarah…aku dah dapat kereta baru. Marilah balik kampung. Kau tak nak jalan-jalan dengan aku ke?” riuh suara Yusri di dalam telefon memberitahu khabar yang menggembirakan itu.
 “Nantilah…hujung bulan ni aku balik. Akupun tak sabar nak merasa naik kereta kau tu. Sabarlah…mak cik aku macamana Yus?”
 “Alhamdulillah…aku kau tak nak tanya ke?”
 “Kau tentu sihat kan?”
 “Kau silap, aku baru je baik demam. Mujur Tuhan panjangkan umur aku. Baliklah cepat, aku betul-betul tak sabar nak jumpa kau.”
 “Habis tu, kau dah betul-betul sihatlah ni?”
 “Alhamdulillah…jangan risaulah kat aku Sarah. Aku macam biasa saja, kau bukan tak tahu aku. Susah makan ubat. Mak aku ugut nak lari dari rumah baru aku makan ubat panadol tu.”

Sarah dan Yusri berdekah-dekah ketawa. Sesekali Sarah mendengar leter emak Yusri kerana asyik bergaut lama di telefon. Sarah jadi terkesima. Bimbang dikata menyusahkan duit saku Yusri.

“Dahlah Yusri, esok-esoklah aku telefon kau pulak. Nanti melambung bil telefon rumah kau tu. Akupun nak balik ni, dah pukul 9 malam, marah pulak kawan aku.”
 “Baiklah. Bila kau dah dapat tiket bas esok, kau telefon aku ye?”
 “Iyelah…”

Sarah meminta izin untuk pulang dari Kak Odah setelah mengucapkan terima kasih menggunakan telefon. Dia belum berapa berani untuk memasang telefon di rumah sewanya. Gajinya cukup-cukup untuk makan dan tambang bas saja. Biarlah dia sedikit malu, biarlah dia bersusah payah asalkan poketnya tidak kekeringan di tengah bulan.
  
Menjelang hujung bulan dan bila cuti Sabtu minggu pertama, Sarah senyap-senyap pulang ke kampungnya. Sengaja mahu memeranjatkan Yusri. Hatinya cukup berbunga riang bila mengingatkan wajah terkejut pemuda sahabatnya itu. Tentu Yusri merajuk dan marah-marah. Sarah ambil keputusan untuk pulang pada pagi hari Sabtu. Dia menjangka-jangka akan tiba jam sebelas pagi.

Mak Siti terkejut kepulangan Sarah kali ini bersendirian tanpa dijemput oleh Yusri. Wanita lebih separuh abad itu mula tertanya-tanya kenapa dan mengapa. Bermusuhankah dua sahabat itu?

“Tak ada apa-apalah mak cik. Saja nak bagi Yus terkejut. Dia tak kerja hari ini kan? Tentu tengah tidur lagi tu…Sarah nak pergi rumah dialah mak cik.”
 “Baik-baik kat rumah orang tu. Hemm…tak sempat-sempat nak minum. Perangai kau orang ni sama aje dari dulu.”

Sarah cuma tersengih lalu mencapai basikal buruk di tepi tangga. Perlahan-lahan dikayuhnya ke rumah Yusri yang tidak berapa jauh itu. Dari jauh dia sudah melaungkan salam membuatkan Mak Bedah terperanjat sehingga terlepas kain batik basah yang mahu dijemurnya.
 “Buat Mak bedah sakit jantung saja kau ni Sarah. Hah! Bila baliknya?”

“Baru je Mak Bedah. Belum masuk rumah pun.” Ujar Sarah setelah menyalami penuh hormat tangan orang tua itu.

Sarah perasan perubahan sikap Mak Bedah kepadanya sejak mereka bersalaman tadi. Mengapa Mak Bedah lekas-lekas menarik tangannya bila dia mahu menciumi seperti biasa? Ah…mungkin Mak Bedah malu agaknya tangan itu masih berbau getah keping biar sesudah mandi tadi. Persoalan itu tidak sedikitpun menyebabkan mood Sarah berubah. Dia tak perlu berpransangka buruk kepada Mak Bedah yang sudah seperti ibunya sendiri.

Yus mana Mak bedah. Keretanya ada ni..”

“Ada kat biliknya tu. Letih sangat, maklumlah sekarang ni kena kerja kuat nak menyara bini baru. Semalam dia ambil overtime sampai subuh. Tak payah ganggu dialah Sarah. Kau pergi balik dulu, mandi, makan nasi, berehat…karang petang barulah datang..”

