Wednesday 3 August 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H

Aku gembira dengan kedatangan bulan yang satu ini, melebihi kegembiraan meraikannya di Aidil Fitri. kerana aku merasakan pada bulan itu, aku sangat dekat dengan Allah SWT. aku dapat merasakan, hatiku disagat sayu dan kepiluan apabila berzikir kepadaNya. Bukan kepada aku sahaja malah kepada serata muslimin dan muslimat seluruh dunia. namun bagiku, tiada yang lebih menghibakan selain memanjatkan doa kepadaNya untuk aruah ibu tercinta-Siti Khalimah'tus Saadiah bt. Abd. Hamid yang telah pergi meninggalkan aku pada 16 Januari 1996-selepas aku menyambut ulang tahun kelahiran ke 23..seorang aku yang terlalu muda dan belum puas dengan kasih-sayang seorang ibu. kepada ibu, walau ibu telah pergi, aku tetap menyayangimu dan kini aku terlalu rindukan ibu. 15 tahun berlalu namun aku masih mengogoi menangisi pemergianmu. masih terbayang minggu pertama ibu pergi, aku bermimpikan ibu datang memelukku menyatakan rindunya kepadaku. bahkan, saat aku terjaga dari tidur, dakapan itu masih hangat terasa...aku sayang ibu, aku sangat cintakan ibu. biarlah ibuku itu miskin, namun dia telah membesarkan aku dengan caranya, semampunya. jika aku ceritakan kepada kamu, kamu akan menggeleng tidak percaya.

hari-hari bersama ibu sewaktu hayatnya, tiada yang semanis kenangan apabila tiap kali aku balik ke kampung di hari-hari cutiku, dia akan menyusuri jalan untuk menyambutku. dari jauh aku sudah melihat kelibatnya dan dia akan depangkan kedua belah tangan agar aku berlari kepadanya dan memeluk dia. ibu akan mencium pipiku sepuasnya..dapatkah kamu bayangkan bagaimana aku melawan kenangan itu. sampai aku tak mampu untuk balik ke kampung kerana bayangan tersebut. dan aku masih ingat, hari-hari terakhir beliau, ibu memakai pakaian yang aku belikan, warna biru kundang. kata mak cik-itulah pakaian yang dia minta dipakaikan sewaktu di hospital.

bila ibu sudah dibawa balik ke rumah, aku menemaninya setiap saat. hari aku hendak pulang semula ke johor bahru utuk meneruskan kerja, aku tergerak untuk memohon maaf dari ibu. namun kamu tau apakah jawapan ibu untukku?..bahawa dia bersyukur mempunyai anak perempuan sepertiku, yang berusaha menyaranya dan membelikan ubat, dan aku tidak berhutang dosa kepadanya walau sekuman pun, dan dia minta aku berjanji..wahai intan, sayang kasih payung mak, jika kau balik mak dah tak ada, berjanji tak akan menangis ye sayang..: kata-kata apakah itu?..aku sungguh tidak menyangka ibu sudah tahu dia akan pergi tanpa sempat aku melihatnya buat kali terakhir..ibu, ibulah kesayanganku. semoga roh ibu tenteram di sana, dan aku selalu doakan ibu akan masuk ke syurga. amin.

dan sejak itu, aku tak segembira orang lain untuk menyambut aidil fitri..sampailah sekarang. kerana tak mampu menghadapi saat demi saat hidup dalam bayangan aruah ibu. hatiku jadi sakit, bergumpal sejuta rasa dalam jiwa, aku seperti marah pada diri sendiri hingga habis satu rumah aku naik angin. maafkan aku suamiku, maafkan ibu anakku dan maafkan aku mak mertuaku kerana aku lebih banyak berdiam diri kebelakangan ini. sebenarnya aku melawan rasa sayu yang teramat dalam hati ini. jika diikutkan, rasanya sepanjang hari aku boleh menangis tapi aku sudah dewasa, tak wajar terlalu kerap menumpang bahu orang lain. biarlah aku dengan duniaku sendiri, biarlah pedih ini aku kongsi dengan Tuhan. sekurang-kurangnya Dia membalasnya dengan ketenangan.

Aminn..


HIDUP PENUH RANJAU : TANPA TEPIAN

Maafkan aku untuk kesekian kalinya, terpaksa menitiskan airmata semahunya kerana terkesan dengan impian serta harapan yang tak kesudahan....