Serta-merta darah panas meruap naik ke muka. Tak pernah Mak Bedah berkelakuan begitu. Kalau dulu, penat macamanapun, lewat macamanapun, dia tak pernah melarang Sarah dari megejutkan Yusri dari tidur. Mengenangkan kebenaran kata-kata Mak Bedah sebentar tadi, Sarah mencapai basikal buruk lalu meminta izin balik ke rumah saja.


Mak Siti dapat membaca riak suram di wajah anak saudaranya itu. Dia juga sebenarnya ingin memberitahu sesuatu, tapi kerongkongnya seperti dihalang  duri tajam dan berbisa. Sayangnya kepada Sarah tak ubah seperti sayangnya kepada aruah adik yang telah lama pergi. Sebolehnya dia tak mahu Sarah menangis di sepanjang hidup kerana tak dapat menggenggam sesuatu yang diidamkan.

Sehingga petang, Sarah masih teragak-agak mahu ke rumah Yusri. Keriuhan anak-anak sepupunya tidak juga dapat menghiburkan hati gadis itu.

Dia memanggil Kiah-akan sepupunya yang nombor tiga. Berlari-lari gadis sunti itu menuju ke arah Sarah.

“Ada apa cik Sarah?”

 “Boleh tak Kiah pergi rumah abang Yus, cakap kat dia, cik Sarah tunggu kat tepi sungai sekarang. Nanti Kiah datang samalah.”

 “Upah..” Kiah yang kecil juga tahu menadahkan tangan menanti habuan.

 “Buat kerja dulu, baru dapat upah. Cepat, cik nak pergi sungai ni.”

Sarah mengambil tempat digigi air. Melabuhkan punggung di batu-batu besar yang tersedia. Di hujung sana kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang leka bermain air.

Selang beberapa lama kemudian, kelibat Kiah muncul dari sebalik pokok besar di tepi jalan. Wajahnya kalut saja. Sarah tak dapat mengagak berita yang hendak disampaikan kepadanya.

“Macamana Kiah? Abang Yusri ada?”

 “Atuk Bedah tak kasi masuk rumah dia. Dia suruh Kiah balik, abang Yusri tengah mandi.”

Jawapan itu cukup menghampakan Sarah. Kenapa Mak Bedah melarang Kiah yang seperti cucunya itu dari masuk ke dalam rumahnya? Selama inipun kaki kotor Kiah adik-beradik itulah yang selalu menginjak tangga dan menyepahkan lantai rumahnya. Pelik juga dirasakan di dalam hati Sarah. Mungkinkah Mak Bedah sudah berubah semenjak Yusri membeli kereta?

Akhirnya Sarah pulang ke rumah dengan hati yang sebal. Fikirannya mulai berkecamuk antara sedih dan tertanya-tanya.

Mak Siti dapat melihat bayang-bayang duka pada riak wajah Sarah. Selama membesar dihadapan matanya, jarang Sarah berkeadaan begitu. Dihampiri Sarah yang sedang bermenung di tepi jendela. Dia memeluk kedua belah lututnya kemas.

“Kenapa menung aja ni? Dah makan nasi?”

“Ohh…tak ada selera mak cik. Yana dah balik dari kerja?”

“Sekejap lagi baliklah tu.”

“Kau tak jumpa Yusri tadi?”

“Dia letih, Sarah tak nak ganggu dia mak cik. Biarkanlah…bukan terus tak jumpa kan?”

“Apa kata Mak Bedah?”

Sarah memandang wajah Mak Siti sekilas. Serba salah hendak diberitahu tentang situasi begini kepada orang yang bukan sebaya. Jika dia adalah ibu kandungku, tidaklah aku terlalu malu untuk bercerita…

“Kiah kata…orang tua itu tak kasi dia masuk rumahnya, betul?”

“Kiah cakap bohong mak cik..”

“Cucu dan keturunan kita bukan orang yang suka berbohong nak. Aku tahu dan dah faham kenapa Bedah buat aku macam ni sekarang. Dia rasa dirinya dah jadi orang kaya sejak Yusri beli kereta. Maklumlah…bukan ramai orang kampung kita beli kereta, kalau adapun kereta buruk.”

“Mak cik…Sarah tak faham.”

PIN!PIN!!….bunyi kereta mengejutkan bicara kedua beranak itu. Sarah mengintai dari celah dinding yang agak renggang. Kereta kancil!!

“Assalamualaikum…mak cik!” laung suara Yusir girang dari anak tangga. Mak Siti membukakan pintu dan tersenyum melirik kepada anak muda yang telah banyak mewarnai hidupnya.

“Masuklah Yusri. Sarah ada kat dalam.”

“Dia dah balik?!”

“Tengahari tadi..” tanpa banyak soal, Yusri melompat terus dua anak tangga dan menemui Sarah yang sedang merenungnya dari pojok dinding.

“Hei…kenapa balik tak beritahu aku? Kau sengaja  nak buat aku terkejut eh?…”

“Maaflah. Aku ingat kau tak suka aku balik.”

“Apa yang kau merepek ni? Kau ada bawa hadiah untuk aku tak?”

“Lupa nak beli. Tengahari tadi aku…aku…aku baru sampai, jadi tak sempat nak pegi rumah engkau.”

“Jom aku bawa kau ke pekan. Mak cik nak ikut tak?”

‘Tak mahulah…lagipun sekejap lagi Yana balik kerja, kalau mak cik pergi, tentu dia seorang kat rumah . kau pergilah bawa Sarah.”

“Okey. Jom Sarah, cepat pakai tudung.”

“Aku letihlah.”

 Yusri tak jadi berdiri. Dia turut melabuhkan punggung disisi Sarah. Mak Siti berlalu ke dapur untuk memberi keselesaan kepada Sarah meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya sepanjang hari tadi.

“Aneh kau ni..kenapa tiba-tiba kau berubah? Kau dah jumpa ramai kawan yang standard dengan kau ye?”

Sarah memandang sepi wajah sahabatnya seorang itu. Kekalutan yang diterima sejak siang tadi masih menghantui minda jujurnya. Sandiwara apa yang sedang dilakon oleh kedua beranak ini?

“Kau masih rindukan aku Yus?”

“Masih tak percaya? Aku baru je baik demam. Hari tu ingatkan dah elok. Mungkin aku terlalu ingatkan kau..”

“Terima kasih Yus. Aku percayakan kau. Tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa kau begitu jauh dengan hidup aku.”

“Perasaan kau saja..marilah aku bawa kau  ke pekan, ?” pujuk Yusri lembut. Sarah tersenyum dengan kesabaran Yusri memujuknya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengenakan tudung. Kain batik yang dipakainya diganti dengan seluar Khaki kelabu. beg kecil disisipkan ke poket seluarnya.

Sarah mencari kelibat Mak Siti di dapur. Orang tua itu sedang menjerang air untuk dibuat kopi kegemarannya. Nasi yang dipanaskan itu mengeluarkan aroma yang enak dan menyelerakan.

“Mak cik…Sarah nak keluar dengan Yusri.”

“Pergilah nak…hati-hati keluar tu. Pandai-pandailah jaga diri.”

“Sarah tahu mak cik.”

Selepas bersalaman dengan Mak Siti, Sarah membuntuti langkah Yusri turun dan terus menaiki kereta. Hanya selepas kereta melewati jalan besar di kampung itu, Sarah memberanikan diri membelek-belek hiasan kereta Yusri. Lelaki itu hanya tersenyum. Melirik memandang gadis pujaannya yang kelihatan ceria semula.

“Kau suka tak hiasan yang emak aku letakkan ni?”

“Apa-apa saja yang mak kau suka, aku pun suka juga. Mak kau memang pandai buat kraftangan macam bekas bunga telor ni. Cantik la.” Puji Sarah ikhlas.

‘Terima kasih Sarah.”

 Petang itu, dua merpati sejoli mesra bergurau dan senda ketawa menikmati juadah petang di warung abang janggut. Sarah menghirup kuah soto itu dengan laju seperti sudah bertahun-tahun tidak dijamahnya.

Yusri mengambil sehelai tisu dan dilapkan ke bibir Sarah. Kasih-sayangnya semakin mendalam terhadap gadis itu, Cuma masa sahaja yang akan menentukan samada dia berani atau tidak untuk pergi lebih jauh dari batas-batas persahabatan yang telah sekian lama terjalin.

“Bestlah hari ni. Aku happy sangat. Hilang sedih aku dah lama tak balik. Yus…dah dekat maghrib ni. Jom kita pergi masjid dulu. Lepas tu kau kena bawa aku ke Bandar..aku nak duduk di Tanjung Emas, tengok laut.”

“Marilah…”


~bersambung~



**kasihan Sarah...



KENDURI KAHWIN BOS

wajah kepenatan walau kenyang makan kenduri

bukan main hensem lg bos ni sengih. tahniah bos



01 September 2012, bos aku kahwin di Telok Panglima Garang, Selangor. Sebagai seorang kakitangan yang baik, aku sanggup ketepikan jemputan ke rumah kawan-kawan dan hadirkan diri ke majlis beliau. Gerak dari rumah jam 8.00 pagi dan tiba di rumah pengantin perempuan jam 10.30 pagi. Memanglah awal sebab kami risau sesat dan bertambah lewat. Memandangkan sampai awal, kami memutuskan untuk bershopping di sekitar pekan. naik turun pasaraya kecil disitu, hati tak berkenan pulak, jadi kehulu kehilir macam orang sengal ( sebab bukan pekan/bandar sendiri), abang memutuskan untuk tunggu dan park kereta di depan restoren mamak, bolehlah minum air untuk hilangkan dahaga. sampai saja di situ dengan hati yang bergelora untuk mendapatkan teh ais sempoi...tup tup kedai dah tutup. aisyehhhhh...cam tau je mamak ni kita nak ngeteh kat situ. sebelah kedai ada tapi pemiliknya India asli. langsung telan air liur aje la.

Bila jam dah menunjukkan angka 11.45 pagi, kami pun cepat-cepat turun dan bersalaman dengan mak cik di situ yang berkemungkinan saudara mara pengantin perempuan. perut tengah lapar dari tadi berdondang sayang, apalagi? capai pinggan dan taram lauk pauk. nasi ambil sedikit sahaja kerana nanti yang makan mesti abang juga. memang badanku besar sampai kakak yang nak bubuh nasi tu tertanya-tanya kalau aku nak tambah lagi beberapa senduk kerana tak percaya banyak itu je yang aku makan. aiyaaaa..malu sehh.

Sambil makan sambil tengok-tengok orang, dari jauh aku nampak bapa pengantin perempuan. memang tak kenal tapi dari gaya , air muka dan lengang lenggoknya, aku memang pasti 200% itu ayah kepada Diana-pengantin perempuan. bila nak balik, sempat lagi aku menyapa beliau dan berjenaka bahawa rupa parasnya tumpah ke Diana, gelak besar orang tua tu.

lebih kurang 30 minit aku menunggu bos sampai, buka pintu je aku terus minta izin nak ambik gambar tapi aisyehhh..bos kata kejap Lola, rupanya tali pinggang sampin bos terlucut. lama jugak nak ambik gambar. sampailah barisan kompang nak bermula, aku sempat lagi kata jap..jap..nak ambik gambar, selamba derk je la. bos marah aku nak balik cepat tp memandangkan orang sebelah dah muncung-muncung sampai boleh buat sangkut baju, aku pun ambil keputusan untuk balik. tak pe la bos, nanti tengok bini bos dalam facebook je.

nak masuk ke Hulu Langat pulak jem macam siput sedut tak cukup bulan. tersemput-semput . menyampah aku, tapi nak buat macamana, inilah hasil kejayaan Malaysia, itupun ramai rakyat Malaysia tak bersyukur. agaknya mereka nak sangat/meluap-luap nak rasa bagaimana diri dipijak bangsa asing dan berdiri di bawah kibaran bendera asing. itu jam kalau kita di langgar di tepi jalan macam kucing kurap dan langsung tak diperdulikan mati ke hidup ke...dah tak berguna dah. eh eh..apa hal lak aku melalut, malas la nak nak naikkan darah.

dalam kepala tengah berkira-kira nak buat puding bagaimana yang sedap dan senang untuk dibawa ke majlis hari raya bahagian khidmat pengurusan pada 07 September nanti. oh ya, hari itulah hari lahir anakku yang ke 13 tahun..ayahnya pesan minta aku tempahkan kek karamel dengan kawanku di putrajaya. yummy.


Sunday 2 September 2012

Kasut Raya 2012



Inilah rupanya kasut aku. beli di Johor Bahru di pasaraya Giant's JB. sangat selesa dan harganya pun tidaklah terlalu mahal berbanding apa yang di pamer di Facebook. cuma RM65.00 dan aku beli 2 pasang. sepasang lagi ada dalam kereta, warna krim dan bertali 2 di depan. mak mertuaku dah bising dengan susunan kotak kasut yang semakin bertambah di atas almari kasut dirumahku. yang penting? aku rayaaaaaa...


HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....